Kolej Universiti Teknologi Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kolej Universiti Teknologi Sarawak
Kolej Universiti Teknologi Sarawak
Jenis Swasta
Ditubuhkan pada 2013
Pengarah Wong Soon Koh
Canselor Abdul Taib Mahmud
Naib Canselor Prof Datuk Dr. Khairuddin Ab Hamid
Lokasi Sibu, Malaysia
Kampus Sibu
Laman web Laman rasmi
Bangunan UCTS pada tahun 2015

Kolej Universiti Teknologi Sarawak atau disingkatkan sebagai UCTS (Bahasa Inggeris: University College of Techonolgy Sarawak) ialah sebuah kolej universiti yang terletak di negeri Sibu, Sarawak, Malaysia. Tempat ini ditubuhkan pada tahun 2013 dan majlis pelancaran telah dirasmikan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Tempat ini juga ialah antara beberapa universiti di Malaysia yang mempunyai Taman Teknologi dan juga bertujuan untuk menjadi universiti pertama di Malaysia untuk mencapai Indeks Bangunan Hijau (GBI) "Indeks Platinum".

UCTS mengadakan konvokesyen pertamanya pada 8 Oktober 2016 dan juga pengisytiharan Canselor UCTS yang pertama bersama T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, secara rasmi diisytiharkan sebagai Canselor Pertama UCTS. [1]

Bangunan[sunting | sunting sumber]

Bangunan ini telah direka menggunakan teknologi yang termoden untuk mengawal sistem lampu LED. UCTS menggunakan double glazing glass panels dan solar panels yang mampu mengurangkan penggunaan elektrik dan sistem air hujan untuk tandas dan pendingin hawa. Taman teknologi juga dibina dengan sebanyak 32 ekar.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Tempat ini mempunyai sebanyak 17 makmal, 21 kelas, tiga dewan kuliah, lima makmal komputer, perpustakaan tiga tingkat, pusat pembelajaran, gimnasium dan kafeteria. Mereka juga memilih pensyarah dari luar negara untuk memantapkan lagi kualiti pembelajaran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]