Pergi ke kandungan

Abang Johari Tun Openg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abang Abdul Rahman Zohari
Abang Openg
ابڠ حاج جوهري تون ابڠ حاج اوڤيڠ
Abang Johari pada tahun 2024
Premier Sarawak
Menyandang jawatan
1 Mac 2022
Timbalan
Yang di-Pertua NegeriAbdul Taib Mahmud (2017-2024)
Wan Junaidi Tuanku Jaafar (2024-kini)
Didahului olehJawatan baharu
Ketua Menteri Sarawak
Dalam jawatan
13 Januari 2017 – 28 Februari 2022
TimbalanDouglas Uggah Embas
James Jemut Masing (2017-2021)
Awang Tengah Ali Hassan
Sim Kui Hian (2021-2022)
Yang di-Pertua NegeriAbdul Taib Mahmud
Didahului olehAdenan Satem
Digantikan olehJawatan dibubarkan (diganti kepada Premier Sarawak)
Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Sarawak
Menyandang jawatan
18 Disember 2021
Berkhidmat with Douglas Uggah Embas (Menteri II)
Didahului olehdiri sendiri (sebagai Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi Sarawak)
Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak
Menyandang jawatan
18 Disember 2021
Berkhidmat with Awang Tengah Ali Hasan (Menteri II)
TimbalanLen Talif Salleh
Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak
Menyandang jawatan
18 Disember 2021
TimbalanHazland Abang Hipni
Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi Sarawak
Dalam jawatan
19 Januari 2017 – 3 November 2021
Berkhidmat with Wong Soon Koh (Menteri II)
Didahului olehAdenan Satem (sebagai Menteri Kewangan Sarawak)
Digantikan olehdiri sendiri (sebagai Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Sarawak)
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak
Dalam jawatan
19 Januari 2017 – 3 November 2021
Berkhidmat with Awang Tengah Ali Hasan (Menteri II)
TimbalanMohd Naroden Majais (Perancangan Sumber) dan Len Talif Salleh (Alam Sekitar)
Didahului olehAdenan Satem
Digantikan olehdiri sendiri (sebagai Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak)
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak
Dalam jawatan
19 Januari 2017 – 3 November 2021
TimbalanJohn Sikie Tayai (Kesenian dan Kebudayaan) dan Lee Kim Shin (Pelancongan)
Digantikan olehAbdul Karim Rahman Hamzah (sebagai Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak)
Menteri Perumahan Sarawak
Dalam jawatan
19 Januari 2017 – 3 November 2021
TimbalanTalib Zulpilip (Urbanisasi) dan Abdul Karim Rahman Hamzah (Perumahan)
Jawatan dalam parti politik
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak
Menyandang jawatan
12 Jun 2018
Timbalan
Didahului olehPenyandang sulung
Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
Menyandang jawatan
13 Januari 2017
Timbalan
Didahului olehAdenan Satem
Pengerusi Barisan Nasional Sarawak
Dalam jawatan
13 Januari 2017 – 11 Jun 2018
Didahului olehAdenan Satem
Digantikan olehDibubar
Jawatan dalam perundangan negeri
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak
bagi N26 Gedong
Menyandang jawatan
18 Disember 2021
Didahului olehMohd Naroden Majais
Majoriti3,607 (2021)
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak
bagi N8 Satok
Dalam jawatan
23 Mei 1981 – 3 November 2021
Didahului olehAbang Abu Bakar Abang Mustapha
Digantikan olehIbrahim Baki
Majoriti2,859 (2001)
2,798 (2006)
2,800 (2011)
5,045 (2016)
Digantikan olehSim Kui Hian (sebagai Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak)
Maklumat peribadi
Lahir
Abang Abdul Rahman Zohari bin Abang Openg

(1950-08-04) 4 Ogos 1950 (umur 74)
Limbang, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak
KerakyatanMalaysia
Parti politikParti Pesaka Bumiputera Bersatu (1984—kini)
Gabungan politik
lain
BN (1984-2018)
GPS (2018-kini)
PasanganPuan Sri Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang (k. 1977; m. 2025)
PertalianTun Tuanku Bujang Tuanku Othman
Toh Puan Hajjah Rajemah
(ibu bapa mertua; kedua-dua meninggal dunia)
AnakAbang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari
Dayang Norjihan Abang Abdul Rahman Zohari
Ibu bapa
SaudaraDayang Madinah Tun Abang Openg (adik)
KediamanKediaman Rasmi Ketua Menteri Sarawak, Jalan Demak Jaya, Kuching
Tempat belajarUniversiti Brunnel, United Kingdom
PekerjaanAhli politik
TandatanganTandatangan
Laman webpremier.sarawak.gov.my

Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Haji Abang Openg (lahir pada 4 Ogos 1950) [1][2] yang juga dikenali sebagai Abang Johari atau Abang Jo, ialah seorang ahli politik Malaysia yang kini menjawat jawatan Premier Sarawak keenam sejak tahun 2017. Beliau merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 2017 dan kini menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kawasan Gedong sejak 2021.

Dilahirkan di Limbang dalam sebuah keluarga yang bergiat aktif dalam politik, Abang Johari memiliki ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Brunel London. Sebelum mewakili Gedong, beliau pernah menjadi ADUN Satok dari tahun 1981 hingga 2021. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak (kini dikenali sebagai Premier Sarawak) selepas kematian pendahulunya, Tan Sri Adenan Satem, pada Januari 2017.

Abang Johari juga merupakan pengerusi pertama Gabungan Parti Sarawak (GPS) sejak penubuhannya pada Jun 2018 selepas gabungan itu berpisah daripada Barisan Nasional. GPS mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya negeri Sarawak 2021 apabila memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN. Kepimpinan Abang Johari dilihat sebagai berhaluan tengah ke kanan dengan pendekatan pembangunan inklusif, kestabilan dan penekanan terhadap autonomi Sarawak.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Abang Johari dilahirkan di Limbang, Sarawak pada 4 Ogos 1950. Beliau merupakan anak bongsu kepada Tun Abang Haji Openg Abang Shapie dan Toh Puan Dayang Hajjah Masniah Abdul Rahman. Bapanya dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama dari tahun 1963 hingga 1969.

Beliau berkahwin dengan Datin Patinggi Jumaani Tuanku Bujang dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan iaitu Abang Abdillah Izzarim dan Dayang Norjihan.[3]

Kehormatan Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Penghormatan asing

[sunting | sunting sumber]

Ijazah Kehormat

[sunting | sunting sumber]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Abang Johari mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang dan Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph[12], Kuching dan kemudian belajar di Universiti Brunnel, United Kingdom. Beliau mendapat Masters dalam Pengurusan Perniagaan dari Universiti Brunnel, United Kingdom.

Kerjaya dan politik

[sunting | sunting sumber]

Sebelum terbabit dalam arena politik, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) di Bahagian Perhubungan Korporat.

Beliau mula aktif dalam politik pada tahun 1977. Semasa menjadi Menteri Perindustrian dan Insfrastruktur Negeri, kadar pelaburan di Sarawak meningkat kepada lebih 10 bilion setahun. Anak bongsu kepada Tun Abang Haji Openg, atau Sri Abang, bukan sahaja dikagumi oleh kebanyakan masyarakat Melayu, malahan amat disenangi oleh para pelabur asing dan tempatan.

Selepas pilihan raya negeri yang ke-8 pada tahun 2001, beliau sekali lagi diberi kepercayaan sebagai Menteri Pelancongan Negeri sehingga rombakan kabinet negeri besar-besaran pada tahun 2004 yang memaksa beliau untuk bertukar ke portfolio Perumahan Sarawak. Tidak seperti ahli Dewan Undangan Negeri yang lain di Sarawak beliau amat gigih dalam mempertahankan nasib pengundi-pengundi beliau di N.6 Satok.

Pada Pilihan raya edisi kesembilan 2006, beliau yang mewakili Parti Pesaka Bumiputra Bersatu di atas tiket Barisan Nasional sekali lagi mempertahankan Kerusi N8 Satok dengan majoriti 2798 undi mengalahkan lawannya Mohamad Jolhi daripada Parti Keadilan Rakyat.

Abang Johari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Satok yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam politik, merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan Satem, selain Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Beliau kini menyandang jawatan Menteri Perumahan dan Urbanisasi, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS).

Ketua Menteri Sarawak

[sunting | sunting sumber]

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah sebulat suara untuk menyokong Abang Johari sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam bagi menggantikan Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan Satem yang telah pulang ke rahmatullah pada 11 Januari 2017. Beliau mengangkat sumpah jawatannya itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana, Sarawak.

Pilihan raya ini menyaksikan Gabungan Parti Sarawak mengekalkan kemenangan selepas menang 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.[13] Abang Johari diangkat semula menjadi Ketua Menteri Sarawak ketujuh.[14]

  1. ^ Official Website Office of the Chief Minister of Sarawak Biography
  2. ^ "Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg". Dewan Undangan Negeri Sarawak. Dicapai pada 13 January 2017.
  3. ^ "Biodata Ketua Menteri Sarawak Keenam". BH Online. Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2017.
  4. ^ "Former Chief Justice and ex-FELDA chairman head King's birthday honours list". The Edge Markets. 13 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.
  5. ^ "Tun Taib kurnia Pingat Darjah Kebesaran Negeri". www.utusanborneo.com.my.
  6. ^ "Sarawak Premier heads Sabah TYT's Awards list". www.thestar.com.my.
  7. ^ "Abang Johari terima darjah kebesaran Brunei". 15 July 2024. Dicapai pada 15 July 2024.
  8. ^ "Sarawak will decide its own future in developing state: Abang Jo". Bernama. The Sun Daily. 7 October 2017. Dicapai pada 3 November 2021. ... was speaking at a ceremony to confer a honorary doctorate from the University College Of Technology Sarawak (UCTS) on him ...
  9. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :2
  10. ^ Nigel Edgar (29 October 2018). "Unimas convocation: Abg Jo leads 4103 to receive their scrolls". Dayak Daily. Dicapai pada 3 November 2021.
  11. ^ Samuel Aubrey (20 December 2018). "Abang Johari receives honorary doctorate from Swinburne Melbourne". The Borneo Post. Dicapai pada 3 November 2021.
  12. ^ http://www.bharian.com.my/node/234104
  13. ^ "GPS menang di DUN Mulu, kuasai 76 kerusi DUN". HMetro. Disember 19, 2021. Dicapai pada Disember 20, 2021.
  14. ^ "Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak". BHarian. Disember 19, 2021. Dicapai pada Disember 20, 2021.