Pergi ke kandungan

Komik Barongan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Komik Barongan, merupakan komik sampingan daripada Hikayat Syah Mardan. Komik ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2007) sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Skrip ditulis oleh Yusrizal Yusof dan membariskan pekomik-pekomik seperti Zid, Fythullah Hamzah, Mohd Munadzam Samsuddin ( Peenut ) dan Nor Azri Norazmi ( Jimmy ). Ilustrasi kulit dihasilkan oleh Mahatir Buang ( Milx ).

"Barongan" bermula dengan peristiwa isteri Laksamana Barongan dihukum bunuh oleh Raja Semanta Pura. Laksamana Barongan yang begitu marah terus mengamuk di istana dan ingin membalas dendam. Raja Semanta Pura yang diiringi panglima dan hulubalangnya cuba melarikan diri tetapi telah berjaya dipintas oleh Laksamana Barongan.

Maka bermulalah satu tragedi yang tidak disangka-sangka ke atas negeri Semanta Pura.

Namun peristiwa ini tidak hanya berakhir di Semanta Pura. Negeri-negeri Nusantara bakal mengalami ancaman yang sama. Walaupun berlainan jasad tetapi impian yang dicita tetap sama.

wujudnya kejahatan pasti lahirnya kebaikan yang akan menentangnya. Cahaya Di Dar Al-Hastan merupakan satu petanda lahirnya putera yang bakal membela nasib negeri-negeri Nusantara.

Pengembaraan epik ini akan diteruskan dengan Hikayat Syah Mardan Jilid 1 nanti.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]