Kompleks Centre Point Kemaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kompleks Centre Point Kemaman

Kompleks Centre Point Kemaman merupakan sebuah pusat membeli belah di bandar Chukai, Kemaman, Terengganu, Malaysia. Ia terletak hanya bersebelahan berhadapan dengan Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong.

Kompleks Centre Point merupakan bangunan bertingkat yang telah memuatkan pelbagai jenis kedai jualan, termasuk cawangan The Store Kemaman yang terletak di aras paling bawah di kompleks ini. Selain The Store, terdapat banyak deretan kedai-kedai yang menjual pakaian, tudung, selendang, kedai kosmetik, kedai barang kemas, kafe siber, kedai telefon, kedai runcit, kedai kasut dan juga kedai-kedai lain. Bahagian barangan runcit seperti makanan, minuman, buah-buahan segar, barangan plastik dan barang kegunaan harian seperti sabun dan sebagainya juga terdapat di The Store Kemaman.

Kompleks Centre Point turut menyediakan kemudahan awam seperti tandas awam yang berbayar, eskalator dan tangga bagi memudahkan pergerakan para pengunjung turun dan naik ke aras atas kompleks ini. Ia juga berada berhampiran dengan kemudahan Surau Tuan Hj Abd Rahman Limbong, bagi memudahkan pengunjung yang ingin bersolat dahulu sebelum membeli-belah.. Surau ini dinamakan sempena seorang tokoh ulamak Terengganu yang terkenal, iaitu Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbung.[1], [2]

Kompleks Centre Point Kemaman ini terletak berhampiran dengan Kompleks Membeli-Belah Casa Limbong, selain berdekatan dengan deretan kedai kuning ataupun Yellow Town menyediakan pelbagai barangan jualan pada para pengunjung yang berkunjung ke sini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]