Konsortium Jaringan Sejagat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
World Wide Web Consortium
Jenis Konsortium
Ditubuhkan Oktober 1994
Pengasas Tim Berners-Lee
Ibu pejabat MIT/CSAIL di AS
ERCIM di Perancis
Universiti Keio di Jepun
dan beberapa lagi di seluruh dunia
Laman web www.w3.org -- Sejarah

Konsortium Jaringan Sejagat (Bahasa Inggeris: World Wide Web Consortium), boleh disingkatkan kepada W3C, merupakan pertubuhan piawaian utama antarabangsa bagi Jaringan Sejagat (singkatan WWW atau W3). Ia disusun sebagai satu konsortium di mana ahli organisasi mengekalkan kakitangan sepenuh masa untuk tujuan bekerja bersama-sama di dalam pembangunan kepiawaian bagi W3. Sehingga Mac 2007, W3C mempunyai 441 ahli. Ia biasanya terbuka kepada pertubuhan baru untuk turut serta.

W3C juga melibatkan diri di dalam pendidikan dan pencapaian, membangunkan perisian dan berkhidmat sebagai satu forum terbuka untuk perbincangan mengenai Web.

W3C diketuai oleh Sir Tim Berners-Lee, pencipta laman web pertama dan pengarang utama bagi URL (Uniform Resource Locator), HTTP (HyperText Transfer Protocol) dan HTML (HyperText Markup Language) spesifikasi yang asal, teknologi asas yang membentuk asas bagi WWW.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]