Konstabulari Hujung Sempadan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Konstabulari Hujung Sempadan (Urdu: جمیعتِ سپاہیانِ سرحدی‎; Inggeris: Frontier Constabulary) ialah satu daripada unit separa tentara persekutuan Pakistan yang dinaungi oleh Setiausaha Interior Pakistan. Anggota Konstabulari ini kebanyakannya berasal dari wilayah Khyber Pakhtunkhwa, tetapi juga berkhidmat di daerah-daerah Pakistan lain, terutamanya Gilgit-Baltistan. Unit ini mempunyai tanggungjawab mengawasi keselamatan dan penguatkuasaan hukum, dalam keadaan di luar kuasa daripada agensi sivil seperti Polis Khyber Pakhtunkhwa. Unit ini juga berkhidmat membantu peninjauan bagi mengekang pencerobohan India, gengster mahupun samseng, serta mencegah penyeludupan barangan haram.

Konstabulari ini diasas pada tahun 1915 dengan memperpadukan unit Polis Tentera Sempadan (ditubuhkan 1852) dengan Senapang Samana (ditubuhkan 1879), pada masa Raj British. Kedua formasi ini mengawasi zon di sekitar perbatasan North-West Frontier Province (penamaan wilayah ini sebelumnya).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Konstabulari ini sejak awal penubuhannya, terpisah dengan Tentera Sivil Bersenjata Api di bawah kawalan Akta Konstabulari Hujung Sempadan 1915. Dengan undang-undang itu, Peraturan Konstabulari Hujung Sempadan 1958 menjadi penambahan dari akta lama. Unit ini berada di bawah naungan pentadbiran Mentri Dalam Negeri. Daripada pandangan pengendalian padang, gerak kerja formasi ini diawasi oleh Cawangan Pangkalan daripada daerah-daerah Konstabulari ini menjalankan khidmatnya. Polis Khyber Pakhtunkhwa atau KPK pula tidak memiliki hak kuasa bagi mengawasi naungan agensi FATA atau daerah Hujung Sempadan.[1]

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Konstabulari Hujung Sempadan dipengerusi oleh seorang yang berpangkat Komandan, sepadan Ketua Polis Negara (gred BPS-22) atau CFC. Satu pangkat di bawah Komandan, Naib Komandan sepadan dengan Timbalan Ketua Polis Negara; seorang Pegawai Pekan Raya sepadan dengan Timbalan Penguasa Polis dan Penolong Pegawai sepadan apabila dibandingkan Penolong Penguasa Polis. Pangkat dalam Konstabulari Hujung Sempadan disepadankan dengan Polis Perkhidmatan Pakistan atau PSP (Police Service of Pakistan).[2]

Kemudahan latihan[sunting | sunting sumber]

  • FC Shabqadar: Berkedudukan 40 km dari Utara Peshawar ditubuhkan sejak 1922. Keupayaan seramai 700 pegawai baharu.
  • FC Hayatabad: Berkedudukan 15 km dari Peshawar. Ditubuhkan sejak 1985 tetapi kemudahan latihan hanya bermula pada 2009 kerana bangunan dipakai latihan Tentera Pakistan. Keupayaan seramai 500 pegawai baharu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Frontier Constabulary". Fc.gov.pk. Dicapai pada 2014-08-15.
  2. ^ "Frontier Constabulary". Fc.gov.pk. Dicapai pada 2014-08-15.