Polis Khyber Pakhtunkhwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Polis Khyber Pakhtunkhwa
خیبر پختونخوا پولیس
Lambang daripada Polis Khyber Pakhtunkhwa
Lambang daripada Polis Khyber Pakhtunkhwa
Nama biasaKP Police
SingkatanKPP
Gambaran keseluruhan agensi
Ditubuhkan1889; 135 tahun yang lalu (1889)
Pekerja200,000
Bajet tahunanRahasia
Struktur bidang kuasa
Bidang kuasa operasiKhyber Pakhtunkhwa, Pakistan
Peta Pakistan dengan wilayah Khyber Pakhtunkhwa terserlah warna merah
Saiz101,741 km2 (39,282 bt2)
Populasi40,000,000
Bidang kuasa undang-undangMengikut bidang kuasa operasi
Badan pentadbirPemerintah Khyber Pakhtunkhwa
Perbadanan umum
Struktur operasi
Ibu pejabatPeshawar, Pakistan
Eksekutif agensi
Agensi indukKhidmat Polis Pakistan
Laman web
kppolice.gov.pk

Polis Khyber Pakhtunkhwa (Urdu: خیبر پختونخوا پولیس‎) dahulunya dikenali sebagai Polis Hujung Sempadan (bahasa Inggeris: Frontier Police), ialah agensi penguatkuasaan wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Raj British[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1849, wilayah yang berpadanan dengan Khyber Pakhtunkhwa di era moden mula dijajah oleh Empayar British. Kerajaan kolonial membiarkan keazaman kepolisian dari masa Empayar Mughal tetap berlaku di sebahagian besar wilayah itu; tetapi tidak lama selepasnya unit yang bernama Formasi Hujung Sempadan Punjab (Punjab Frontier Force) diasas bagi mengawasi aktiviti dari orang Pashtun yang merupakan etnik majoriti. Selepas berlakunya Perang Kemerdekaan India Awal, masih belum ada penubuhan organisasi polis yang berdasar kepada undang-undang di serantau jajahan India, dan baru melalui Akta Polis Raj British 1861. Akta itu mendapat bab tambah dengan berlakunya Akta Wilayah Hujung Sempadan 1889. Polis dan beberapa kumpulan bersenjata api lain ada di bawah naungan Timbalan Pesuruhjaya/Majistret Wilayah bagi tugas-tugas kepolisian.

Akta Polis Raj British 1861[sunting | sunting sumber]

Inggeris yang berjaya menjajah wilayah-wilayah India kemudian mengasas konstituen baharu bagi Komisyen Polis bertarikh 17 Ogos 1860. Suruhanjaya ini akan mencadang laporan dalam tempoh 22 hari dengan perintah daripada Akta Polis yang digubal pada tahun 1861, selepasnya organisasi polis telah mula aktif. Akta ini sendiri sebenarnya dirujuk daripada bab-bab Akta Konstabulari Ireland 1822 dan diasas bagi melalau gerakan Irish tempatan yang ingin lepas dari bayangan kuasa Inggeris dan persekutuan United Kingdom. Meski dirujuk daripada undang-undang polis Inggeris di pulau asal, polis Raj British tetap memiliki tujuan lain dan lebih bertujuan bagi mengawal keselesaan om puteh yang bermastautin di India.

Pada tahun 1901, wilayah Hujung Sempadan yang meliputi daripada Provinsi Hujung Sempadan Barat Laut (North-West Frontier Province/N-WFP) diletakkan ke bawah Ketua Suruhanjaya yang sudah lama menjadi ejen dari Gabenor Jeneral India. Di provinsi baharu yang ditubuhkan, dua sistem pentadbiran yang konvensional. Daerah-daerah wilayah Inggeris dipecahkongsi kepada lima Pekan, Hazara, Peshawar, Kohat, Bannu dan Dera Ismail Khan. Daerah-daerah yang masuk bahagian daripada Barat Laut kemudian dikongsi sama seperti di atas, Khyber, Mohmand, Kurrum, Waziristan Utara & Agensi Waziristan Selatan. Setiap daerah baharu yang dinamai Political Agency diawasi oleh Ejen Politik. Daerah-daerah itu berada di bawah kawalan Ketua Polis Negara (Inspector General of Police/IGP) dari wilayah N-WFP. Mahkamah Jenayah ditubuhkan merujuk dari aplikasi Kod Tatacara Jenayah 1889. Di sekitar pejabat polis tempat diasas kanton terpisah sendiri bagi polis kerana kekhawatiran penjajah.

Bagi daerah-daerah Political Agency, peruntukan separa tentera yang berbeza-beza diasas seperti Senapang-senapabf Samana, Polis Tentera Sempadan, Peninjau Chitral dan Militia Kurrum. Selain daripada kumpulan rekrut-rekrut, resam Maliki dan Khasadari yang sudah berjalan masih dibolehkan berlanjut. Senapang-senang Samana dan Polis Tentera Sempadan kemudian dipadukan pada 1913 menjadi formasi separa tentara baharu, Konstabulari Hujung Sempadan/Frontier Constabulary (FC). Pada tahun 1935, kemudahan Sekolah Polis pertama ditubuhkan di Hangu.

Setelah organisi kepolisian telah beroperasi cukup lama, pihak Kerajaan Kolonial Inggeris menunjuk tujuh pegawai komisyen yang diketuai Andrew Henderson Leith Fraser pada 9 July 1902.

Selepas Merdeka[sunting | sunting sumber]

Sebelum sekolah khusus polis ditubuhkan, Resam Polis mula diasas pada tahun 1934 yang memperincikan arahan dan tatacara perkhidmatan bagi seorang polis. Setelah kemerdekaan Pakistan pada 1947, Akta Polis Raj British 1861 masih belum diubah suai meskipun penjajah telah didepak. Pemerintah Republik kemudian menunjuk 24 komisyen dan suruhanjaya bagi meningkatkan kualiti polis di negara yang baru beberapa tahun berdiri. Pegawai kanan polis pertama yang syahid ketika berkhidmat ialah Inspektor Percubaan Polis (P/INSP) Arbab Rafiullah Jan. Beliau dikenali sebagai pegawai yang jujur dan wirawan dari Peshawar. Dia mengetipakan hidupnya bagi memadamkan pertikaian tanah di sebuah kampung pasa tahun 1966 dan mendapat anugerah sivil Tamgha E Shujaat.

Dari 1901 sehingga 1947, semua jawatan Ketua Polis Negara wilayah ini diketuai oleh Pegawai Tinggi Tentera Penjajah. Barulah selepas kemerdekaan Pakistan, Ketua Polis Negara diketuai bumiputera Khan Gul Muhammad Khan pada tahun 1948. Pada tahun 1955, Muhammad Anwar Ali menjadi KPN ketika wilayah yang sebelum ini bernama NWFP itu masuk ke bahagian Pakistan Barat dalam sistem serantau baharu. M A.K. Chaudhary ditunjuk sebagai KPN di NWFP pada tahun 1970 selepas pemansuhan sistem serantau kerana konflik yang semakin membara di dalam negars. Pada tahun 2010, NWFP ditukar namanya saat Malik Naveed Khan berkhidmat sebagai KPN.

Masa Moden[sunting | sunting sumber]

Dari 1947 sehingga 2001, tiada pembaharuan atau pengubah suaian besar dalam paradigma tubuh organisasi Polis Khyber Pakhtunkhwa kecuali ketika seragam yang sudah lazim sejak dari selepas kemerdekaan, ditukar kepada blaus berwarna hitam. Bahagian uniform yang masih dipertahankan ialah seluar gerudi khaki yang digunakan oleh Polis ini ketika bertempur bersama Tentera Pakistan dahulu. Pengubah suaian itu dirasmikan pada masa jawatan Presiden Muhammad Ayub Khan. Lakaran dalam pakaian seragam itu masih diguna pakai sehingga kini. Selain pembaharuan seragam, beberapa resam polisi juga diperbaharui pada tahun 2002.

Unit yang dinaungi[sunting | sunting sumber]

Formasi Unit Tindak Khas[sunting | sunting sumber]

  • Pasukan Jawapan Tindakan Cepat - lebih dikenali dengan nama singkat RRF (Rapid Response Forces) ialah unit tindak khas bahagian Polis Republik Pakistan dan kebolehan mengatasi keadaan suatu kecemasan dengan cepat. Unit ini dipersenjatai dengan senjata dan peralatan mutakhir, mereka ahli memadamkan kontra-terorisme, membebaskan tebusan dan pelbagai masalah lain. Uniform bagi pegawai kanan dan rendah semua memakai pakaian serbaneka hitam dengan lambang unit mereka.

Pemerintah Negeri Khyber-Pakhtunkhwa membayarkan unit tindak khas ini bagi mendapat latihan sederum dengan perkongsian di bawah anak syarikat al Zarrar yang merupakan syarikat daripada Special Services Group, bahagian Tentera Pakistan. Pemerintah juga menubuhkan kemudahan latihan unit tindak khas di Nowshehra.

  • Polis Rizab Hujung Sempadan, popular juga disingkat RFP (Reserve Frontier Police) ialah unit rizab Polis Khyber Pakhtunkhwa yang berjumlah 10,000 anggota. Ruzab ini berkhidmat separuh masa di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.[1]
  • Formasi Elit - unit polis besar yang berjumlah besar dengan 6,000 anggota. Siap berkhidmat dan meringankan tugas Pasukan Jawapan Tindakan Cepat atau RRF.[2]
  • Unit Khas Tempur Polis Khyber Pakhtunkhwa Police atau dapat disingkat SCU (Special Combat Unit) - berkhidmat dengan taktik di seluruh Provinsi, menangkal pengganas

Berawal dari musim semi 2019 rekrut-rekrut Khasadar dimasukkan ke dalam angkatan rizab Polis Khyber Pakhtunkhwa.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "History". Frontier Police. Dicapai pada 2008-07-01.[pautan mati kekal]
  2. ^ "Welome".
  3. ^ "Policing responsibility in the merged districts given to Levies and Khasadar forces". 7 February 2019.