Kontroversi Bil Juru Komputer Mosti 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kontroversi Bil Juru Komputer Mosti 2011 mula berbangkit apabila pegawai dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dikatakan gagal menjawab kritikan orang ramai tentang Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 (CPB2011) pada 13 Disember 2011.

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Ahli parlimen Labis, Chua Tee Yong mengetuai kumpulan profesional muda MCA mempertikaikan matlamat bil tersebut.Setiausha publisiti DAP, Tony Pua membidas MOSTI kerana didakwa tidak menyelaraskan hari terbuka itu dengan baik dan ketidakupayaan panel yang disediakan untuk menjawab soalan serta ketiadaan pegawai atasan MOSTI.[1]

RUU Lembaga Juru Komputer Profesional 2011 (CPB2011) boleh disalahguna untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat. CPB2011 akan mengawal selia semua ‘perkhidmatan pengkomputeran’ yang dibekalkan oleh entiti atau individu yang berkaitan dengan klasifikasi 'Infrastruktur Maklumat Negara Kritikal' atau CNNI.

CPB2011 bertentangan dengan jaminan kebebasan Multimedia Super Corridor (MSC) yang telah menjanjikan peluang pekerjaan tanpa sekatan kepada sesiapa sahaja yang berkebolehan dan juga tiada sekatan internet.

Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bahawa tiada satu peruntukan pun yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku.Selama ini teknologi informasi dan industri perkomputeran telah beroperasi tanpa sebarang kontroversi, isu-isu atau pun rintangan.

CPB2011 kelihatan mentakrifkan 'perkhidmatan pengkomputeran' sebagai mana-mana perkhidmatan yang disediakan untuk 'pelan, arkitek, reka bentuk, membuat, membangun, melaksana, menggunakan dan mengurus teknologi sistem maklumat'.Jadi,skop perkhidmatan itu akan meliputi apa-apa dari membina laman web kepada pembinaan pelayan (server) komputer hingga reka bentuk dan pembangunan mana-mana produk komputer - sama ada perisian atau perkakasan.

Malahan, penubuhan blog dan portal berita, atau pun menggunakan akaun Facebook dan Twitter juga boleh diklasifikasikan sebagai dilindungi mengikut 'perkhidmatan pengkomputeran'. CNNI ditakrifkan sebagai 'aset-aset, sistem dan fungsi yang amat penting kepada negara sehingga ketidakupayaan atau kemusnahan mereka akan mempunyai kesan amat buruk kepada ekonomi dan imej negara, termasuk kepada pertahanan dan keamanan negara atau keupayaan kerajaan untuk berfungsi atau menjejaskan kesihatan dan keselamatan awam '.

Jelas bahawa, CPB2011 akan membantutkan hak dan pengetahuan pakar perkomputeran dengan memaksa mereka mendaftar diri dengan CNII.

Penjelasan MOSTI[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Disember 2011, MOSTI menjelaskan bahwwa CPB2011 tidak bermatlamat untuk menyekat atau mengawal atur perkhidmatan perkomputeran dan ia cuma terhad kepada CNII.

Rujukan[sunting | sunting sumber]