Chua Tee Yong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Chua (蔡).
Yang Berhormat
Chua Tee Yong
P142-LABIS.jpg
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Dalam jawatan
1 Jun 2010 – 28 Julai 2015
Ahli Parlimen
untuk P142 Labis, Johor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 10 Mei 2018
Didahului oleh Barisan Nasional.pngFlag of the Malaysian Chinese Association.svgChua Soi Lek
Digantikan oleh Parti Keadilan Rakyat logo.svgPang Hok Liong
Majoriti -
Butiran peribadi
Lahir Johor, Malaysia
Parti politik BN-100px.jpg Flag of the Malaysian Chinese Association.svg BN-MCA
Pasangan Yap Lee Yune (叶丽云)
Hubungan Chua Soi Lek (bapa)
Ibu bapa Chua Soi Lek
Pekerjaan Ahli Parlimen

Yang berhormat Datuk Chua Tee Yong (lahir 19 Oktober) adalah ahli politik berketurunan Cina memegang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Ahli Parlimen P142 Labis, Johor dari Barisan Nasional. Chua Tee Yong adalah Ketua Biro Profesional Muda MCA pusat.

Chua Tee Yong seorang akauntan dan bekas ketua pegawai kewangan di sebuat syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Latarbelakang peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah anak Tan Sri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari DAP, Teo Eng Ching dengan majoriti sebanyak 4,094 undi. Beliau memperolehi 13,658 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 9,564 undi. Parlimen Labis pernah dimenangi oleh bapanya Chua Soi Lek. Parlimen Labis mempunyai 3 DUN iaitu Brekok- Tan Kok Hong dari MCA dan Tenang - (Sulaiman Taha).[1]

Isu syarikat Talam di Selangor[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2012, Chua Tee Yong mendedahkan bahawa syarikat Talam Corporation Berhad (kini Trinity Corporation) berjaya menjual tanah pegangan pajak seluas 2,263 ekar yang terletak di Bestari Jaya kepada kerajaan Selangor pada harga RM181 juta. Harga itu RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran.Sedangkan tanah itu masih belum bebas daripada bebanan dan masih digadai kepada institusi kewangan. Malah 1,013 ekar atau 44 peratus daripadanya mempunyai komplikasi. 438 ekar tanah itu adalah tanah yang berada di bawah air dan perlu kos RM50 hingga RM100 juta untuk tebusguna tanah. 575 ekar lagi, kerajaan Selangor telah mewartakannya sebagai 'kawasan simpanan untuk hutan dan ekologi' yang tiada banyak nilai komersil. Wujud taktik pemindahan aset, taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat. Tee Yong mencabar Abdul Khalid mendedahkan segala transaksi memandangkan Pakatan Rakyat mendakwa mereka mengamalkan pentadbiran telus dan adil.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan bahawa Kerajaan negeri Selangor akan mendakwa mereka yang memfitnah mereka telah menyalahguna dana bernilai RM1 bilion. [2] Malah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa kerugian Talam hampir selesai apabila proses pemulihan hutang dibuat oleh kerajaan Selangor. Talam telah melupuskan aset bernilai RM676 juta bagi melunaskan hutang RM392 juta.[3][4] Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed menyatakan BN Selangor akan membuat laporan kepada SPRM, Bahagian Jenayah Komersial PDRM, Bursa Saham Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berhubung isu Talam.[5] Dedahkan juga rekod transaksi hartanah yang dimiliki oleh KDEB (Kumpulan Darul Ehsan Bhd) dan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.[6]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: P142 Labis, Johor[7][8][9]
Tahun Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Pengundi Majoriti Peratusan unjuran
2008 Chua Tee Yong (MCA) 13,658 56.72% Teo Eng Ching (DAP) 9,564 39.72% 24,080 4,094 71.95%
2013 Chua Tee Yong (MCA) 15,821 49.47% Ramakrishnan Suppiah (DAP) 15,468 48.37% 31,978 353 84.90%
2018 Chua Tee Yong (MCA) % Pang Hok Liong (DAP) % %
Ahmad Sarchu Sawal (PAS) %

Rujukan[sunting | sunting sumber]