Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2009 telah diadakan pada 24-25 Jun 2009 di Masjid Wilayah Persekutuan . Konvensyen itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Institusi Baitulmal merupakan instistusi kewangan yang telah diwujudkan sejak kesultanan Islam silam.

Rumusan[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Baitulmal Persekutuan bagi menyelaras harta-harta milik orang Islam di Malaysia. Memperbadankan Baitulmal dan melantik kalangan profesional menerajui Baitulmal dapat memberi suntikan baru untuk menjalankan fungsinya dengan lebih berkesan.Baitulmal sebagai sebuah institusi kewangan bukan perbankan , hendaklah melibatkan diri dalam pembasmian kemiskinan hingga ke akar umbi.

Pelbagai produk Baitulmal sedia ada perlu penjenamaan semula agar ianya dapat disesuaikan dengan persekitaran dan iklim globalisasi yang cepat berubah.Runtuhnya sistem ekonomi konvensional ketika krisis kewangan 2008-2009 bermula di Amerika Syarikat (AS) sehingga merebak ke seluruh dunia sehingga menjejaskan pertumbuhan ekonomi serantau.

Kerajaan Malaysia melalui Perbendaharaan Negara dan agensi-agensi ekonomi negara yang lain telah juga memainkan peranan menepati semangat Baitulmal yang ditubuhkan oleh kerajaan Islam silam. Baitulmal yang dicadangkan mestilah tidak bersaing dengan Baitulmal yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri. Perbendaharaan Negara dan Bank Negara Malaysia sedang berusaha agar selari dengan roh Islam.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ []