Kornea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kornea
Gambarajah skema mata manusia menunjukkan kornea yang dipisahkan dari sklera oleh limbus kornea
Pengenalpastian
MeSHD003315
TAA15.2.02.012
FMAFMA:58238
Terminologi anatomi

Kornea ialah bahagian mata lutsinar yang menutupi iris, anak mata, dan kebuk anterior. Kornea bersama kebuk anterior dan lensa membiaskan cahaya, yang mana kornea menyumbangkan kira-kira dua pertiga jumlah kuasa optik mata.[1][2] Kuasa pembiasan kornea manusia adalah sekitar 43 diopter.[3] Walaupun kornea menyumbangkan kebanyakan kuasa tumpuan mata, namun tumpuannya adalah tetap, sementara kelengkungan lensa boleh dilaras untuk "melaraskan" tumpuan bergantung pada jarak objek. Istilah-istilah yang berkenaan dengan kornea selalunya bermula dengan awalan "kerat-" dari perkataan Yunani κέρας, keras (tanduk).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cassin, B.; Solomon, S. (1990). Dictionary of Eye Terminology. Gainsville, Florida: Triad Publishing Company.[halaman diperlukan]
  2. ^ Goldstein, E. Bruce (2007). Sensation & Perception (ed. 7th). Canada: Thompson Wadsworth.[halaman diperlukan]
  3. ^ Najjar, Dany. "Clinical optics and refraction". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-23. Dicapai pada 2013-01-25.Templat:MEDRS

Rujukan am[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • (Inggeris) Imej Atlas: eye_1 di Sistem Kesihatan Universiti Michigan - "Sagittal Section Through the Eyeball"