Korvet Kelas Sa'ar 5
Sa'ar 5
| |
Gambaran keseluruhan kelas | |
---|---|
Nama: | Sa'ar 5 |
Pembina: | Northrop Grumman oleh Ingalls Shipbuilding |
Pengguna: | Tentera Laut Israel |
Sebelumnya: | Bot peluru berpandu Kelas Sa'ar 4.5 |
Jumlah disiapkan: | 3 |
Jumlah aktif: | INS Eilat, INS Lahav, INS Hanit |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Korvet |
Sesaran: | |
Panjang: | 85.64 meter (280.97 ka) |
Lunas: | 11.88 meter (38.98 ka) |
Draft: | 3.17 meter (10.40 ka) |
Jana kuasa: | |
Halaju: |
|
Jarak: | 3,500 batu nautika (6,500 km) |
Anak kapal: |
|
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
Persenjataan: | |
Pesawat yang dibawa: | Eurocopter Panther |
Kemudahan penerbangan: | Pad helikopter dan hangar helikopter |
Sa'ar 5 (Ibrani: tempest סער ) adalah sebuah kelas korvet di dalam Tentera Laut Israel. Ia direka berdasarkan pengalaman dan pengajaran yang didapati dari pengoperasian kapal kelas Sa'ar 4.5. Tiga buah kapal kelas ini telah dibina oleh Northrop Grumman Ship Systems (dahulunya Litton-Ingalls Shipbuilding Corporation dari Pascagoula, Mississippi) untuk Tentera Laut Israel berdasarkan rekabentuk yang disediakan oleh Israel. Korvet dari kelas Sa'ar 5 merupakan armada kapal permukaan tercanggih Israel pada waktu ini. Setiap satu kapal ini berharga sebanyak AS$ 260 juta.
Kapal pertama dari kelas ini, INS Eilat, telah dilancarkan pada bulan Februari 1993, diikuti oleh INS Lahav pada Ogos 1993 dan INS Hanit pada Mac 1994.
Sejarah pertempuran
[sunting | sunting sumber]Pada 14 Julai, 2006, semasa menguatkuasa kepungan di luar pantai Beirut, INS Hanit telah diserang oleh Hizbollah dengan menggunakan peluru berpandu C-802 versi Iran. Tembakan peluru berpandu ini telah menghentam pad pendaratan helikopter yang mencetuskan satu letupan dan kebakaran. Kebakaran ini telah mengancam tempat simpanan minyak penerbangan di bawahnya. Kebakaran ini berlanjutan selama beberapa jam sebelum dapat dipadamkan sepenuhnya. Kapal ini mengalami beberapa kerosakan, tetapi masih mampu timbul. Ia kemudian dibawa keluar dari lingkungan jarak tembakan dan belayar kembali ke Ashdod untuk dibaiki.[1]. Empat anggota Tentera Laut Israel mati. Kapal ini kembali semula bertugas.
Siasatan telah dilakukan oleh Tentera Laut Israel merumuskan bahawa peluru berpandu yang menghemtam adalah C-802 yang mana telah mengenai kren di belakang kapal, radar kapal pada waktu itu tidak beroperasi sepenuhnya, kedua-dua sistem pertahanan elektronik dan sistem anti peluru berpandu Barak berada dalam mod berjaga-jaga 2-minit manakala kapten kapal pula tidak menyedari akan situasi ini.[2]
Kapal-kapal
[sunting | sunting sumber]Tiga buah korvet kelas Sa'ar 5 telah dibina iaitu:
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Strike on Israeli Navy Ship". NAVSEA. 2006-07-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-11. Dicapai pada 2009-12-24.
- ^ Amos Harel (November 9, 2006). "Missile attack on INS Spear: IDF probe faults navy, ship's crew". haaretz.com. Dicapai pada 2008-02-16.