Turbin gas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sebuah gas turbin jenis turbin jet aliran sepaksi biasa,, iaitu J85, dibahagikan untuk dipamerkan.

Turbin gas, juga dipanggil sebagai turbin pembakaran merupakan sebuah enjin putar yang mendapatkan tenaga daripada aliran gas yang dibakar. Pemampat huluannya digandingkan dengan satu turbin hiliran, dan ruang pembakaran terletak di tengah-tengahnya.

Tenaga ditambah ke dalam aliran gas di dalam pembakar, di mana udara dicampurkan dengan bahan api dan dibakar. Pembakaran akan meningkatkan suhu, kelajuan dan isipadu aliran gas. Ia akan diarahkan ke muncung melalui bilah-bilah turbin, memutarkan tubin dan menghidupkan pemampat.

Tenaga yang diperolehi di dalam bentuk kuasa aci, udara termampat dan tujahan, di dalam sebarang kombinasi, dan digunakan bagi memberi kuasa kepada pesawat udara, keretapi, kapal, penjana dan juga kereta kebal.

Kebaikan dan keburukan turbin gas[sunting | sunting sumber]

Kebaikan turbin gas[sunting | sunting sumber]

[1]

  • Nisbah kuasa-kepada-berat yang sangat tinggi, dibandingkan dengan enjin salingan;
  • Saiz lebih kecil berbanding enjin salingan bagi kuasa yang sama.
  • Bergerak hanya dalam satu arah, menghasilkan getaran yang kurang berbanding enjin salingan.
  • Kurang bahagian bergerak berbanding enjin salingan.
  • Tekanan operasi rendah.
  • Kelajuan operasi tinggi.
  • Kos dan penggunaan minyak pelincir rendah.

Keburukan turbin gas[sunting | sunting sumber]

  • Kos lebih mahal daripada enjin salingan bagi kuasa yang sama disebabkan bahan-bahan yang digunakan mesti kuat dan tahan panas. Pembuatannya juga lebih sukar;
  • Biasanya kurang cekap berbanding enjin salingan, terutamanya semasa pegun.
  • Lambat bertindak balas terhadap perubahan dalam set kuasa.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • "Aircraft Gas Turbine Technology" by Irwin E. Treager, Professor Emeritus Purdue University, McGraw-Hill, Glencoe Division, 1979, ISBN 0070651582.
  • "Gas Turbine Theory" by H.I.H. Saravanamuttoo, G.F.C. Rogers and H. Cohen, Pearson Education, 2001, 5th ed., ISBN 0-13-015847-X.
  • R. M. "Fred" Klaass and Christopher DellaCorte, "The Quest for Oil-Free Gas Turbine Engines," SAE Technical Papers, No. 2006-01-3055, available at: http://www.sae.org/technical/papers/2006-01-3055.
  • "Model Jet Engines" by Thomas Kamps ISBN 0-9510589-9-1 Traplet Publications
  • Aircraft Engines and Gas Turbines, Second Edition" by Jack L. Kerrebrock, The MIT Press, 1992, ISBN 0262111624.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]