Korvet kelas Assad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Al Tadjier dalam pelayaran pada tahun 1983
Ringkasan kelas
Nama: Kelas Assad
Pengguna:
Dibina: 1981–
Ditauliahkan: 1995–
Dirancang: 10
Disiapkan: 8
Dibaringkan: 2
Ciri-ciri umum
Jenis: Korvet
Sesaran:
  • 600 tan standard
  • 675 tan muatan penuh
Panjang: 62.3 m (204 ka)
Lunas: 9.3 m (31 ka)
Draft: 2.8 m (9.2 ka)
Jana kuasa: 4x aci enjin diesel MTU, 24,400 hp (18,200 kW)
Halaju: 37.5 knot (69.5 km/j)
Jarak: 4,000 nmi (4,600 bt) pada 18 knot (33 km/j)
Anak kapal: 51
Persenjataan:

Korvet kelas-Assad asalnya dibina untuk Iraq semasa Perang Iran-Iraq oleh firma Fincantieri dari Itali. Enam buah kapal telah dipesan pada tahun 1981. Pembinaannya siap sebelum Operasi Desert Storm, dan tidak pernah diserahkan kerana dikenakan sekatan senjata oleh PBB. Empat daripada enam buah kapal kemudian dijual kepada Tentera Laut Diraja Malaysia dan dinamakan semula sebagai korvet kelas-Laksamana pada tahun 1995. Dua buah kapal yang selebihnya disimpan di La Spezia bermula pada tahun 1990, tetapi pada tahun 2005 satu pengumuman dibuat bahawa kapal-kapal ini akan diserahkan kepada Tentera Laut Iraq yang baharu.[1] Perjanjian ini kemudian dibatalkan di sebabkan keadaan kapal selepas pemeriksaan dilakukan.

Tentera Laut Libya mengoperasikan empat buah kapal tetapi nasib mereka tidak diketahui. Al Tadjier dipercayai musnah ditembak oleh pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat. Kapal-kapal lain yang berkhidmat dengan Tentera Laut Libya adalah Al Tougour, Al Kalij dan Al Hudud. Kesemua kapal ini mula memasuki perkhidmatan antara tahun 1977 hingga 1979. Kesemua kapal-kapal yang masih tinggal telah diskrapkan pada tahun 1993.

Nota[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Conway's All the Worlds Fighting Ships 1947-1995

Pautan luar[sunting | sunting sumber]