Pergi ke kandungan

Kota Tarakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kota Tarakan
Islamic Center Tarakan
Tugu 10 November 1945
Pantai Amal Tarakan
Mohor rasmi bagi Kota Tarakan
Nickname(s): 
Bumi Paguntaka, Kota Minyak, Kota Industri, Kota Bisnis
Motto: 
Bumi Paguntaka
Map
Peta
Kota Tarakan yang terletak di Kalimantan
Kota Tarakan
Kota Tarakan
Kota Tarakan yang terletak di Indonesia
Kota Tarakan
Kota Tarakan
Koordinat: 3°18′U 117°38′T / 3.3°U 117.63°T / 3.3; 117.63
Negara Indonesia
ProvinsiKalimantan Utara
Tanggal berdiri15 Disember 1997
Dasar hukumUU RI No. 29 Tahun 1997
Hari jadi15 Disember 1997
Jumlah satuan pemerintahan
Senarai
  • Kecamatan: 4
  • Kelurahan: 20
Kerajaan
  TypeDatuk Bandar—majlis
  Datuk BandarKhairul
  Timbalan Datuk BandarIbnu Saud
  Setiausaha DaerahJamaludin
  Ketua DPRDMuhammad Yunus
Keluasan
  Jumlah
250.98 km2 (96.90 batu persegi)
Penduduk
  Jumlah
255,310
  Kepadatan1,000/km2 (2,600/batu persegi)
Demografi
  Agama
  • 85.67% Islam
  • 1.13% Buddha
  • 0.04% Hindu
  • 0.03% Konfusianisme[1]
  BahasaIndonesia, Tidung, Dayak
  IPM 78.62 (2025)
 tinggi [3]
Zon waktuUTC+08:00 (WITA)
Kode telepon0551
Pelat kendaraanKU
Kode SNI 7657:2023TAR
APBDIDR 1.162 trilion (2023)
PADIDR 160.7 bilion (2023)
DAUIDR 423.8 bilion- (2023)
Semboyan daerahBAIS (Bersih, Aman, Indah, Sehat, dan Sejahtera)
Flora resmiBakau
Fauna resmiBekantan
Tapak sesawangtarakankota.go.id

Kota Tarakan merupakan sebuah kota di Provinsi Kalimantan Utara, Indonesia dan merupakan bandar terbesar di Kalimantan Utara. Pada akhir tahun 2023, jumlah penduduk Kota Tarakan adalah seramai 255,310 orang.[1][2] Bandar Tarakan yang juga dikenali sebagai Bumi Paguntaka terletak di sebuah pulau kecil bernama Pulau Tarakan. Moto Kota Tarakan ialah Tarakan Kota "BAIS" (Bersih, Aman, Indah, Sehat dan Sejahtera).[4] Pada masa ini, Kota Tarakan tidak lagi hanya bergantung pada sektor minyak dan gas. Bandar ini mula membangunkan pelbagai potensi lain, termasuk pelancongan, industri, dan pelaksanaan konsep smart city. Konsep bandar pintar mula dilaksanakan pada tahun 2019, bersempena dengan ulang tahun ke-22 Tarakan. Melalui langkah ini, Tarakan mengukuhkan komitmennya untuk menjadi sebuah bandar yang lebih moden, berdaya saing dan makmur.[5]

Peta lokasi Pulau Tarakan

Kota Tarakan yang secara geografisnya terletak pada 3°14'23"–3°26'37" Lintang Utara dan 117°30'50"–117°40'12" Bujur Timur, terdiri daripada dua pulau, iaitu Pulau Tarakan dan Pulau Sadau, serta perairan di sekitarnya dengan luas 65,733 ha.[1]

Garisan Sempadan

[sunting | sunting sumber]
UtaraPesisir Pantai Kecamatan Pulau Bunyu, Kabupaten Bulungan
SelatanKecamatan Tanjung Palas Kabupaten Bulungan
BaratKecamatan Sesayap, Kabupaten Bulungan
TimurPulau Bunyu, Laut Sulawesi

Tarakan mempunyai iklim hutan hujan tropika (Af) dengan hujan lebat sepanjang tahun.

Data iklim untuk Tarakan (Lapangan Terbang Antarabangsa Juwata) (1991–2020 normal, ekstrem 2001–2023)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 34.0
(93.2)
33.6
(92.5)
34.0
(93.2)
34.2
(93.6)
35.0
(95.0)
34.4
(93.9)
34.9
(94.8)
34.2
(93.6)
34.6
(94.3)
35.2
(95.4)
34.0
(93.2)
33.7
(92.7)
35.2
(95.4)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 30.5
(86.9)
30.8
(87.4)
31.0
(87.8)
31.1
(88.0)
31.4
(88.5)
31.2
(88.2)
31.1
(88.0)
31.4
(88.5)
31.5
(88.7)
31.4
(88.5)
31.1
(88.0)
30.9
(87.6)
31.1
(88.0)
Purata suhu harian, °C (°F) 27.0
(80.6)
27.3
(81.1)
27.5
(81.5)
27.7
(81.9)
27.9
(82.2)
27.7
(81.9)
27.4
(81.3)
27.7
(81.9)
27.5
(81.5)
27.5
(81.5)
27.5
(81.5)
27.3
(81.1)
27.5
(81.5)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 24.2
(75.6)
24.5
(76.1)
24.6
(76.3)
24.7
(76.5)
24.9
(76.8)
24.8
(76.6)
24.5
(76.1)
24.5
(76.1)
24.3
(75.7)
24.5
(76.1)
24.8
(76.6)
24.4
(75.9)
24.6
(76.2)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 21.7
(71.1)
22.0
(71.6)
20.0
(68.0)
20.0
(68.0)
22.0
(71.6)
19.8
(67.6)
21.0
(69.8)
21.6
(70.9)
19.8
(67.6)
20.4
(68.7)
22.2
(72.0)
21.3
(70.3)
19.8
(67.6)
Purata kerpasan, mm (inci) 244.7
(9.63)
192.1
(7.56)
310.7
(12.23)
318.6
(12.54)
321.9
(12.67)
260.7
(10.26)
277.0
(10.91)
249.3
(9.81)
276.7
(10.89)
314.8
(12.39)
314.0
(12.36)
317.4
(12.50)
3,397.9
(133.75)
Purata bilangan hari kerpasan 14.9 13.1 17.2 17.1 18.9 16.3 15.6 14.0 14.5 18.0 18.7 17.7 196
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 117.1 143.2 137.4 146.0 169.0 147.4 169.4 184.7 163.9 156.4 131.7 126.6 1,792.8
Sumber: Starlings Roost Weather[6]

Tarakan menurut cerita rakyat berasal dari bahasa tidung Tarak (bertemu) dan Ngakan (makan) yang secara harfiah dapat diertikan “Tempat para nelayan untuk istirahat makan, bertemu serta melakukan barter hasil tangkapan dengan nelayan lain. Selain itu Tarakan juga merupakan tempat pertemuan arus muara Sungai Kayan, Sesayap dan Malinau.[7]

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah pertumbuhan penduduk Kota Tarakan daripada tahun 1980:

TahunPopulasi
198055,444 orang
199184,648 orang
1997109,353 orang
1998113,565 orang
2000116,641 orang
2001121,588 orang
2003149,998 orang
2005168,331 orang
2007176,981 orang
2008178,111 orang
2010193,069 orang [8]
2020242,786 orang

Berdasarkan data daripada Banci Penduduk 2010, jumlah penduduk Kota Tarakan mencecah 193,069 orang, yang terdiri daripada 101,464 lelaki dan 91,605 wanita. Populasi Tarakan mengikut wilayah: Populasi Kecamatan Tarakan Barat adalah 67,780 orang, berikut adalah data dari setiap kelurahan:

KelurahanPendudukLuas
Karang Anyar27,573 orang5.61 km²
Karang Anyar Pantai17,855 orang8.51 km²
Karang Balik7,875 orang0.80 km²
Karang Harapan7,621 orang12.31 km²
Karang Rejo6,856 orang0.76 km²

Jumlah penduduk Kecamatan Tarakan Tengah adalah seramai 60,397 orang, berikut adalah data dari setiap kelurahan:

KelurahanPendudukLuas
Kampung 1 Skip8,410 orang50.61 km²
Pamusian14,131 orang2.54 km²
Sebengkok15,019 orang1.48 km²
Selumit6,490 orang0.43 km²
Selumit Pantai16,347 orang0.48 km²

Jumlah penduduk Kecamatan Tarakan Timur adalah 42,909 orang, berikut adalah data dari setiap kelurahan:

KelurahanPendudukLuas
Gunung Lingkas7,905 orang3.19 km²
Lingkas Ujung10,409 orang1.16 km²
Kampung 44,529 orang11.39 km²
Kampung 65,433 orang11.21 km²
Mamburungan7,633 orang8.51 km²
Mamburungan Timur2,531 orang10.40 km²
Pantai Amal4,469 orang12.15 km²

Jumlah penduduk Kecamatan Tarakan Utara adalah 21,983 orang, berikut adalah data dari setiap kelurahan:

KelurahanPendudukLuas
Juata Kerikil4,705 orang10.59 km²
Juata Laut10,401 orang84.54 km²
Juata Permai6,877 orang14.23 Km²
Islamic Center Tarakan
Paroki Santa Maria Imakulata Tarakan

Kota Tarakan didiami oleh suku asli Tidung, yang hampir semuanya beragama Islam. Selain itu, terdapat juga penganut agama Protestan, Buddha, Katolik, Hindu dan agama-agama lain.

Berikut adalah populasi mengikut agama/kepercayaan, berdasarkan data daripada Badan Pusat Statistik untuk tahun 2010 dan 2024:[1][2]

Agama2010%2024%
Islam165,39685.53%218,71285.67%
Protestan18,1939.41%24,4779.59%
Katolik5,2222.70%9,0483.54%
Buddha2,9181.51%2,8901.13%
Hindu1070.06%920.04%
Konfusianisme1460.08%870.03%
Lain-lain1,3880.71%40.00%

Dalam sektor seni, Bumi Paguntaka terkenal dengan Tarian Jepen, iaitu tarian tradisional dari rantau ini, selain tarian Hadrah dan tarian tradisional lain yang berasal dari pelbagai wilayah. Sementara itu, dalam dunia muzik, perkembangan muzik tradisional dan moden turut menunjukkan kemajuan yang ketara.

Kumpulan etnik

[sunting | sunting sumber]
No. Kumpulan etnik %
1 Bugis 37.45%
2 Melayu 35.90%
3 Jawa 11.08%
4 Tidung 10.89%
5 Mandar 7.44%
6 Dayak* 7.21%
7 Banjar 6.06%
8 Cina 4.50%
9 Tausug 1.77%
10 Toraja 1.48%
11 Lainnya* 12.12%
*Nota: Dayak terdiri daripada pelbagai sub-etnik; Lainnya merupakan pengelasan pelbagai kumpulan etnik lain yang tidak direkodkan (IPUMS dan BPS Kota Tarakan, 2010).[9]

Tempat menarik

[sunting | sunting sumber]
  • Pantai Amal; satu-satunya pantai landai di Tarakan yang memiliki pemandangan eksotik dan air laut yang biru firus.
  • Grand Tarakan Mall; Pusat beli-belah terbesar di Kalimantan Utara. Memiliki 4 aras dengan banyak pilihan tempat belanja seperti Hero, Carefour dan Sogo.
  • Hutan bakau; merupakan habitat alami fauna asli Tarakan yakni Kera Bekantan.
  • Gunung Baso; satu-satunya lokalisasi di Kalimantan Utara yang terletak di pusat kota Tarakan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. 1 2 3 4 5 "Kota Tarakan Dalam Angka 2023" (pdf). BPS Tarakan (dalam bahasa Indonesia). m/s. 179. Dicapai pada 13 Julai 2026.
  2. 1 2 3 "Visualisasi Data Kependudukan - Kementerian Dalam Negeri 2023" (Visual). www.dukcapil.kemendagri.go.id. Dicapai pada 13 Julai 2026.
  3. "Indeks Pembangunan Manusia Menurut Kabupaten/Kota di Provinsi Kalimantan Utara, 2025". www.kaltara.bps.go.id. Dicapai pada 13 Julai 2026.
  4. "6 Fakta Menarik tentang Tarakan, Si Kota Seribu Kafe". Liputan6. 14 April 2021. Dicapai pada 13 Julai 2026.
  5. "Kota Tarakan - LOCALISE SDGs Indonesia". localisesdgs-indonesia.org. Dicapai pada 13 Julai 2026.
  6. "TARAKAN/JUWATA Climate: 1991–2020". Starlings Roost Weather. Dicapai pada 14 Julai 2026.
  7. "Sejarah Kota Tarakan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-02. Dicapai pada 2010-11-13.
  8. "Salinan arsip". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2012. Dicapai pada 14 Julai 2026.
  9. IPUMS and BPS Kota Tarakan, 2010.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]