Kris Allen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kris Allen
Allen di New York City, Mei 2009
Latar belakang
Nama lahirKristopher Neil Allen
Berasal dariConway, Arkansas,
Amerika Syarikat
GenreRock alternatif, rock pop muzik Kristian
PekerjaanPenyanyi-penulis lagu, ahli muzik
InstrumenVokal, gitar, piano, papan nada, biola
Tahun aktif2007–kini
Syarikat rakaman
Jive/19 Recordings
Laman sesawang
www.KrisAllenOfficial.com

Kristopher Neil "KrisAllen (lahir Jun 21, 1985) merupakan seorang pemuzik Amerika dan penulis lagu daripada Conway, Arkansas, serta pemenang musim ke-8 American Idol. Sebelum Idol, dia telah menerbitkan sendiri album pada tahun 2007 bertajuk Brand New Shoes.

Lagu pertabalan Allen, "No Boundaries" dan versi "Heartless" telah memasuki carta 20 Teratas dalam Billboard Hot 100.

Album selepas Idol yang bertajuk dirinya sendiri telah dikeluarkan pada November 17, 2009 oleh 19 Recordings dan Jive Records. Album tersebut bermula pada nombor sebelas dalam U.S. Billboard 200. Single utama album tersebut, "Live Like We're Dying" telah dikeluarkan pada September 21, 2009 dan memuncak pada nombor lapan belas dalam U.S. dengan jualan gabungan melebihi 1.7 juta. Album label utama kedua Allen Thank You Camellia telah dikeluarkan pada Mei 22, 2012, dan single utama "The Vision Of Love" telah dikeluarkan pada Mac 26, 2012.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau singgah di Kuala Lumpur sempena siri jelajah Asia bagi mempromosikan album terbaru Kris Allen. Beliau merupakan pemenang American Idol pertama membuat persembahan di Malaysia.[1]

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Allen berkahwin dengan buah hati sekolah tingginya Katy O'Connell pada September 26, 2008. Pasangan tersebut telah mula berpacaran sejak Allen berada di tahun junior di sekolah tinggi. Anak mereka Oliver Neil Allen telah dilahirkan pada Julai 30, 2013.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kris Allen wows Malaysian fans". theStar. Dicapai pada 2010-02-13.