Krisis Perlembagaan Sarawak 1966

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Krisis Perlembagaan Sarawak 1966 mengambil tempat di Sarawak, Malaysia. Krisis ini terjadi selepas 21 daripada 42 ADUN Sarawak telah mengisytiharkan bahawa mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap Stephen Kalong Ningkan, sebagai Ketua Menteri Sarawak.[1] 21 ADUN telah menulis memorandum kepada Gabenor Sarawak menyatakan bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Ketua Menteri. Gabenor tersebut, Abang Haji Openg, kemudiannya mengarahkan Stephen untuk meletak jawatan daripada kedudukan tersebut, walaupun begitu, Stephen menolak untuk meletakkan jawatan. Gobenor kemudiannya telah mengisytiharkan bahawa Stephen telah dipecat dari jawatan berkenaan dan melantik Tawi Sli sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru.

Berikutan daripada itu, Stephen telah menyaman Gabenor dan mahkamah, dan menegaskan bahawa keputusan penyingkiran dari jawatan yang disandang olehnya itu adalah salah di sisi undang-undang-undang.[1][2]

Di sebalik keputusan mahkamah, Kerajaan Persekutuan Malaysia telah mengisytiharkan suatu keadaan darurat di Sarawak pada bulan September 1966 dan Tawi Sli telah dilantik sebagai Ketua Menteri.[3]

Adalah dipercayai bahawa penyingkiran Stephen adalah hasil daripada campur tangan Kerajaan Persekutuan kerana kelantangannya dalam menuntut status autonomi negeri yang lebih besar.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "The saga of Stephen Kalong Ningkan — the conclusion". The Borneo Post. April 26, 2010. Dicapai pada 27 April 2011. 
  2. ^ Templat:Cite court
  3. ^ Imtiaz Omar (1996). Rights, Emergencies and Judicial Review. Martinus Nijhoff Publishers. p. 135. 
  4. ^ "Weakened federalism in the new federation". The Sun (Malaysia). July 25, 2007. Dicapai pada 29 April 2011. 
  5. ^ Boon Kheng Cheah (2002). Malaysia: The Making of a Nation. Institute of Southeast Asian Studies. p. 60.