Kromosfera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Imej Matahari yang diperhatikan oleh teleskop dengan penapis H-alfa

Kromosfera (secara harfiah, "sfera warna") ialah lapisan kedua daripada tiga lapisan utama atmosfera Matahari dan terletak kira-kira 2,000 kilometer dalam. Ia terletak di atas fotosfera dan di bawah kawasan peralihan suria.

Kepadatan kromosfera adalah sangat rendah, iaitu kira-kira 10-4 kali ganda kepadatan fotosfera di bawahnya, dan kira-kira 10-8 kali ganda kepadatan atmosfera Bumi. Ini menjadikan lapisan ini lutsinar kebiasaannya. Warna kemerah-merahannya hanya boleh dilihat sewaktu gerhana matahari penuh. Warna lapisan ini adalah di antara warna merah ke merah jambu. Namun, tanpa peralatan-peralatan khas, kromosfera tidak boleh dilihat disebabkan keterangan lapisan fotosfera yang melampau di bawahnya.