Kuartermaster Jeneral

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kuartermaster Jeneral ialah pegawai staf yang bertanggungjawab keatas pembekalan untuk seluruh tentera darat.

Jerman[sunting | sunting sumber]

Didalam Tentera Darat Imperial Jerman, jawatan Quartiermeister (kuartermaster) adalah seorang pegawai tanpa tauliah yang bertanggungjawab ke atas bekalan, manakala Generalquartiermeister tidak berurusan dengan pembekalan, tetapi dengan arahan operasi. Beliau merupakan pegawai paling kanan dibawah Ketua Staf.[1]

Sebagai contoh, semasa Perang Dunia I Erich Ludendorff merupakan Generalquartiermeister kepada Tentera Darat Kedua Jerman pada Ogos 1914. Dengan pengetahuan luasnya terhadap rancangan serangan keatas Liege, beliau dihantar untuk menyelia serangan tersebut dan mengambil alih pemerintahan sendiri apabila panglima briged terbunuh.

Lebih terkenal lagi, apabila Paul von Hindenburg dilantik sebagai Ketua Turus Am Besar di Oberste Heeresleitung (OHL atau "Markas Tertinggi Tentera Darat") pada Ogos 1916, Ludendorff, yang menjadi Ketua Stafnya di Barisan Timur, turut mengikuti beliau. Ludendorff enggan dikenali sebagai "Ketua Turus Am Kedua" dan sebaliknya memilih gelaran Kuartermaster Jeneral Pertama - pada peranan ini beliau mengarah operasi ketumbukan-ketumbukan tentera Jerman dan mempunyai kuasa keatas politik dan industri Jerman.

Portugal[sunting | sunting sumber]

Quartel-mestre-general (Bahasa Portugis bagi kuartermaster jeneral) ialah jawatan tradisi jeneral yang bertanggungjawab keatas pentadbiran dan pembekalan Tentera Darat Portugal. Pada masa ini, jawatan tersebut ditugaskan kepada pegawai memerintah Markas Logistik Tentera Darat, yang merupakan pegawai kanan berpangkat Leftenan Jeneral.

United Kingdom[sunting | sunting sumber]

Di United Kingdom, gelaran Quartermaster-General to the Forces (QMG) merupakan salah seorang jeneral paling kanan dalam Tentera Darat British. Dalam penggunaan moden QMG adalah Pegawai Jeneral kanan dalam tentera darat yang menyandang jawatan logistik dan pada masa ini berpangkat Leftenan Jeneral merangkap jawatan Panglima Material (Darat) (CoM(L)) didalam Kelengkapan & Bekalan Pertahanan. QMG berada diatas jawatankuasa tertinggi didalam tentera darat, iaitu Lembaga Tentera Darat.

Dari segi sejarah setiap formasi mempunyai seorang Timbalan Kuartermaster Jeneral (DQMG), Asistan Kuartermaster Jeneral (AQMG) atau Timbalan Asistan Kuartermaster Jeneral (DAQMG), bergantung pada saiznya.

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Sri Lanka[sunting | sunting sumber]

Di Sri Lanka, Kuarter Master Jeneral adalah seorang jeneral kanan dalam Staf Am Tentera Darat Sri Lanka, yang mengepalai Cawangan Kuarter Master Jeneral yang bertanggungjawab bagi pembekalan, pengangkutan, pergerakan, pembinaan dan penyelenggaraan dengan Tentera Darat Sri Lanka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]