Kuau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kampung Kuau terletak di Mukim Repek dalam Daerah Bachok, Kelantan.

Diceritakan turun temurun Kampung Kuau mendapat nama dari sepohon pokok kayu iaitu "Pokok Kuau", sejenis pokok kayu yang berdaun lebar dan rendang. Salasilah ia dinamakan sempena tumbuhan tersebut tidak pernah diketahui. Jika dipandang pada sudut geografi ia membentuk seakan pulau, kerana Kampung Kuau dipisahkan oleh kampung sekitar oleh Sungai Kemasin.

Jumlah penduduk berkepadatan sekitar 200 keluarga, yang terdiri daripada golongan penjawat awam, makan gaji dan bekerja sendiri . Kegiatan sosioekonomi utama penduduk setempat adalah pertanian, seperti penanaman padi dan sayuran., Dengan adanya projek pembangunan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan (Projek KEMASIN-SEMERAK) tanaman padi kini boleh ditanam sepanjang tahun (2 kali Setahun), di samping itu saliran yang dibina adalah bertujuan mengelakkan berlaku bencana banjir.

Kemudahan infrastruktur yang terdapat adalah seperti masjid, sekolah rendah, Dewan JKKK, Balai Raya, dan KEMAS. Walau bagaimanapun Kampung Kuau masih tertinggal dalam pendedahan kepada teknologi ICT .

Kampung-kampung sekitar: