Bachok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 6°4′N 102°24′E / 6.067°N 102.400°E / 6.067; 102.400

Bachok
باچوق
Transkripsi 
Bendera Bachok
Bendera
Bachok is located in Kelantan
Bachok
Bachok
Koordinat: 6°5′0″N 102°24′0″E / 6.08333°N 102.40000°E / 6.08333; 102.40000
Negara  Malaysia
Negeri  Kelantan
Luas
 • Jumlah 279.51 km2 (107.92 sq mi)
Populasi (2010)
 • Jumlah 133,152 [1]
Zon masa MST (UTC+8)
Poskod 16300 Bachok
Kod kawasan 09

Bachok (Jawi: باچوق ) merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada: Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Geografi Bachok

Bachok merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada: Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Keluasan Jajahan Bachok ialah 264.64 kilometer persegi (km2) dan mempunyai 133,152 penduduk pada tahun 2010. Pembahagian penduduk mengikut sektor ekonomi ialah:

Jajahan Bachok terbahagi kepada 8 daerah (merujuk kepada portal rasmi Majlis Daerah Bachok) seperti berikut:

Sejarah nama Bachok[sunting | sunting sumber]

Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu.

Ia terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban and chak. Ban bermaksud kampung dan chak bermaksud Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah.[perlu rujukan]

Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut.

Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.

Sejarah/dongeng nama-nama lain[sunting | sunting sumber]

Kononnya pada zaman dahulu kala terdapat sebuah batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut di tepi pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer itu. Tempat di mana batu yang dikatakan wujud kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong.

Masyarakat dahulu kala di sini juga percaya mengenai cerita kononnya wujud sebuah kemudi emas yang timbul dipermukaan air di pantai itu bersama-sama seekor buaya putih.

Menurut cerita, buaya putih sakti itu telah mengambil seorang budak perempuan di situ untuk dijadikan anak angkatnya sehingga dewasa.

Kerana sayangnya yang tidak terhingga, buaya putih itu sentiasa memberi berupa barang-barang kemas kepada budak perempuan itu. Tempat di mana berasalnya cerita dongeng itu kini dikenali sebagai Kampung Seri Kemudi[2].

Mukim dalam Jajahan Bachok[sunting | sunting sumber]

Kemudahan & infrastruktur[sunting | sunting sumber]

  • Pejabat Tanah dan Jajahan
  • Jabatan Kerja Raya
  • Mahkamah Syariah
  • Balai Bomba
  • Balai Polis
  • Pejabat Pendaftaran Negara
  • Kelinik Kesihatan
  • Pejabat Pos

Bank & institusi kewangan[sunting | sunting sumber]

AgroBank

  • No. 294, Jln Hulu Pasar, 16300 Bachok, Kelantan

Maybank

  • 283/ 55, Jln Pasar, 16300 Bachok, Kelantan

Pasaraya[sunting | sunting sumber]

  • Pasaraya Pantai Timor
  • Billion Mart Bachok
  • Nirwana Hypermarket (AKAN DIBUKA)
  • Pasaraya Zon Ria Bachok
  • Kedai Rakyat 1 Malaysia

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Pantai Irama[sunting | sunting sumber]

Pantai Irama terkenal sebagai pusat pelancongan pantai yang utama dan terkenal bukan sahaja di daerah Bachok, malah di negeri Kelantan dan Malaysia. Pantainya yang berpasir dan landai sesuai untuk aktiviti berkelah, riadah ,mandi laut, sukan air dan memancing.

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada pengunjung di Pantai Irama adalah seperti berikut:

  • Gerai makanan - ikan/udang/sotong celup tepung, keropok lekor, ABC,Air Kelapa Muda.
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Tandas awam
  • Kemudahan pengangkutan awam
  • Surau
  • Pasar malam (Jumaat) dan pasar tani (Sabtu)

Antara kemudahan di tepi Pantai Irama yang disediakan kepada pengunjung adalah seperti berikut:

  • Banana Boat
  • ATV
  • Kereta Kuda


Pantai Kemayang[sunting | sunting sumber]

Pantai Kemayang terletak didalam Mukim Kemasin,Daerah Tawang merupakan satu kawasan yang sering dikunjungi ramai. Terletak 5 km dari Bandar Bachok, ianya dihubungkan oleh rangkaian jalan raya yang baik.Jaraknya Hanya 14KM Dari Bandar Kota Bharu,Disana Anda Dapat Melihat Bot-Bot Nelayan Keluar Dan Masuk Untuk Mendaratkan Hasil Tangkapan Ikan. Disini Juga Terdapat Perusahaan Ikan Kering Secara Kecil-Kecilan Yang Diusahakan Oleh Penduduk Tempatan Diperkampongan Nelayan Dipantai Kemayang.

Mempunyai infrastruktur yang agak baik seperti tandas awan, surau dan juga gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan seperti makanan barasaskan makanan laut dan juga masakan panas.Sering dikunjungi oleh pelbagai golongan khususnya yang telah berkeluarga. Menghadap Laut China Selatan memberikan satu pemandangan yang amat menarik. Di sini terdapat juga sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Belongan. Ia dikenali dengan nama Pulau kerana kedudukan geografinya yang dikelilingi oleh sungai jika dilihat dari udara.

Pantai Melawi[sunting | sunting sumber]

Pantai Melawi juga merupakan pantai yg cantik dan terkenal seperti Pantai Irama dan Pantai Kemayang. Mempunyai banyak tempat menarik dan tempat penginapan seperti:-

  1.     Diamond Melawi Chalet       Kuala Melawi
  2.      Damai Melawi Chalet     Kuala Melawi
  3.      Anak Rhu Melawi Chalet  Kuala Melawi
  4.      D Rhu Melawi Chalet     Kuala Melawi
  5.      Redzuan Resort          Kuala Rekang
  6.      Sri Pantai Resort       Kuala Rekang
  7.      Seri Melawi Chalet      Kuala Rekang

penduduk sekitar kebanyakkan nya melakukan aktiviti pertanian secara khususnya tembakau dan kelapa.

Industri perikanan[sunting | sunting sumber]

Industri perikanan di kawasan jajahan Bachok semakin berkembang dengan pembinaan pelabuhan perikanan di Pantai Kemasin dan Pantai Tok Bali(Pasir Puteh) berikutan projek pembangunan Kemasin-Semerak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]