Kubu Khotin
Kubu Khotin | |
---|---|
Хотинська фортеця | |
Raion Dnistrovskyi, Oblast Chernivtsi in Ukraine | |
Koordinat | 48°31′19″N 26°29′54″E / 48.52194°N 26.49833°EKoordinat: 48°31′19″N 26°29′54″E / 48.52194°N 26.49833°E |
Jenis | Kubu |
Maklumat tapak | |
Tapak sesawang | https://khotynska-fortecya.cv.ua/index-en |
Sejarah tapak | |
Dibina | 1375 |
Kubu Khotin (Bahasa Ukraine: Хотинська фортеця, Poland: twierdza w Chocimiu , Turki: Hotin Kalesi , Romania: Cetatea Hotinului ) ialah sebuah kompleks perkubuan yang terletak di tebing kanan Sungai Dniester di Khotin, Oblast Chernivtsi, barat daya Ukraine. Ia terletak di sebuah wilayah di utara Bukovina yang bersejarah, iaitu sebuah wilayah Romania yang diduduki pada 1940 oleh Kesatuan Soviet berikutan Pakatan Molotov–Ribbentrop. Kubu ini juga terletak berdekatan binaan pertahanan lain yang terkenal, Istana Lama Kamianets di Kamianets-Podilskyi. Pembinaan kubu Khotin mula pada 1375, manakala pengubahsuaian besar dibuat pada 1380-an dan pada 1460-an, di bawah putera-putera Moldavia, Alexander I dan Stefan III.
Dalam budaya rakyat
[sunting | sunting sumber]Dalam filem
[sunting | sunting sumber]Banyak filem pengembaraan sejarah difilemkan di Kubu Khotin: Ular Kapak (1965, Rusia: Гадюка ), Zakhar Berkut (1971), Anak Panah Robin Hood (1975و Rusia: Стрелы Робин Гуда ), Kubu Lama (1976), D'Artagnan dan Tiga Askar Senapang Lantak (1978, Rusia: Д'Артаньян и три мушкетёра ), Balada Pahlawan Berani Ivanhoe (1983, Rusia: Баллада о доблестном рыцаре Айвенго ), Anak Panah Hitam (1985)[1] dan Taras Bulba (2009, Rusia: Тарас Бульба ).[2] Dalam filem-filem ini, kubu ini biasanya mewakili istana Inggeris dan Perancis, termasuk La Rochelle.
Legenda
[sunting | sunting sumber]Terdapat banyak juga legenda mengenai kubu ini, yang dicipta lebih ratusan tahun semasa kewujudannya. Sebahagian legenda terkenal termasuklah asal usul kawasan gelap besar yang terdapat di dinding kubu ini. Sebuah legenda menyatakan kawasan gelap itu dibuat dengan air mata pemberontak Khotin menentang Turki Uthmaniyah yang terbunuh dalam kubu ini. Legenda lain pula menyatakan kawasan gelap itu dibuat daripada seorang gaidis bernama Oksana, yang ditanam hidup-hidup oleh tentera Turki dalam dinding kubu ini.[3]
Dalam seni
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Klymenko, Sergiy (July 2004). "On the southwest of Kiev, July 2004. Fourth day: Chernivsti -> Khotyn -> Kamianets-Podilskyi -> Chornokozyntsi -> Chernivsti". serg-klymenko.narod.ru (dalam bahasa Ukraine). Dicapai pada 2008-07-16.
- ^ "Khotyn - Chocim". Castles.com.ua. Dicapai pada 2008-07-12.
- ^ Khotyn Fortress Diarkibkan 2008-12-09 di Wayback Machine — Newspaper article from Shepetivskyi Vistnyk (dalam bahasa Ukrainian), Accessed 16 July 2008.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kubu Khotin |