Bahasa Turki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bahasa Turki
Türkçe
Asli di Turki,
 Bulgaria,
 Cyprus,
 Greece,
 Makedonia Utara,
 Kosovo,
 Romania,
 Azerbaijan
dan komuniti pendatang di
 Germany,
 Perancis,
 Belanda,
 Austria,
 Uzbekistan,
 United Kingdom,
 Amerika Syarikat,
 Belgium,
 Switzerland,
dan negara lain.
WilayahTurki, Cyprus, Balkan, Kaukasus
Penutur asli~60 juta asli
~75 juta jumlah  (tiada tarikh)
Keluarga bahasa
Altaic (dipertikaikan)
  • Turkik
    • Turkik Selatan atau Oghuz
      • kumpulan Turki
        • Bahasa Turki
Sistem penulisanHuruf Latin (sejak 1928)
Status rasmi
Bahasa rasmi diTurki, Cyprus, Cyprus Utara, Kosovo, Makedonia Utara1
1 Dalam majlis perbandaran yang didiami oleh peratus dari penutur set minimum
Dikawal olehTürk Dil Kurumu (Persatuan Bahasa Turki)
Kod bahasa
ISO 639-1tr
ISO 639-2tur
ISO 639-3Either:
tur — Turki
ota — Turki Uthmaniyyah
MapOfTurkishSpeakers.png
Negara-negara dengan beberapa bilangan penduduk bertutur bahasa Turki
(Tekan pada imej untuk lagendanya)

Bahasa Turki (Türkçe) ialah salah satu daripada bahasa-bahasa Turkik yang dituturkan aslinya di Turki, Cyprus, Bulgaria, Greece dan negara-negara lain dari bekas Empayar Uthmaniyyah, baik juga oleh beberapa juta emigran dalam Kesatuan Eropah. Bilangan penutur asli adalah tidak pasti, berpunca terutamanya daripada kekurangan data bahasa minoriti dari Turki. Rajah dari 60 juta digunakan di sini menganggap bahawa Turki ialah bahasa ibunda kepada 80% populasi Turkish, dengan Kurdi sebagai yang terbanyak kepada yang selebihnya. Bagaimanapun, majoriti besar dari minoriti linguistik di Turki berdwibahasa, menuturkan Turki sebagai bahasa kedua.

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Turki tergolong di bawah keluarga bahasa Turkik, khususnya subkumpulan bahasa Oghuz. Secara umumnya, bahasa Turki memiliki darjah kefahaman menyaling yang tinggi dengan bahasa-bahasa Oghuz yang lain seperti bahasa Azerbaijan, Turkmen dan Gagauz.[1] Kira-kira 40% penutur bahasa-bahasa Turkik ialah penutur bahasa ini.[2]

Bahasa-bahasa Turkik pula pernah dikelaskan di bawah bahasa-bahasa Altaik, tetapi kini, kumpulan ini tidak lagi diperakui.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bahasa-bahasa Oghuz, kumpulan yang merangkumi bahasa Turki secara langsung telah dibawa oleh pihak Empayar Saljuk dan Turki Oghuz ke Anatolia pada abad ke-11.[3] Penyebaran agama Islam serta pengiktirafan bahasa Turki di Empayar Saljuk dan Kekhanan Kara-Khanid telah menyerap perkataan-perkataan daripada bahasa Arab dan Parsi sebagai kata pinjaman.

Pada zaman Empayar Uthmaniyah, dua jenis bahasa Turki telah muncul, yakni bahasa Turki bagi golongan atasan dan kesusasteraan, bahasa Turki Uthmaniyah dan bahasa Turki golongan kebanyakan, kaba Türkçe ("bahasa Turki kasar"). Bahasa Turki atasan memiliki kosa kata yang dipengaruhi oleh bahasa Arab dan Parsi sehingga tidak dapat difahami oleh golongan rakyat. Kaba Türkçe pula memiliki kosa kata yang terdiri daripada banyak perkataan asli dan menjadi asas kepada kosa kata bahasa Turki moden.[4]

Fonem[sunting | sunting sumber]

Konsonan[sunting | sunting sumber]

Fonem konsonan bahasa Turki baku
Dwibibir Gigi Gusi Belakang gusi Lelangit Velar Glotis
Sengauan m n
Letupan p b (c) (ɟ) k ɡ
Letusan t͡ʃ d͡ʒ
Geseran f v s z ʃ ʒ h
Aproksiman (ɫ) l j
Tamparan ɾ

Vokal[sunting | sunting sumber]

Fonem vokal bahasa Turki baku[5][6]
Depan Belakang
Tak bundar Bundar Tak bundar Bundar
Sempit i y ɯ u
Luas ɛ œ a o

Secara umumnya, huruf-huruf vokal bahasa Turki ialah ⟨a⟩, ⟨e⟩, ⟨ı⟩, ⟨i⟩, ⟨o⟩, ⟨ö⟩, ⟨u⟩ dan ⟨ü⟩. Diftong tidak dijumpai dalam bahasa Turki melainkan dalam kata-kata pinjaman. Penggunaan keselarasan vokal adalah meluas dalam bahasa Turki yang merupakan sebuah bahasa aglutinatif untuk menjamin aliran yang licin dan mengurangkan pergerakan vokal yang sedikit.

Taburan geografi[sunting | sunting sumber]

Pada 2005, kira-kira 93% penduduk Turki ialah penutur ibunda bahasa Turki.[7] Di Bulgaria, kira-kira sejuta orang penduduk dapat berbahasa Turki.[8]

Bahasa Turki ialah bahasa rasmi Turki serta satu daripada bahasa-bahasa rasmi Republik Cyprus bersama-sama bahasa Yunani. 38 buah perbandaran Kosovo serta dua buah perbandaran Makedonia Utara mengiktiraf bahasa ini sebagai bahasa rasmi.[9][10]

Dialek[sunting | sunting sumber]

Bahasa Turki baku adalah berasaskan dialek Istanbul,[11] tetapi dialek-dialek tempatan juga wujud. Dialek-dialek ini tetap wujud meskipun usaha perataan dialek serta penggunaan dialek baku dalam media massa dan sukatan pendidikan Turki telah dilakukan sejak 1930-an.[12]

Tulisan[sunting | sunting sumber]

Ketika zaman Empayar Uthmaniyah, bahasa Turki ditulis dengan abjad Arab. Namun begitu, abjad Arab dilihat tidak sesuai terhadap sistem fonem bahasa Turki yang sedia ada. Bahasa Turki memiliki lapan bunyi vokal yang tidak dapat ditampung oleh tulisan Arab, serta terdapat huruf-huruf konsonan Arab yang terpaksa diabaikan.[13] Bahkan, kemunculan telegraf dan mesin pencetak pada abad ke-19 menampakkan lagi kelemahan pada tulisan ini.[14]

Pada tahun 1928, tulisan bahasa Turki digantikan dengan sejenis tulisan Rumi diubah suai yang diperkenalkan oleh pengasas Republik Turki, Mustafa Kemal Atatürk.

Huruf-huruf moden bahasa Turki adalah seperti di bawah:

a, b, c, ç, d, e, f, g, ğ, h, ı, i, j, k, l, m, n, o, ö, p, r, s, ş, t, u, ü, v, y dan z.

Kosa kata[sunting | sunting sumber]

Carta pai peratusan perkataan bahasa Turki berdasarkan bahasa asal perkataan.

Edisi terkini kamus rasmi bahasa Turki, Büyük Türkçe Sözlük pada 2010 memiliki 616,767 patah perkataan dan frasa.[15] Edisi tahun 2005 bagi sebuah lagi kamus, Güncel Türkçe Sözlük menunjukkan bahawa 86% perkataan dan frasa yang merangkumi koleksi perkataan dan frasa dalam kamus ialah perkataan asli bahasa Turki dan selebihnya ialah kata pinjaman.[16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Language Materials Project: Turkish" (dalam bahasa Inggeris). UCLA International Institute, Center for World Languages. Februari 2007. 
  2. ^ Katzner, Kenneth (2002). Languages of the World (edisi ketiga). Routledge. ISBN 978-0-415-25004-7. 
  3. ^ Findley, Carter V. (Oktober 2004). The Turks in World History (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 0-19-517726-6. 
  4. ^ Glenny, Misha (2001). The Balkans: Nationalism, War, and the Great Powers, 1804-1999 (dalam bahasa Inggeris). New York: Penguin. m/s. 99. 
  5. ^ Zimmer & Orgun (1999), m/s. 155.
  6. ^ Göksel & Kerslake (2005), m/s. 9–11.
  7. ^ Suruhanjaya Eropah (2006). "Special Eurobarometer 243: Europeans and their Languages (Survey)" (PDF). Europa. Dicapai 2010-02-14. 
  8. ^ Toruko-go Bunpo Handobukku トルコ語文法ハンドブック (dalam bahasa Jepun). Hakusuisha. 2013. ISBN 978-4560086216. 
  9. ^ Kosovo. Encyclopedia Britannica. 2016. 
  10. ^ "Official regional languages". CIA World Factbook. 2002. Dicapai 2016-02-10. 
  11. ^ Campbell, George (1995). Turkish. Concise compendium of the world's languages. London: Routledge. m/s. 547. 
  12. ^ "En iyi İstanbul Türkçesini kim konuşur?". Milliyet. Dicapai 2017-12-30. 
  13. ^ Zimmer & Orgun (1999:155)
  14. ^ Zürcher, Erik Jan. Turkey: a modern history, p. 188. I.B.Tauris, 2004. ISBN 978-1-85043-399-6
  15. ^ "Büyük Türkçe Sözlük Turkish Language Association" (dalam bahasa Turki). Tdkterim.gov.tr. Diarkibkan daripada asal pada 2013-03-28.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  16. ^ "Güncel Türkçe Sözlük" (dalam bahasa Turki). Turkish Language Association. 2005. Diarkibkan daripada asal pada 21 Mac 2007. Dicapai 2007-03-21.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • (Turki) Karahan, Leylâ (1996). Anadolu Ağızlarının Sınıflandırılması. Türk Dil Kurumu.
  • (Inggeris) Brendemoen, B. (1996). "Conference on Turkish in Contact, Netherlands Institute for Advanced Study (NIAS) in the Humanities and Social Sciences, Wassenaar, 5–6 February 1996". Phonological Aspects of Greek-Turkish Language Contact in Trabzon.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikipedia
Wikipedia Bahasa Turki, ensiklopedia bebas