Kucing telinga gulung Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kucing telinga gulung Amerika
Curl Amerika
Asal usul Amerika Syarikat
Piawaian baka
TICA (Piawaian)
CFA (Piawaian)
AACE (Piawaian)
ACFA/CAA Bulu panjang (Piawaian)
Kucing bela jinak (Felis catus)

Kucing telinga gulung Amerika atau curl Amerika (bahasa Inggeris: American curl) ialah satu baka kucing yang bercirikan telinga tidak biasanya, yang bergulung ke belakang dari muka ke arah tengah belakang tengkorak. Telinga kucing telinga gulung Amerika patut dikendalikan dengan berhati-hati kerana pengendalian kasar boleh merosakkan rawan di dalam telinga. Baka ini berasal dari Lakewood, California, oleh sebab mutasi spontan.[1] Pada Jun 1981, dua ekor anak kucing terbiar dijumpai dan diadopsi oleh keluarga Ruga. Anak-anak kucing ini kedua-duanya berbulu panjang, seekor hitam dan seekor lagi hitam dan putih. Keluarga ini menamai mereka Shulamith dan Panda masing-masing, tetapi Panda hilang beberapa minggu kemudian, menjadikan Shulamith sebagai betina asasi bagi baka kucing telinga gulung Amerika.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Robinson, R. (1989). "The American Curl Cat" (PDF). Journal of Heredity. 80 (6): 474–475.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Pandu arah kucing