Kuih cara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kuih cara.

Kuih cara merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum yang digaul dengan tepung dan air daun pandan. Doh tersebut kemudiannya dicampurkan dengan santan dan dikacau agar tidak berketul. Kemudian ia dimasukkan kedalam acuan dan dimasak.

Nama[sunting | sunting sumber]

Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Kuih cara adalah popular di seluruh Malaysia. Ia banyak dibuat, dan ada dijual di mana-mana sahaja dan tidak perlu ditempah lebih awal.


Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Kuih cara popular sebagai juadah harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang enak. Bagaimanapun ia perlu dialas bagi mengelak bahagian luarnya juga melekit melekat pada jari orang yang memakannya.

Resepi[sunting | sunting sumber]

Bahan-Bahan[sunting | sunting sumber]

  1. 300 g tepung gandum
  2. 1 biji telur ayam
  3. ½ biji kelapa
  4. 4 helai daun pandan
  5. garam secukup rasa
  6. gula secukup rasa
  7. Alat: Acuan pembakar kuih baulu

Cara membuatnya[sunting | sunting sumber]

  1. Ayakkan tepung gandum supaya ia menjadi gebu dan ringan kemudian masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Kepuk telur hingga menjadi kembang kemudian masukkan ke dalam tepung gaul hingga rata.
  3. Daun pandan ditumbuk dan campurkan sedikit air kemudian diperah ambilkan airnya.
  4. Tuangkan santan ke dalam tepung bersama air daun santan kemudian dikacau supaya tidak berketul.
  5. Pastikan bancuhan tadi tidak terlalu pekat dan cair, masukkan garam secukup rasa.
  6. Panaskan acuan, sapukan dengan margerin dan masukkan bahan tadi ke dalam adunan, taburkan sedikit gula.
  7. Apabila bahagian tepinya sudah kuning bolehlah diangkat, ambilkan dua biji cara dan tangkupkan menjadi satu. Boleh dihidang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]