Kuih gunting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kuih gunting adalah sejenis makanan tradisi Melayu yang rangup yang merujuk pada cara ia dihasilkan, dan bukannya khusus pada resepi tertentu. Sesetengah orang memanggil kuih gunting ini dengan menukar perkataan kuih kepada kerepek, keropok atau kacang (contoh : kerepek gunting). Walau apa pun nama yang diberi oleh sesetengah orang, namun secara umumnya kuih ini lebih dikenali sebagai kuih gunting.

Terdapat pelbagai jenis khusus kuih gunting yang pedas, manis, masin dan sebagainya, tetapi bahan-bahan asas kuih gunting ialah tepung, air, garam, marjerin, telur, santan, serbuk kari, minyak masak, udang kering, bawang putih dan bawang merah. Cara asas membuatnya ialah dengan mencampurkan kesemua bahan-bahan tersebut mengikut sukatan tertentu dan diuli sehingga menjadi doh. Doh tersebut digunting-gunting sebelum digoreng.

Terdapat pelbagai jenis kuih gunting di Malaysia. Bahan-bahan dan cara-cara asas membuat kuih gunting boleh diubah mengikut kemahiran tukang masak. Di antara jenis-jenis kuih gunting yang ada di Malaysia ialah kuih gunting ikan bilis, kuih gunting udang, kuih gunting pedas, dan sebagainya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. kuih gunting