Kuil Hindu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pandangan dari hadapan kanan kuil Brihadeshwara

Kuil Hindu atau Mandir (Bahasa Sanskrit: मंदिर), ialah sebuah rumah ibadat untuk umat Hindu. Kuil ini biasanya digunakan khusus untuk aktviti-aktiviti keagamaan dan rohaniah.

Sebuah kuil Hindu dapat dibina sebagai sebuah struktur asing atau sebagai sebahagian sebuah bangunan. Suatu ciri kebanyakan kuil adalah kehadiran murti pada dewa Hindu untuk yang mana kuil itu didedikasikan. Kuil biasanya didedikasikan kepada satu dewa asas, digelar dewa pengerusi, dan dewa bawahan lain yang berkaitan dengan dewa utama. Bagaimanapun, sesetengah kuil didedikasikan ke beberapa dewa, dan sesetengahnya puala mempunyai tanda selain murti.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

  • Pada zaman Veda, masyarakat Hindu menyembah Tuhan dengan menggunakan api sebagai symbol-Nya. Di kawasan terbuka, mereka membina pentas, menyalakan unggun api, dan melakukan persembahan dan korban ke dalam api. Mereka tidak memerlukan kuil untuk bersembahyang.
  • Pertikaian masih wujud antara sejarahwan tentang permulaan kuil dalam masyarakat Hindu. Kemungkinan besar, kuil-kuil awal dibina dengan tanah atau kayu. Oleh itu, tentu kuil-kuil ini tidak dapat bertahan lama. Kemudian, bahan-bahan yang tahan lasak seperti batu-batan digunakan untuk membina kuil. Menurut suatu pendapat, kemungkinan besar, pembinaan kuil bermula pada kurun pertama Masihi.
  • Kuil-kuil Hindu biasanya dibina di tempat-tempat yang indah seperti tebing sungai, bukit-bukau, tepi tasik atau berhampiran laut. Terdapat juga kuil-kuil gua yang dibina dengan mengorek bukit.

Arkitektual Kuil[sunting | sunting sumber]

  • Kuil-kuil Hindu mempunyai ciri-ciri yang seragam seperti: (1) sebuah dom atau menara, (2) sebuah kamar dalam di mana arca Tuhan berada, (3) sebuah ruang untuk orang ramai duduk, (4) sebuah anjung depan, (5) sebuah kolam buatan, jika kuil itu tidak berada berdekatan sumber air seperti sungai atau tasik. Air yang bersih diperlukan untuk mencuci lantai kuil dan upacara ritual. Selain itu, golongan pemuja akan bermandi sebelum memasuki kuil.
  • Menara atau dom dipanggil sebagai shikhara atau puncak. Shikhara ialah simbol untuk gunung Meru, yang dipercayai sebagai puncak yang tertinggi dalam mitologi Hindu. Puncak yang tinggi ini mengingatkan manusia untuk mencapai puncak kerohanian yang tinggi. Gaya shikara ini biasanya berbeza antara India Utara dan India Selatan. Di India Selatan, gaya vimana digunakan untuk dom. Di India Utara pula, gaya nagara digunakan. Biasanya, kuil-kuil di India Selatan juga mempunyai sebuah pintu gerbang yang tinggi, berbentuk pagoda. Pintu gerbang ini dinamakan Gopuram.
  • Kamar dalaman kuil dikenali sebagai garbha-griha (secara literal bermaksud “kamar rahim”). Kamar ini kelihatan seperti sebuah gua. Hati manusia disamakan dengan sebuah gua, di mana Tuhan bersemayam. Kecuali sami kuil, orang lain tidak dibenarkan untuk memasuki garbha-griha. Di sesetengah kuil, orang-orang boleh mengelilingi garbha-griha untuk melakukan pradakshina.
  • Ruang untuk orang ramai duduk dikenali sebagai nata-mandir. Pada suatu ketika dahulu, golongan devadasi (hamba-hamba Tuhan) menari dan bernyanyi di nata-mandir untuk menghiburkan Tuhan. Orang ramai biasanya berdiri atau duduk di sini untuk menyaksikan upacara pemujaan yang berlaku dalam garbha-griha. Di setengah-setengah kuil, ruang nata-mandir biasanya sebuah bangunan yang berasingan daripada garbha-griha.  
  • Di anjung luar sesetengah kuil juga terdapat sebuah loceng besar. Orang ramai yang memasuki atau keluar kuil boleh membunyikan loceng ini sekali dua.

Peranan Kuil dalam Masyarakat Hindu[sunting | sunting sumber]

Lawatan ke kuil bukan sesuatu yang wajib untuk orang-orang Hindu. Biasanya, di setiap rumah orang Hindu terdapat sebuah kamar atau tempat sembahyang. Oleh itu, hanya semasa upacara perayaan agama, biasanya orang Hindu melawat kuil. Akibatnya, kuil-kuil tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap penganut-penganut Hindu. Namun, kuil-kuil Hindu biasanya mengadakan kirtana (nyanyian lagu-lagu suci) atau ceramah agama untuk orang ramai.


Topik-topik Hinduisme
Śruti: Veda · Upanishad · Śrouta
Smriti: Itihasa (Ramayana, Mahabharata, Bhagavad Gita) · Puranas · Sutras · Agama (Tantra, Yantra) · Vedanta
Konsep: Avatar · Atman · Brahman · Kosas · Dharma · Karma · Moksha · Maya · Ishta-deva · Murti · Penjelmaan semula · Samsara · Tattva · Trimurti · Turiya · Guru | Falsafah Vedanta
Falsafah: Aliran fikiran · Hinduisme awal · Samkhya · Nyaya · Vaisheshika · Yoga · Mimamsa · Vedanta · Tantra · Bhakti · Carvakas
Upacara amal: Jyotish · Ayurveda · Aarti · Bhajan · Darshan · Diksha · Mantera · Puja · Satsang · Stotras · Perkahwinan · Yajna
Guru dan santo: Sankara · Sarada Devi · Madhvacharya · Sri Ramakrishna · Swami Vivekananda · Ramanujacharya · Sri Krishna Caitanya
Mazhab: Vaishnavisme · Syaivisme · Syaktisme · Ramakrishna Mission · Ramakrishna Math
Dewa Hindu: Senarai dewa-dewi Hindu · Mitologi Hindu
Yuga: Yuga Satya · Yuga Treta · Yuga Dvapara · Yuga Kali
Kasta: Brahmin · Kshatriya · Vaishya · Shudra · Dalit
p·b·s