Kuil Mekari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuil Mekari
Mekari-jinja
和布刈神社
Honden, atau kuil utama
Info asas
Lokasi3492, Moji, Moji-ku, Kitakyūshū,
Fukuoka 801-0855
AgamaShinto
KedewaanMaharaja Chūai
Permaisuri Jingū
NegaraJepun
Laman webwww.mekarijinja.com/kaisou

Kuil Mekari (Bahasa Jepun: 和布刈神社, Mekari-jinja, Jawi: کوءيل ميکاري) ialah kuil Syinto yang terletak di Moji-ku, Kitakyūshū, Fukuoka, Jepun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Isteri Maharaja Chūai, Permaisuri Jingū, melawat ke sini suatu ketika dahulu semasa pencerobohan tentera ke Korea pada abad ke-3. Beliau membangunkan Kuil Mekari sebagai cara untuk mengucapkan terima kasih kepada roh Kami. Kuil utama yang ada sekarang dibina semula pada tahun 1767 oleh puak Ogasawara dari Harima.

Upacara Syinto Kuil Mekari[sunting | sunting sumber]

Dalam upacara sembah kuil Syinto yang disebut sebagai Mekari Syinji,[1] rumpai laut wakame dipotong dari lautan pada saat air surut dan dipersembahkan ke mezbah dalam upacara yang dilakukan pada awal pagi hari pertama Tahun Baru sesuai dengan takwim Cina. Upacara ini dianggap membawa keberuntungan dan telah ditetapkan sebagai Aset Kebudayaan Rakyat Tidak Ternilai oleh wilayah Fukuoka.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mekari Shinji (Shinto Ritual)" (dalam bahasa Inggeris). Wilayah Fukuoka. Dicapai pada 17 September 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]