Kultus individu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sebuah kultus individu itu wujud hasil pengunaan teknik media massa, propaganda, kebohongan besar (big lie), pertunjukan, seni, semangat patriotisme, tunjuk perasaan anjuran pemerintah dan rapat umum oleh rejim pemerintah sesebuah negara (terutamanya negara satu parti) atau seorang politikus individu untuk membentuk imej seseorang pemimpin yang ideal, berani dan terpuji tanpa sebarang raguan atau soal tanya. Fenomena ini sering didapati di negara-negara yang totalitarian atau berpemerintah mutlak.

Konsep ini mula timbul melalui suatu ucapan oleh Nikita Khrushchev pada hari terakhir Kongres Parti Komunis Kesatuan Soviet ke-20 pada tahun 1956 yang mengutuk pendewaan dan pengagungan Josef Stalin, serta juga Mao Zedong secara tersiratnya atas tanggapan Mao mempunyai fahaman yang menyimpang daripada doktrin bawaan Karl Marx.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]