Real Spin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Real Spin)
Jump to navigation Jump to search
Kumpulan Real Spin
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif2016 - kini
Kegiatan berkaitan
Berkumpulan
AhliNorazren Kamil (Azren) - pemain bass, Aidelah Ahmad (Aidel) - pemain gitar, Muhammad Khalis Md Shari (Khalis), Aiman Haqim Mohamad Ramli (Aiman) - drum


Kumpulan Real Spin merupakan sebuah kumpulan pemuzik yang ditubuhkan pada tahun 2016 di Malaysia. Kumpulan Real Spin ditubuhkan oleh dua anggota yang berasal dari kumpulan Spin, iaitu Norazren Kamil atau Azren (pemain bass) dan Aidelah Ahmad atau Aidel (gitaris) pada tahun 2016. Kumpulan Real Spin turut memperkenalkan dua anggota baru iaitu Muhammad Khalis Md Shari atau Khalis dan Aiman Haqim Mohamad Ramli atau Aiman (drum). Kumpulan Real Spin telah muncul dengan bingkisan single baru sebagai tanda kemunculan semula dalam gelanggang seni tanah air.[1]

Penyanyi utama kumpulan Real Spin ialah Khalis, yang sebenarnya juga merupakan adik kepada arwah Achik Spin. Single pertama nyanyian Khalis berjudul 'Semakin Rindu' mendapat sambutan yang memberangsangkan. Real Spin kini berada dibawah naungan Solaris Music Entertainment bagi menguruskan segala aktiviti seni kumpulan ini. Mereka kini muncul dengan single baru yang berjudul "Semakin Rindu" hasil kerjasama bersama komposer Cuna Alfian dan lirik oleh Azren Real Spin.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Norazren Kamil (Azren) - pemain bass
  • Aidelah Ahmad (Aidel) - pemain gitar
  • Muhammad Khalis Md Shari (Khalis)
  • Aiman Haqim Mohamad Ramli (Aiman) - drum

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Halusinasi Diri (2016)
  • Single Semakin Rindu (2017)[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]