Pergi ke kandungan

Real Spin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Real Spin
GenrePop rock, balada
Tahun aktif2016 Sunting nilai ini di Wikidata
Kegiatan berkaitanBerkumpulan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Real Spin merupakan sebuah kumpulan pemuzik yang ditubuhkan pada tahun 2016 di Malaysia. Kumpulan ini ditubuhkan oleh dua anggota asal kumpulan Spin, iaitu Norazren Kamil (Azren) selaku pemain bes dan Aidelah Ahmad (Aidel) selaku gitaris pada tahun 2016. Mereka turut memperkenalkan dua orang anggota baru iaitu teraju utama, Muhammad Khalis Md Shari (Khalis) yang merupakan adik kandung kepada Allahyarham Achik, dan Aiman Haqim Mohamad Ramli (Aiman) di posisi dram. Kumpulan Real Spin telah muncul dengan bingkisan single baru sebagai tanda kemunculan semula dalam gelanggang seni tanah air.[1]

Real Spin kini berada dibawah naungan Solaris Music Entertainment bagi menguruskan segala aktiviti seni kumpulan ini. Mereka muncul dengan single baru yang berjudul Semakin Rindu hasil kerjasama bersama komposer Cuna Alfian dan lirik ditulis oleh Azren Real Spin, yang mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Barisan keanggotaan

[sunting | sunting sumber]
  • Khalis - penyanyi
  • Aidel - gitar utama
  • Azren - bes
  • Aiman - drum

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • Seperti Dulu Duet Awis Spin (2021)
  • Di Pintu Syurga (2023)
  • Halusinasi Diri (2016)
  • Selalu Rindu (2018)
  • Single Semakin Rindu (2017)[2]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]