Kumpulan Scan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Scan
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreBalada, Pop Rock, Rock, Slow Rock
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
Tahun aktif1996–1999
Syarikat rakaman
Menora Music
Kegiatan berkaitan
Saari Amri
Bekas ahliAzzan (Vokalist)
Acid (Gitarist)
Ajoi (Bassist)
Afis (Drummeer)

Kumpulan Scan merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada pertengahan dekad 90'an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Kumpulan Scan pernah popular dengan lagu Kau Terpaksa dan Aku Dipaksa itu kembali untuk memuatkan dua lagu terbaik mereka yang berjudul Tak Sangka Kau Berdusta dan Sanggupkah Kau Bersabar Sayang?, di dalam album kompilasi keluaran syarikat MSO yang diberi judul Balada Hits 4.

Vokalis utamanya, Azan diberi tanggungjawab untuk mendendangkan kedua-dua lagu hasil ciptaan komposer Eddie Hamid dan Lan Laga. Kumpulan Scan yang terkenal dengan irama pop rock masih lagi meneruskan tradisi konsep album pertama mereka itu.

Kumpulan Scan sedang merancang untuk menghasilkan album penuh Scan, dan sebagai permulaan, dua lagu mereka diselitkan di dalam album kompilasi yang menghimpun semua lagu-lagu terbaik penyanyi naungan MSO. Antaranya ialah lagu-lagu dendangan kumpulan Stings, Screen, Spiranza, Lestari dan Saleena.[1]

Antara lagu yang terpilih untuk album ini ialah Bila Cinta Didusta (Screen), Kutimang Kasih Kutimang Sayang (Stings), Bukan Aku Rela (Saleena), Kumasih Meragui Cintamu (Spiranza) dan Berbungalah Bunga Cinta (Stings). Kebanyakan lagu di dalam album ini adalah ciptaan komposer Eddie Hamid, Patrick Kamis, Lan Laga, Norija dan Isa Gravity.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Scan dianggotai oleh 4 orang ahli kesemuanya lelaki.

  1. Azzan - (Vokalis)[2]
  2. Acid - (Gitarist)
  3. Ajoi - (Bassist)
  4. Afis - (Drummer) kini bersama Butterfingers dengan gelaran Loco@Loko

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Jualan
1996 Jelas Terlihat
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1996
  • Label :
1997 Bila Angan Ku Terbukti
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1997
  • Label :

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]