Saari Amri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saari Amri
Kelahiran
Saari bin Jusoh

(1966-04-13) 13 April 1966 (umur 58)
Nama lainIraas Irma, Fitri Amri, Siti Wan Kembang
PekerjaanKomposer, penulis lirik, penerbit album
Tahun aktif1988 - 2000
Kampung asalKuala Lumpur, Malaysia
PasanganSenorita Abdul Rahman
Anak-anakMohd Fitri Amri
Iraas Irmarita
Iraas Marliany
Amri Farizuan
Kerjaya muzik
Syarikat rakaman
Menora Music Entertainment
Pengkarya berkait
Kumpulan Ukays
Kumpulan Umbrella
Kumpulan Slam
Kumpulan Scan
Shima
Ziana Zain
Nike Ardilla
Azie

Saari bin Jusoh atau lebih dikenali sebagai Saari Amri (lahir 13 April 1966) ialah seorang komposer, penulis lirik dan penerbit album Malaysia yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Beliau merupakan komposer muda yang dianggap pelopor muzik 1990-an.[1] dan sudah menghasilkan lebih 600 buah lagu ciptaannya berada di pasaran.[2] Nama beliau dikenali kerana menghasilkan rangkaian koleksi lagu-lagu popular yang terus menjadi siulan sehingga kini antaranya Madah Berhelah (Ziana Zain), Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (Ukays), Butakah Cinta (Spring), Suci (May), Ramalanku Benar Belaka (Umbrella), Sembilu (Ella), Kemelut Di Muara Kasih (Ziana Zain), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan), Gerimis Mengundang (Slam), Mengintai Dari Tirai Kamar (Exists), Penantian (Black Rose), Ku Tak Akan Bersuara juga Duri Terlindung (Nike Ardila) dan banyak lagi.

Pada tahun 1994 beliau telah menerbitkan album Ukays berjudul Bisa Berbisa yang terjual melebihi 400,000 unit di Malaysia.[3] Album itu telah melonjakkan lagi nama beliau dan Kumpulan Ukays dipersada muzik tanah air ketika itu.[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Saari bin Jusoh dilahirkan pada 13 April 1966 di Tanah Merah, Kelantan.[5] Selepas ibu-bapanya berpisah, beliau tinggal bersama neneknya dan kerana kemiskinan hidup, hanya belajar sehingga darjah enam sahaja. Beliau tidak pernah mendapat didikan muzik secara formal.[6] Pada 28 November 1993, beliau menamatkan zaman bujangya bersama Senorita Abdul Rahman dan dikurniakan empat orang cahaya mata.[4] Sebelum bergiat dalam bidang muzik, beliau pernah bekerja sebagai penoreh getah dan buruh binaan.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Lagu pertama diterbitkan Pasti nyanyian kumpulan MEGA. Antara lagu-lagu awal :

- Ella : Sembilu

- Shima: Setelah Aku Kau Miliki

- Aris Ariwatan : Lamunan Terhenti

- Ziana Zain : Madah Berhelah

- Nike Ardilla (Indonesia) : Ku Tak Akan Bersuara / Suara Hatiku (Malaysia ver)

Penglibatan Anugerah Juara Lagu pertama Saari Amri ialah di Anugerah Juara Lagu ke-6 iaitu pada 29 Disember 1991 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dua lagu beliau dipertandingkan iaitu Penantian dari Black Rose dan Setelah Aku Kau Miliki yang dinyanyikan oleh Shima. Namun, hanya satu lagu beliau dianugerahkan. Setelah Aku Kau Miliki berjaya meraih Naib Juara di Juara Lagu 91 tersebut dan persembahan memukau oleh penyanyinya Shima mendapat Persembahan Terbaik ketika itu.

Pada 19 Oktober 1996, beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya lantas berhenti berkarya.[4][7] Tambahan pula, akibat krisis kewangan Asia 1997, syarikat penerbitan milik beliau, Menora Music telah terjejas dan beliau terpaksa menukar nama syarikat tersebut kepada Menora Music Entertainment.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

Ciptaan[sunting | sunting sumber]

Judul lagu Penyanyi Pencipta Produksi
Bila Cinta Bersuara Alkesah Band Saari Amri Nike19 Studios

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Antara lagu-lagu ciptaan Saari Amri yang berjaya memasuki peringkat akhir Anugerah Juara Lagu.

Anugerah Judul lagu Penyanyi Nota
AJL1991 Setelah Aku Kau Miliki Shima Tempat ke-2
Penantian Black Rose
AJL1995 Lamunan Terhenti Aris Ariwatan
Manis Masa Bercinta Haida
AJL1996 Gerimis Mengundang Slam
Kemelut Di Muara Kasih Ziana Zain
AJL2000 Pasrah Erra Fazira

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Farihad Shalla Mahmud (15 Oktober 2017). "Irama mendayu 1990-an bantut evolusi muzik tempatan". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2021. Dicapai pada 23 April 2021.
  2. ^ Norhayati Nordin (26 November 2017). "Masih aktif cipta lagu". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2021. Dicapai pada 23 April 2021.
  3. ^ Farihad Shalla Mahmud (7 November 2017). "Teman anggap Saari pencipta lagu luar biasa". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2021. Dicapai pada 23 April 2021.
  4. ^ a b c Norliza Mohamad Zakaria (21 November 2009). "Saari Amri kembali berkarya". Hiburan. Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-17. Dicapai pada 16 November 2015.
  5. ^ Farihad Shalla Mahmud (5 November 2017). "Saari Amri terus aktif cipta lagu". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2021. Dicapai pada 23 April 2021.
  6. ^ a b Niezam Abdullah (7 Jun 2010). "Saari Amri bengang mulut celupar Ajai". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2021. Dicapai pada 16 November 2015.
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan utusan2 tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]