Kumpulan Senoritas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Senoritas
Berasal dariMalaysia
GenrePop, dance, R&B, soul
Tahun aktif2008-2012
Laman sesawang
[Blog]
AhliLynnzay dan Zyra Z
Bekas ahliMeera, Kikiey, Nia,Shazzy, dan Diva.

Senoritas ialah sebuah duo wanita pop Malaysia dan dianggotai oleh dua sahabat baik iaitu Lynnzay dan Zyra Z. Kumpulan ini ditubuhkan sejak 2008 dengan dianggotai oleh tiga orang anggota sebelum menjadi duo. Mereka memulakan kareer seni mereka dengan kerjaya sebagai penari latar untuk artis-artis terkenal. Lynnzay aktif bersama band indie pop nya yang di kenali sebagai 'Apple Juice' dan Zyra pula bersama band 'Sinderella Story'. Walau bagaimanapun, Apple Juice lebih aktif dan pernah melakukan persembahan di kelab terkenal Kuala Lumpur,Zouk dan juga Istana Budaya.

Setelah 2 tahun melibatkan diri dalam dunia indie, Senoritas yang asyik bertukar ganti ahli ketiga,bernaung di bawah syarikat Reshmonu, R Talents selama 2 tahun. Senoritas kemudiannya lantas membuat keputusan untuk menamatkan kontrak mereka bersama R Talents dan meneruskan perjalanan 'bebas' mereka.Mereka telah pun meriliskan dua lagu yang di cipta sepenuhnya oleh Lynnzay yang bertajuk 'Magic' dan juga 'Asmara' bersama kumpulan produksi mereka yang bernama Adik dan Rauf.

Kumpulan Senoritas bertahan selama 4 tahun. Pada tahun 2012,mereka membuat keputusan untuk menamatkan perjalanan Senoritas dan meneruskan kareer solo masing-masing. Lynnzay kini meneruskan kareer solonya bersama gelaran 'Lynnzay A' juga bekerja sebagai penulis majalah politik. Zyra Z. tidak lagi aktif dalam dunia hiburan.



Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]