Spunky Funggy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Spunky Funggy)
Spunky Funggy
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenrePunk / Garage / Pop Punk
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1991 - Kini
Syarikat rakaman
Doyerown Records
Pengkarya berkait
Berkumpulan


Spunky Funggy merupakan sebuah kumpulan punk rock dan penyanyi yang bergerak secara bebas atau juga dikenali sebagai indie di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Spunky Funggy di tubuhkan pada tahun 1991 oleh Francis Wolf (The Flying Retards) dan Chong (Unsangkarables). Antara gig terawal Spunky Funggy adalah bersama kumpulan Carburetor Dung, OAG dan United Colors of Frustation sekitar tahun 1991 di HELP University.

Demo pertama Spunky Funggy, "The Green Demo" di rilis pada tahun 1996.

Album pertama Spunky Funggy, "Smile For The Revolution" di terbitkan tahun 1999 dan di edarkan oleh Positive Tone tahun 2000.

Spunky Funggy juga beraksi di pesta music tahunan Malaysia, Rock The World pertama tahun 2000.

Tahun 2000, Spunky Funggy telah bersiap sedia untuk "tour" ke Australia. Namun tour ini telah di batalkan kerana band tidak dibenarkan masuk ke Australia. Kisah ini telah dimuatkan di dalam buku "Social Carbon Copy". [1] Kisah ini juga di muatkan di dalam dokumnetari Australia. [2]

Tahun 2001, Spunky Funggy tour ke Thailand dan ini menjadikan mereka band gerak bebas (indie) yang tour ke luar negara.

Tahun 2007, Spunky Funggy sekali lagi tour ke Thailand. Ahmad Sod (Roots and Boots) selaku drummer dan Atiff Aiman (Civil Disorder) sebagai pemain bass. Tour ini dilakukan bersama The 4 Sivits dari Jerman.

Walaupon sudah lama menyepi Spunky Funggy masih lagi aktif. Show terakhir di lakukan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 2016.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Francis Wolf - Penyanyi, Gitar
  • Ahmad Rozaidi Chong - Drum
  • Zam - Bass

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Studio Album[sunting | sunting sumber]

  • Smile For The Revolution (2000) (UPC 7-24352-67-654-5)

Lagu Lagu

  1. The Place
  2. Walk
  3. Happier
  4. Paint
  5. Times Change
  6. Sunday Morning
  7. Honey Bees
  8. A New Head
  9. Social Carbon Copy
  10. Motherland Grumbling
  11. The Love Song
  12. Paint (Acoustic)
  13. Little Things

Kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • They Came From Planet Earth
  • Struggling To Survive
  • Punkaholic

Pautan luar[sunting | sunting sumber]