Carburetor Dung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Carburetor Dung
Kumpulan Carburetor Dung.jpg
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Rock / punk rock
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 1991 -
Kegiatan berkait Berkumpulan


Kumpulan Carburetor Dung merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Carburetor Dung adalah kumpulan pemuzik punk rock yang diasaskan di Kuala Lumpur pada tahun 1991 dan masih lagi segar bergiat di dalam pergerakan muzik underground Malaysia sehingga sekarang.

Lain dari kebanyakkan kumpulan muzik underground awalan yang seangkatan dengan mereka yang menjejak langkah ke arena arus perdana (mainstream), setelah mengeluarkan album pertama pada tahun 1993, Carburetor Dung memilih untuk terus beraksi secara DIY (Do-It-Yourself) atau independen, tanpa diikat oleh kontrak dengan syarikat rakaman korporat atau pun mengarapkan paparan media massa arus perdana. Mereka merakam dan mengeluarkan hasil rakaman lagu-lagu mereka dan menjalankan aktiviti mereka secara tersendiri.

Paparan lirik-lirik lagu Carburetor Dung berkisar pada tema-tema kepincangan masyarakat, ketidakadilan, pembodohan rakyat oleh pihak media dan juga warna-warna hidup orang muda di Kuala Lumpur; manakala muzik mereka dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan Punk Rock dari dunia Barat terutama dari England dan Amerika Syarikat disekitar era awal 80an.

Selama ini Carburetor Dung telah menghasilkan dua album iaitu Songs For Friends (1993) dan The Allure of Manure (1999), mereka juga telah menyumbang lagu-lagu mereka kepada beberapa album kompilasi di Malaysia dan juga di luar negera. Pada tahun 2000 sebuah single berbentuk piring hitam 7 inci bertajuk Sheepfarming in Malaysia telah dikeluarkan di London.

Rakaman terbaru mereka adalah sebuah lagu bertajuk "Mari Nyanyi Menjilat", yang dimuatkan didalam kompilasi Radio Malaya dan dikeluarkan pada bulan April 2006.

Asal usul[sunting | sunting sumber]

Nama Carburetor Dung mula dipakai oleh kumpulan ini dengan masuknya Joe Kidd sebagai pemain gitar pada akhir 1992. Sebelum itu mereka menggunakan nama Stormfish. Pengasas kumpulan ini adalah pemain bass Fendi, yang berhijrah ke Kuala Lumpur dari Taiping, Perak. Stormfish dimulakannya bersama kawan-kawan yang juga berasal dari Taiping, iaitu Joe Mechanic (dram) dan Azrin (gitar). Apabila Joe Mechanic kembali ke Taiping, ia telah diganti oleh Adam.

Ahli-ahli Stormfish dikala itu sentiasa berkumpul di Central Market, dimana pelbagai kumpulan-kumpulan underground generasi kedua mula bertapak dan bergaul dengan generasi pertama seperti Blackfire, Nemesis, Punisher, Rator dan lain-lain. Kebanyakkan mereka suka berlatih atau menjalankan rehearsal di studio-studio jamming sekitar Pertama Kompleks, terutama di Amerah Studio.

Pada awal 1992, pemain gitar dan vokalis kumpulan Deflowered, Joe Kidd, yang sentiasa mengikuti sesi jamming Stormfish sebagai pemerhati mula menjadi ahli tetap. Pada mulanya sebagai pemain bass tetapi tidak lama kemudian ia bertukar sebagai pemain gitar.

Dalam pertengahan 1992, Stormfish ditukar nama kepada Carburetor Dung (sebuah nama yang pernah diguna oleh Joe Kidd untuk kumpulan pertamanya dalam tahun 1990). Apabila Adam mula menhadapi masalah untuk hadir ke sesi rehearsal, beliau telah diganti oleh pemain dram baru Shahlan.

Sama seperti Joe Kidd, Shahlan berasal dari Terengganu dan pernah bermain dram dengan kumpulan Punk Rock awalan Terengganu seperti Mallaria dan juga The Stoned Crows. Tidak lama selepas Shahlan menjadi ahli baru, pemain gitar asal Azrin terpaksa keluar untuk menumpukan perhatian terhadap pembelajarannya. Nota: Pada akhir 1992 Azrin muncul dengan kumpulan barunya Subculture.

Joe Kidd - gitar/vokal, Fendi - bass/vokal and Shahlan - dram, terus giat jamming sehingga mereka mendapatkan seorang lagi pemain gitar iaitu Pari (atau Shahpari) yang pada masa itu juga bergiat dengan kumpulan ART (atau Against Racism of Today). Pada akhir 1992, mereka dikemaskan lagi dengan pemain dram baru, Lan Bear, yang juga pemain gitar untuk Infectious Maggots dan ABC... Dead. Kedua-dua Lan Bear dan juga Pari berasal dari Negeri Sembilan. Dengan adanya Lan Bear, Shahlan mula menjadi penyanyi utama.


Permulaan[sunting | sunting sumber]

<coming soon>


Pertengahan[sunting | sunting sumber]

<coming soon>


Limbo[sunting | sunting sumber]

Setelah berdiam diri dari September 1999 ke Jun 2002, Carburetor Dung kembali dengan beberapa pemain dram sambilan, seperti Asma, Panther dan Meny (semuanya ahli-ahli kumpulan-kumpulan underground yang bertapak di Kuantan, Pahang). Pada masa ini line-up tetap kumpulan Carburetor Dung adalah Lee - vokal, Joe Kidd - gitar dan Fendi - bass.

Pada 31hb Disember 2002 Carburetor Dung beraksi dipentas di No Black Tie, sebagai menyambut Tahun Baru. Gig ini adalah gig terakhir Carburetor Dung dengan Lee sebagai penyanyi. Lee kemudiannya berhijrah ke Adelaide, Australia.

Carburetor Dung sekali lagi berdiam diri, walau bagaimana pun tiga lagu rakaman rehearsal mereka telah dikeluarkan didalam kompilasi Non-Conformity, keluaran Knot Records pada bulan Jun 2003.

Sekarang[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Disember 2003, Carburetor Dung mula aktif kembali dengan pemain dram Apuk (dari kumpulan Kuchalana). Mereka kemudian tampil dengan penyanyi baru Alak (dari kumpulan Pusher). Line-up ini, Joe Kidd - gitar, Fendi - bass, Apuk - dram dan Alak - vokal, merakamkan lagu Johnny untuk kompilasi The Dude Puked On My Lap, keluaran fanzine Coalition.

Mulai Disember 2004, Carburetor Dung sekali menukar pemain dram. Kali ini mereka menampilkan pemain dram veteran, Bullet, bekas ahli kumpulan Thrash Metal awalan seperti Nemesis dan juga Punisher. Line-up ini merakamkan lagu Mari Nanyi Menjilat untuk kompilasi Radio Malaya.

Line-up sekarang: Joe Kidd - gitar, Fendi - bass, Alak - vokal dan Bullet - dram


Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Anggota Sekarang
  • Alak - vokal
  • Joe Kidd - gitar (terdahulunya sebagai bass)
  • Fendi - bass
  • Bullet - dram
Anggota Terdahulu
  • Shahlan - dram, vokal
  • Lee - vokal
  • Azrin - gitar
  • Pari (Shahpari) - gitar
  • Adam - dram
  • Joe Mechanic - dram
  • Lan "Bear" - dram
  • Apuk - dram
Anggota sambilan
  • Asma - dram
  • Panther - dram
  • Lee - dram

Album[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Boo Hoo Clapping Song
  • Don't Know
  • Happy
  • Labour Of Hate
  • Liar
  • Oppression
  • Farewell

Pautan luar[sunting | sunting sumber]