OAG

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
OAG
Berasal dariKuching, Sarawak, Sarawak Malaysia
GenreRock alternatif
Indie
Tahun aktif1992 - kini
Syarikat rakaman
EMI (Malaysia) Sdn. Bhd.
Pengkarya berkait
OrAnG, The Times
Laman sesawang
https://www.instagram.com/oagofficial/
Ahli
Bekas ahli
  • Ivan (gitar, 1992-95)
  • Adin (gitar, 1995-99)
  • Edmund (bes, 1995-99)
  • Alim (gitar, 2000-2005)
  • Miki (bes, 2000)
  • Farid (dram, 2000)
  • Andy (gitar, 2001)
  • Miji (bes, 2001)
  • Bakri (dram, 2001)
  • Edwin (2002)
  • Naza (2002-2005)
  • David (gitar, 2002)
  • Rizal (dram, 2002)
  • Orange (gitar, 2002)
  • Jim (gitar, 2003-05)
  • Attan (dram, 2003-05)
  • Nizam Norani (gitar, 2005-2019)
  • Qi Razali/Chi - dram (1994-1999, 2016-2023)
  • Ammal Bellamy - gitar utama/vokal kedua (2017-2023)
  • Nazrin Zabidi/Yin - bes (2012-2023)
  • Izmer - keyboard/violin(2012-2019
  • Faiz - gitar

OAG (juga ditaip sebagai O@G[perlu rujukan]) merupakan sebuah kumpulan rock alternatif Malaysia. Kumpulan ini dikenali umum sebagai peneraju muzik rock alternatif Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1992 dan pada awalnya dianggotai Radhi (vokal dan gitar), Chi (dram), Ivan (gitar), dan Lam (bass) sebelum mengalami perubahan dalam anggota kumpulan.

Pada asalnya OAG dikatakan mewakili "Old Automatic Garbage" tetapi kemudiannya ditukar menjadi Orang Asia Genius.[1]

Pada tahun 2008, Radhi sempat terlibat di Pusat Pengasih Malaysia untuk pulih daripada masalah ketagihan dadah dan menguruskan masalah rumah tangga yang menimpanya pada ketika itu. Hal itu menyebabkan OAG berhenti seketika daripada sebarang kegiatan muzik sekitar tahun 2009 hingga tahun 2011 sebelum kembali mewarnai industri muzik di Malaysia pada tahun 2012 .[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

OAG telah ditubuhkan pada tahun 1992 dengan lineup asal iaitu Radhi, Lam, Ivan dan Qi pada ketika itu. Pada tahun 1993, mereka telah merakamkan dua buah demo tape iaitu Spastically dan juga O.A.G. dan mengirimkannya kepada Paul Moss, yang ketika itu merupakan seorang penerbit di syarikat rakaman Positive Tone. Beliau yang tertarik dengan kebolehan kumpulan tersebut terus mendaftarkan mereka di bawah syarikat tersebut dan akhirnya pada penghujung tahun 1994, album pertama mereka iaitu Old Automatic Garbage telah dilancarkan di bawah syarikat rakaman tersebut dengan menampilkan lagu yang telah menaikkan nama mereka ke arus perdana iaitu 60's TV.

Pada tahun 1995, Lam dan Ivan meninggalkan OAG atas sebab melanjutkan pelajaran. Mereka diganti pula oleh Adin (gitar) dan Edmund (bass) daripada kugiran Paranoid Pest. Lineup inilah yang telah berjaya merakamkan dan meriliskan album kedua mereka iaitu bertajuk Melody Mocker pada tahun 1996 yang menampilkan lagu Knocked Silly yang pada asalnya dendangan daripada kugiran Flop Poppy yang juga telah dimuatkan dalam salah satu album kompilasi indie yang terawal di Malaysia iaitu A Circle of Friends pada tahun 1993.

Kejayaan OAG terbukti apabila mereka memenangi anugerah Artis Baru Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 1996. Video klip 60's TV juga dicalonkan sebagai Video Klip Terbaik.[3] Klip tersebut pernah berada di tangga keempat selama enam bulan berturut-turut dalam rancangan Chart Show's Best yang ditayangkan di MetroVision pada tahun 1996.

OAG juga diberi penghargaan untuk mendendangkan lagu tema Kejohanan Remaja Sedunia FIFA/Coca Cola ke-9 yang diadakan pada 16 Jun 1997 di Malaysia. Lagu yang bertajuk Name Of The Game itu digubah oleh Radhi dan liriknya ditulis oleh Paul Moss.

Dalam tahun 2000-an, OAG mula menceburi persada lagu berbahasa Melayu, bermula dengan album Opera Radhi-o Friendly (2002) yang mana pada ketika itu Radhi bergabung sekali lagi dengan kugiran Flop Poppy yang memuatkan lagu hits seperti Slumber. Selepas itu, Naza Mohamad dari kugiran Polythene dan Alim dari kugiran Nerd pada ketika itu yang telah terbang jauh dari Kuching, Sarawak telah bersetuju untuk bersama dengan Radhi untuk mendukung nama OAG dan akhirnya terbitlah album Satelit Ink. pada tahun 2003 yang memuatkan lagu Akustatik yang telah berjaya membawa mereka ke pentas Anugerah Juara Lagu pada ketika itu. Ketika itu juga adik kepada Naza iaitu Mono dari kugiran Saturday Heroes turut serta untuk menjayakan persembahan mereka. Ketika nama OAG sedang berada di puncak, Naza, Alim dan Mono telah memutuskan untuk meninggalkan OAG untuk menubuhkan sebuah kugiran indie baharu yang bernama The Times.

Pada tahun 2005, kumpulan ini juga diberi peluang merakamkan lagu tema Generasiku bagi filem Gol & Gincu dan siri televisyen susulannya.

Pada tahun 2005, OAG dibarisi oleh Radhi, Nizam, Eric, Zul dan Fizul. Barisan ini telah menaikkan lagi nama OAG dipersada muzik tanah air dengan memenangi anugerah Ikon Malaysia bagi katergori kumpulan. Mereka juga mewakili Malaysia bagi peringkat Ikon Asean.

Pada tahun 2006, OAG meninggalkan EMI, setelah merakamkan album terakhir bersama label tersebut, OrAnG. Pada tahun 2006, mereka dipilih untuk membantu mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2007 di London.

Pada tahun 2007, mereka terlibat dalam pertandingan Nokia You Make It Reel!. Lagu mereka telah digunakan oleh peserta iaitu pengarah video muzik untuk menghasilkan video untuk lagu mereka dan memenanginya. Pada tahun yang sama mereka menjuarai kategori kumpulan muzik di Ikon Malaysia.[4]

Pada tahun 2012 , Radhi merekrut 'pemuzik' baru untuk OAG, yang dipilih dari kalangan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. Susunan barisan baru terdiri daripada Azzam (drum), Muhamad Nizam (gitar - sejak 2005), Nazrin Zabidi (gitar bass / vokal sokongan), dan Izmer Khasbullah (vokal keyboard / sandaran). Radhi mendefinisikan muzik baru OAG sebagai aslinatif, gabungan muzik asli atau muzik tradisional dan alternatif. Mereka melancarkan beberapa buah lagu. Antaranya yang menjadi OST Drama TV yang berjudul Friday Im in Love . Beberapa single lain seperti Si Pengasih Muda dan Di Bawah Tanah Ayer.

Pada tahun 2014 , OAG muncul dengan beberapa orang ahli baru. Antaranya adalah kemunculan semula Drummer asal OAG iaitu Qi Razali. Radhi selaku ketua kumpulan mengekalkan Nizam Norani (Gitar) dan Nazrin (Bass Gitar) . Radhi merekrut seorang gitaris baru pada tahun 2017 iaitu Ammal. OAG kemudian merilis Single Inggeris yang berjudul Snowball pada tahun 2017 dan Infiniti yang dirilis pada hujung 2018 .

Pada 2020 Vokalis OAG iaitu Radhi telah membuat satu projek solo yang digelar' Radhi 2020AG. Radhi juga sudahpun mempersiapkan lagu Single terbaru pada tahun 2020 yang berjudul' ORI. Walaupun sudah lama bertapak dalam industri muzik Malaysia namun Band OAG ini masih lagi relevan dan kekal ``OAG Never Die' '.

Anggota kumpulan[sunting | sunting sumber]

Kini[5]
Terdahulu
  • Chi - dram (1992-99, 2002)-Present
  • Lam - bes (1992-95)
  • Ivan - gitar (1992-95)
  • Adin - gitar (1995-99)
  • Edmund - bes (1995-99)
  • Alim - gitar (2000-2005)[6]
  • Miki- bes (2000)
  • Farid - dram (2000)
  • Andy - gitar (2001)
  • Miji - bes (2001)
  • Bakri - dram (2001)
  • Edwin - (2002)
  • Naza - (2002-2005)[6]
  • David - gitar (2002)
  • Rizal - dram (2002)
  • Hafizul Azim - gitar (2002)
  • Mono - bass (2000-2005)<reff name=thetimes>
  • Jim - gitar (2003-05)
  • Attan - dram (2003-05)
  • Eric Wong - bes (2005-2007)
  • Izmer Khasbullah - keyboard/violin
  • Muhamad Nizam - gitar
  • karl - vokal
  • yenn - gitar utama
  • Razif - gitar
  • Fiq - bass
  • shid - drum
  • Aki - keyboard
  • Ako - gendang
  • Ali - Serunai
  • Salim - Gong
  • Eman - Saxsofon
  • Azam - turntable
  • Din -

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  1. B0C4DE; border-left:2px solid
  2. B0C4DE;"
Old Automatic Garbage
  1. BFE0BF; border-left:2px solid
  2. BFE0BF;"
Boys & Girls 1+1=3[7]
  1. FFBA9F; border-left:2px solid
  2. FFBA9F;"
Experimental Playground 1967
  • Tarikh keluaran: 1997
  • Format: CD
  • Label: Sony Music
  • Penerbit: Paul Moss
  • Single-single: "Name of The Game"
  1. BFE0BF; border-left:2px solid
  2. BFE0BF;"
Coca Cola FIFA Youth World Cup
  • Tarikh keluaran: 1997
  • Format: CD
  • Single-single: "Name of The Game"
  1. B0C4DE; border-left:2px solid
  2. B0C4DE;"
Melody Mocker
  • Tarikh keluaran: 1999
  • Format: CD
  • Single-single: "Knocked Silly"
  1. B0C4DE; border-left:2px solid
  2. B0C4DE;"
oag.comp
  • Tarikh keluaran: 2000
  • Format: CD & Cassettes
  • Label: Positive Tone & EMI
  • Penerbit: Paul Moss
  • Runut-runut: "Sweet FA", "Endless Dream", "Knocked Silly", "Creepy Crawlies", "Teardrop", "Wheel of Pop Tune", "Wired", "Crush", "Toxic", "Name of the Game", "Disposable Garbage", "60's TV", "Horrible Adorable", "Spastic Youth", "Happy B.Day", "Radhi Taps His Guitar", "TeeVee (Indiependence Remix)"
  1. B0C4DE; border-left:2px solid
  2. B0C4DE;"
Opera Radhi-o Friendly
  1. B0C4DE; border-left:2px solid
  2. B0C4DE;"
Satelit Ink.
  • Tarikh keluaran: 2003
  • Format: CD
  • Label: EMI
  • Single-single: "Nowwhy2", "Konspirasi Bising Internasional", "Beautifool", "Akustatik"
Runut Bunyi Gol & Gincu
  • Tarikh keluaran: 2005
  • Format: CD
  • Single-single: "Generasiku"
  1. B0C4DE; border-left:2px solid
  2. B0C4DE;"
OrAnG
  • Tarikh keluaran: 2006
  • Format: CD
  • Label: EMI
  • Single-single: "Dayang", "Generasiku", "Permysuri", "Sabtuday"
  1. BFE0BF; border-left:2px solid
  2. BFE0BF;"
Keunggulan Permysuri
  • Tarikh keluaran: 2006
  • Format: CD
  • Label: EMI
  • Single-single: "Senyuman Ragamu (menampilkan Gerhana Ska Cinta)"
KAMI - The Album (Runut bunyi projek KAMI)
  • Tarikh keluaran: 2007
  • Format: CD
  • Single-single: "Senyuman Ragamu (menampilkan Gerhana Ska Cinta)", "Nowwhy2", "Permysuri"
Merdayka
  • Tarikh keluaran: 2008
  • Format: CD
Cap Ayamz and Frenz (Runut bunyi Antoofighter: Amukan Drakulat)
  • Tarikh keluaran: 2008
  • Format: CD
  • Label: EMI
  • Single-single: "Generasiku"
Friday Im In Love
  • Tarikh keluaran: 2012
  • Format: CD
  • Penggubah: Radhi OAG
  • Penerbit: OAG
Di Bawah Tanah Ayer
  • Tarikh keluaran: 2015
  • Format: CD
  • Label: Monkey Bones
  • Penggubah: Radhi OAG
  • Penerbit: OAG
SnowBall
  • Tarikh keluaran: 2017
  • Format: CD
  • Penggubah: Radhi OAG
  • Penerbit: OAG
Infiniti
  • Tarikh keluaran: 2018
  • Format: CD
  • Penggubah: Radhi OAG
  • Penerbit: OAG

Anugerah[sunting | sunting sumber]

1996
2007

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Majalah ROTTW, Disember 2008, laman 20-27
  2. ^ Metra Mohamed, Radhi OAG Tubuh Orang Rekod — SimplySiti Diarkibkan 2020-02-02 di Wayback Machine, (September 23, 2008)
  3. ^ a b "OAG di Muzikrock.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-28. Dicapai pada 2008-12-10.
  4. ^ a b The Star: Jac and OAG come out tops
  5. ^ Joseph, Georgie (26 Julai 2018). "Amal tak ganti Radhi OAG". Harian Metro. Dicapai pada 2020-02-02. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  6. ^ a b Naza dan Alim menubuhkan Kumpulan The Times selepas meninggalkan OAG - The Times Diarkibkan 2008-12-22 di Wayback Machine di AMP
  7. ^ "Album Boys & Girls 1+1=3 di Muzikrock.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-04. Dicapai pada 2008-12-10.