Kumpulan UEM
| Jenis/bentuk sah | Syarikat berkaitan kerajaan |
|---|---|
| Industri |
|
| Ditubuhkan | 1966 |
| Ibu pejabat | Mercu UEM, KL Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tokoh penting | Datuk Amran Hafiz Affifudin, Pengarah Urusan |
| Tapak web | www |
| sunting · sunting di Wikidata | |
UEM Group Berhad (UEM Group) ialah sebuah syarikat pemegang pelaburan berfokuskan kepada infrastruktur dan kejuruteraan, dan merupakan syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad.
Perniagaan terasnya merangkumi Lebuhraya (PLUS Malaysia Berhad) dan Lapangan Terbang (Malaysia Airports Holdings Berhad), Pembangunan Hartanah & Bandar (UEM Sunrise Berhad), Kejuruteraan & Pembinaan (Cement Industries of Malaysia Berhad atau CIMA), Pengurusan Aset & Fasiliti (UEM Edgenta Berhad), serta Industri Hijau (UEM Lestra Berhad).
Setakat Disember 2024, UEM Group mencatat jumlah aset melebihi AS$6.1 bilion (RM27.1 bilion), dengan dana pemegang saham sekitar AS$2.4 bilion (RM10.7 bilion).
Sejak tahun 1988, UEM Group telah menyiapkan projek infrastruktur merangkumi pengangkutan, bangunan, hartanah dan kemudahan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia dengan nilai keseluruhan melebihi AS$13.6 bilion. .
Profil syarikat
[sunting | sunting sumber]UEM Group Berhad (UEM Group) telah diperbadankan pada 1966.
Anak syarikat
[sunting | sunting sumber]| Logo Syarikat | Nama Syarikat |
|---|---|
| PLUS Malaysia Berhad | |
| Malaysia Airports Holdings Berhad | |
![]() | UEM Sunrise Berhad |
![]() | CIMA Berhad |
![]() | UEM Edgenta Berhad |
![]() | UEM Lestra Berhad |





