Kuala Lumpur Sentral

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari KL Sentral)
Lompat ke: pandu arah, cari

Laluan Seremban

 KA01   KJ15   MR1   ERL 
Kuala Lumpur Sentral
Keretapi Tanah Melayu KTM Komuter Rapid KL (brand) Express Rail Link
Klsentral.jpg
Dataran Stesen Sentral.
Lokasi Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia.
Dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu, Rapid KL dan ERL Sendirian Berhad
Aliran  1  KTM Laluan Seremban dan  2  KTM Laluan Pelabuhan Klang (KTM Komuter) (2001 hingga kini)
 5  LRT Kelana Jaya dan  8  Laluan KL Monorail (RapidKL)
 6  Laluan ERL KLIA Ekspres dan  7  Laluan ERL KLIA Transit (Express Rail Link) (2002 hingga kini)
KTM ETS (2010 hingga kini)
Platform 2 platform pulau (KTM Komuter)
1 platform pulau (KTM Antarabandar)
2 platform sisi (Aliran Kelana Jaya)
1 platform pulau (KLIA Ekspres)
1 platform pulau (KLIA Transit)
Trek 4 (KTM Laluan Seremban dan KTM Laluan Pelabuhan Klang)
2 (KTM ETS)
3 (KTM Muatan)
2 (LRT Kelana Jaya)
2 (Laluan ERL KLIA Ekspres)
2 (Laluan ERL KLIA Transit)
Penyambungan Hab bas, stesen monorel, kedai makan dan runcit, dan depoh penyelenggaraan KTM.
Pembinaan
Parkir Berbayar
Kemudahan OKU Yes
Maklumat lain
Kod stesen  KA01  (KTM Komuter)
 KJ15  (Laluan Kelana Jaya)
 MR1  (KL Monorail)
Sejarah
Dibuka pada 2001 (KTM Komuter, KTM Intercity dan Laluan Kelana Jaya)
2002 (Express Rail Link)
2003 (KL Monorail)
2010 (KTM ETS)
Perkhidmatan
KTM Komuter
menghala ke Tanjung Malim
Laluan Pelabuhan Klang
menghala ke Pelabuhan Klang
menghala ke Tanjung Malim
Laluan Pelabuhan Klang
Perkhidmatan akan datang, dijangka lewat 2016
menghala ke Pelabuhan Klang
menghala ke Batu Caves
Laluan Seremban
menghala ke Pulau Sebang/Tampin
Keretapi Tanah Melayu (ETS)
menghala ke Padang Besar
ETS Transit
menghala ke Gemas
Rapid KL
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Stesen terakhir KL Monorail
menghala ke Titiwangsa
ERL logo.png ERL
Stesen terakhir KLIA Ekspres
menghala ke klia2
KLIA Transit
menghala ke klia2

Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ialah sebuah kawasan pembangunan transit yang menempatkan stesen kereta api utama Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. KL Sentral dibuka pada 16 April 2001 untuk mengambil alih peranan Stesen Keretapi Kuala Lumpur lama, sebuah mercu tanda zaman penjajahan yang masih dibuka untuk tren komuter sahaja. KL Sentral ialah stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara.

KL Sentral direka sebagai sebuah hab pengangkutan "antara-modus" (melibatkan pelbagai jenis pengangkutan). Kebanyakan khidmat pengangkutan gerabak di Kuala Lumpur mengampil penumpang di KL Sentral, begitu juga dengan perkhidmatan kereta api antarabandar yang menyusuri Semenanjung Malaysia dan Singapura. Projek KL Sentral sebenarnya masih belum lengkap sepenuhnya, biar pun prasarana stesen kereta api sudah sedia namun masih menunggu penyiapan bahagian-bahagian lain seperti pusat beli-belah, pejabat dan rumah pangsa yang dijangka siap menjelang tahun 2015.[1]

Am[sunting | sunting sumber]

Dekorasi atap kerawang di lobi utama KL Sentral

KL Sentral meliputi seluruh kawasan pembangunan berkeluasan 290,000 meter persegi yang dibina atas bekas tempat melangsir Keretapi Tanah Melayu di Brickfields. Pembangunan KL Sentral merangkumi hab pengangkutan, hotel, bangunan pejabat, pangsapuri dan pusat beli-belah yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2015.[1]

KL Sentral terbahagi kepada 14 bidang tanah, setiap satunya diberi fungsi yang berbeza. Ada yang sudah pun siap dibina dan sedia digunakan, sementara yang lain pula masih dalam pembinaan, atau masih menunggu pembangunan mengikut fasa yang ditetapkan.

KL Sentral dimajukan oleh sebuah konsortium yang terdiri daripada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Pembinaan Redzai Sdn Bhd.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1994, Kerajaan Malaysia dengan tujuan mempertingkatkan mutu pengangkutan awam bandar raya Kuala Lumpur, menyerahkan kontrak kepada sebuah konsortium untuk mengubah bekas tempat melangsir gerabak kereta api lama seluas 72 ekar (290,000 m2) menjadi sebuah pusat transit moden berlandaskan pembangunan bandar yang terkawal.

Konsortium pimpinan Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) melantik firma jurubina tersohor Kisho Kurokawa and Associates, yang juga pernah mereka bentuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan banyak lagi bangunan tersergam di seluruh dunia, untuk melakar rancangan induk untuk seluruh projek. Untuk memastikan komponen-komponen yang dirancang mengikut kemahuan pasaran, Jones Lang Wootton dilantik pada tahun 1995 untuk mengusahakan rancangan induk bagi seluruh projek, di samping juga mampu memberi nasihat mengenai komponen-komponen pacuan pasaran serta memastikan setiap komponen tersebut saling melengkapi dan berfungsi bersama.

Pencapaian KL Sentral selaku pusat siber terulung Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia menaikkan tarafnya, sekaligus membolehkannya memperluaskan prasarana teknologi fizikal dan maklumat bertaraf dunia sambil melengkapi bandar Cyberjaya, dengan memberikan pilihan kepada syarikat yang hendak mencungkil kelebihan status MSC serta mendekati para pelanggannya.

Kawasan pembangunan[sunting | sunting sumber]

KL Sentral ialah sebuah projek besar yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis pembangunan. Kawasan tersebut dibahagi kepada beberapa plot tanah, setiap satunya diberi fungsi tertentu. Segala pembangunan dijangka siap menjelang tahun 2015.[1]

Lot Jenis pembangunan Nama Catatan
A Pejabat Ibu Pejabat CIMB Dalam pembinaan, dijangka siap tahun 2011. Keluasan lantai kasar : 839,319 kaki persegi. Nilai pembangunan kasar : RM404 juta [2]
B Pejabat Belum dimaklumkan Bakal dimajukan oleh MRCB, Kuwait Finance House dan Quill Group. Keluasan lantai kasar : 1.5 juta kaki persegi. Nilai pembangunan kasar : RM1.0 billion.[2]
C Hotel St. Regis Hotel and Residences Hotel 6 bintang dengan 200 bilik dibangunkan oleh One IFC Sdn Bhd, syarikat kerjasama diantara CMY Capital Sdn Bhd (60%), MRCB(30%) dan Jitra Perkasa Sdn Bhd (10%). Pembinaan dijangka bermula pada suku pertama 2011 dan dijangka siap tahun 2015. Keluasan lantai kasar : 1.4 juta kaki persegi. Nilai pembangunan kasar : RM1.5 billion.[2]
D Apartmen berservis Belum dimaklumkan 722 unit apartmen berservis mewah setinggi 50 tingkat. Keluasan lantai kasar : 1.4 juta kaki persegi. Nilai pembangunan kasar : RM1 billion. Pembinaan dijangka pada penghujung 2010.[2] Menunggu kelulusan DBKL. Dimajukan oleh MRCB bersama Capitaland dan Quill Group of Companies.
E Hotel/ Kompleks beli-belah/ Pejabat/ Kondominium KL Sentral Park Keluasan lantai kasar : 982,658 kaki persegi. Nilai pembangunan kasar : RM602 juta. Pembinaan dijangka siap pada 2011[2]
F Pejabat Belum dimaklumkan Tapaknya digunakan sebagai kedai pameran perabot dan medan selera
G Hotel/Perdagangan/Pejabat Nu Sentral Syarikat usahasama antara Aseana Investment (Ireka) Limited dan MRCB didirikan untuk memajukan bangunan hotel dan pejabat. MRCB dan anak syarikat Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd membentuk usahasama untuk memajukan bangunan beli-belah dan pejabat. Pembinaan bermula pada seapruh akhir tahun 2008 dan dijangka siap menjelang tahun 2012. Bakal menempatkan Aliran Kota Damansara-Cheras dan dihubungkan dengan Stesen Sentral agar bersepadu dengan KL Monorel.
H Pengangkutan Stesen Sentral Siap pada tahun 2000, menempatkan khidmat KTM Komuter, KTM Intercity, KLIA Transit, KLIA Ekspres dan Aliran Kelana Jaya. Juga dijadikan hab perkhidmatan bas RapidKL. KL Monorel terletak berhampiran.
I Hotel Hotel Hilton KL & Le Méridien Siap pada tahun 2004
J Perdagangan/Pejabat Sooka Sentral, Ibu Pejabat UEM, Pejabat MIDA, Ibu Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Quill 7 Sooka Sentral dibuka pada tahun 2008. Bangunan pejabat masih dalam pembinaan, dijangka siap tahun 2009
K Perumahan Suasana Sentral Siap pada tahun 2002
L Perumahan Suasana Sentral Loft Siap pada tahun 2008
M Pejabat Plaza Sentral Fasa 1 Siap pada tahun 2001. Fasa 2 Siap pada tahun 2007.
N Pejabat 1 Sentral Tower Siap pada tahun 2007. Dijual kepada Tabung Haji

Kawasan pejabat[sunting | sunting sumber]

Bahagian selatan Kuala Lumpur Sentral telah menyaksikan penambahan mendadak bangunan komersil dan awam sejak tahun 2001.
Plaza Sentral dan kawasan sekitarnya terletak KL Sentral pada awal tahun 2013.

Kawasan pejabat di KL Sentral meliputi lebih 50% tanah pembangunan. Diharapkan bahawa KL Sentral bakal menjadi hab perniagaan dan kewangan Kuala Lumpur.

Lot A: Ibu Pejabat CIMB[sunting | sunting sumber]

Lot A bakal dijadikan ibu pejabat baru Kumpulan CIMB. Syarikat tersebut telah membeli tanahnya pada bulan Julai 2008, dan pembinaan dijangka siap menjelang tahun 2011 dengan ruang pejabat seluas 600,000 ka persegi (56,000 m2).[3]

Lot M: Plaza Sentral[sunting | sunting sumber]

Lot M atau Plaza Sentral ialah kompleks pejabat yang terletak di barat KL Sentral. Kompleks ini disiapkan dalam dua peringkat:

  • Fasa I siap pada bulan Jun 2001, terdiri dari tiga blik yang meliputi keluasan lantai kasar 785,000 ka persegi (72,900 m2). Plaza Sentral yang menawarkan ruangan pejabat berprestij ini cepat disapu oleh syarikat tempatan mahupun luar negara yang berazam untuk menikmati kemudahan bekerja di KL Sentral.
  • Fasa II dilancarkan pada bulan September 2003 berikutan peningkatan permintaan untuk ruang pejabat mewah, kini juga habis dijual. Bangunan yang terdiri daripada dua buah bangunan yang masing-masing ada 18 dan 26 aras, dibahagi kepada empat blok dan meliputi keluasan lantai kasar 879,381 ka persegi (81,697.2 m2), disiapkan pada tahun 2006. Antara penghuni-penghuninya yang terkemuka termasuk British Telecom dan Maxis Communications.
  • Sentral Tower, bangunan pejabat 30 aras dijual kepada Lembaga Tabung Haji pada harga RM161.46mil pada Mac 2004.

Lot J: Sooka Sentral & 4 Menara Pejabat[sunting | sunting sumber]

Lot J ialah cadangan pembangunan empat bangunan pejabat 35 tingkat yang seiras seni binanya.

Lot J dijual kepada United Engineers (M) Bhd (UEM) pada Mei 2005 dan dirancangkan empat buah bangunan. Menara A sedang dibina oleh UEM untuk dijadikan ibu pejabat korporat pada keluasan lantai kasar 1,300,000 ka persegi (120,000 m2). Menara B akan menempatkan pejabat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). Menara C dibina oleh Quill Realty Sdn Bhd dan dijual kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk dijadikan ibu pejabat. Akhir sekali, Menara D adalah sebuah bangunan pejabat yang dibina oleh Quill. Pembinaan menara pejabat dijangka siap pada suku pertama 2009.[4]

Satu pembangunan yang dinanti-nantikan di Lot J adalah pusat gaya hidup enam tingkat seluas 180,000 ka persegi (17,000 m2) yang akan menempatkan pusat kecergasan dan spa, pusat perniagaan, medan selera, restoran dan kemudahan makan di tempat terbuka. Pembangunan ini, yang dipanggil Sooka Sentral, dibuka pada Disember 2007. Salah satu kedai yang dibuka adalah kelab Centro[5]

Lot N: 1 Sentral Tower[sunting | sunting sumber]

1 Sentral Tower ialah sebuah bangunan pejabat yang berkeluasan lantai kasar 453,000 ka persegi (42,100 m2). Pembinaannya disiapkan pada tahun 2007 untuk menempatkan syarikat-syarikat seperti PricewaterhouseCoopers, MRCB dan General Electric.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Lot B telah dicadangkan untuk dibangunkan sebagai presint kewangan KL Sentral. Tiada pembinaan telah berlaku.

Lot F dirancang untuk blok pejabat masa depan. Pada masa ini, asas yang digunakan untuk sebuah pusat pameran perabot dan pusat Makanan dan Minuman (F&B).

Kawasan hiburan[sunting | sunting sumber]

Sebahagian pemandangan Kuala Lumpur Sentral di waktu subuh, dengan Kawasan Pusat Perniagaan KL di latar belakang

Lot E dijadikan pusat hiburan dan konvensyen yang menjadikan KL Sentral pusat hiburan Kuala Lumpur.

Lot G: Nu Sentral[sunting | sunting sumber]

Lot G yang terletak di bahagian selatan KL Sentral akan merangkumi kompleks beli-belah seluas 1,200,000 ka persegi (110,000 m2), blok pejabat 600,000 ka persegi (56,000 m2), rumah pangsa servis 500,000 ka persegi (46,000 m2), dan hotel tiga bintang berkeluasan 546,000 ka persegi (50,700 m2). Nu Sentral namanya, bakal menyediakan penyepaduan dengan stesen Sentral KL Monorel serta dijadikan stesen Aliran Kota Damansara-Cheras akan datang. Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 2008 dan dijangka siap pada tahun 2012. Tanahnya pernah dijadikan tempat letak kereta / pasar terbuka dan laluan penghubung stesen Monorel KL Sentral ke bangunan KL Sentral.

Pada 22 Januari 2008, MRCB mendirikan syarikat usahasama bersama Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd (PHBB) iaitu Jewel Surprises Sdn Bhd untuk membangunkan kawasan tersebut. Jewel Surprises akan memegang pajakan 99 tahun untuk tanah tersebut.

Kawasan pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Lot H : Stesen Sentral[sunting | sunting sumber]

KL Sentral dan sekelilingnya

Stesen Sentral ialah nama yang diberikan kepada Lot H, iaitu pusat pengangkutan dalam projek pemajuan KL Sentral, tetapi stesen ini sahaja pun dipanggil "KL Sentral" oleh orang awam dan khidmat pengangkutan.

Stesen Sentral yang direka untuk menempatkan enam rangkaian gerabak disiapkan pada bulan Disember 2000 dan dibuka pada April 2001. Bangunan utama yang terletak atas tanah seluas 9.3 ekar (38,000 m2) meliputi keluasan lantai kasar 500,000 kaki persegi (46,000 m2), manakala spesifikasinya pula berasaskan jangkaan bilangan pengguna sehingga tahun 2020, iaitu apabila Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya.

Pada tahun 2008, Stesen Sentral mencatat penggunaan 100,000 orang sehari, atau 36.5 juta orang setahun.

Perkhidmatan rel[sunting | sunting sumber]

Stesen Sentral menempatkan perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan bergerabak tersebut:

Stesen LRT KL Sentral - Pintu Masuk Utama
Stesen LRT KL Sentral - ladasan platform

Stesen KL Sentral KL Monorail merentasi Jalan Tun Sambanthan yang sibuk, dan ia adalah berhubung dengan jejantas yang mengintegrasikan stesen dengan dalam peruncitan baru kompleks membeli-belah, Nu Sentral, dan lain-lain talian di hab utama KL Sentral.

Stesen Mass Rapid Transit (MRT) akan dibina hampir seluruh Jalan Travers yang berdekatan dengan Muzium Negara. Nama kerja yang digunakan adalah KL Sentral, walaupun kini, nama rasmi ditetapkan sebagai Muzium Negara. Sebuah laluan akan dibina untuk menyediakan sambungan dengan KL Sentral.

Stesen Sentral dibahagi kepada seksyen-seksyen berasingan mengikut perkhidmatan tren:

Stesen Sentral juga mempunyai kedai runcit dan makanan dan medan selera. Tersembunyi dari pandangan umum adalah depot penyelenggaraan KTM di bawah kompleks. Terdapat kemudahan untuk membeli dan mengisi semula kad Touch 'n Go di stesen ini.

Stesen Sentral akan dapat menampung 50 juta penumpang setahun dan sehingga 100 juta pada tahun 2020 (Laman web KL Sentral).

Terminal Lapangan Terbang Bandar Raya[sunting | sunting sumber]

Terletak di Stesen Sentral, the Terminal Lapangan Terbang Bandar Raya (KL CAT) hampir lanjutan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ia diiktiraf oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) sebagai destinasi bandar, dengan kod XKL. Ia telah dibuka secara rasmi bersama-sama dengan landasan kereta api KLIA Ekspres pada 14 April 2002.

Terminal Lapangan Terbang Bandar Raya

Besides being the departure and arrival point for the KLIA Ekspres, KL CAT also has luggage check-in services. Passengers flying Malaysia Airlines, Cathay Pacific, Emirates, Etihad Airways and Royal Brunei Airlines[6] may check in luggage at KL CAT. The minimum check-in time is two hours before flight departure time.

There were plans to offer check-out services but these have not materialised.

Hotel dan kawasan perumahan[sunting | sunting sumber]

Lot C : Hotel St Regis[sunting | sunting sumber]

Lot C bakal menempatkan Hotel St Regis. Hotel mewah ini terdiri daripada 208 bilik dan bilik mewah yang mula beroperasi pada bulan Mei 2016.[7]

Lot D: Menara Perumahan 57 Tingkat[sunting | sunting sumber]

Lot D akan terdiri sebuah menara kediaman 60 tingkat tunggal menghadap ke Taman Tasik Perdana dan bandar. Ia akan dibangunkan bersama oleh MRCB, Capitaland dan Quill Group. Ia kini menunggu kelulusan daripada dewan bandar.[8]

Lot I : Hilton KL & Le Méridien Hotels[sunting | sunting sumber]

Lot I terdiri daripada dua hotel pencakar langit diduduki oleh Hilton Kuala Lumpur & Le Méridien, yang dimiliki oleh Daito Asia Development Sdn. Bhd. dan Daisho Asia Development Sdn. Bhd., masing-masing dibuka untuk perniagaan pada bulan September dan Oktober 2004.

Lot K and L: Suasana Sentral dan Suasana Sentral Loft[sunting | sunting sumber]

Lot K adalah lokasi pangsapuri berperkhidmatan, Suasana Sentral. Suasana Sentral terdiri daripada dua blok, atau 400 unit pangsapuri. Ia siap dibina pada tahun 2002 dan dijual sepenuhnya dan diduduki, dengan kira-kira 40% daripada pembeli yang datang dari masyarakat antarabangsa.[petikan diperlukan]

Fasa kedua kondominium di Lot L, Suasana Sentral Loft telah dilancarkan pada awal tahun 2005 dan mula penghunian pada awal 2008. Menara pangsapuri 37 dan 38 tingkat mempunyai sejumlah 600 unit. Semua telah dijual.[petikan diperlukan]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2006, sebuah syarikat usaha sama yang telah memperoleh Lot D dan akan membangunkan kediaman dan apartmen berperkhidmatan dengan sokongan kemudahan runcit. Pembangunan mewah ini akan menghadap Muzium Negara, Taman Tasik dan juga Pusat Bandar KL. Pembinaan dijangka bermula pada awal tahun 2008 dan dijangka siap pada tahun 2010.

Pada bulan Jun 2007, sebuah syarikat usaha sama telah membeli Lot C untuk pembangunan hotel 6 bintang, kediaman 6 bintang dan pejabat perdana. dibina di atas tapak seluas 1,400,000 ka persegi (130,000 m2) akan dijangka dimulakan pada tahun 2008.

Perkhidmatan lain[sunting | sunting sumber]

Stesen Monorail KL Sentral[sunting | sunting sumber]

Monorail KL Sentral
Kuala Lumpur Sentral station (Kuala Lumpur Monorail) (exterior), Kuala Lumpur.jpg
Pandangan stesen KL Sentral Monorail sebelum naik taraf. Ia dibina di luar dari KL Sentral hab pengangkutan dan di sebelah pusat membeli-belah iaitu Nu Sentral.
Lokasi Brickfields, Kuala Lumpur
Dimiliki oleh Prasarana Malaysia
Aliran Kuala Lumpur Monorail (2003 hingga kini)
Platform 2 platform sisi
Trek 1
Pembinaan
Parkir Tiada
Sejarah
Dibuka pada 2003

Stesen KL Sentral Monorail berdiri di Jalan Tun Sambanthan di Brickfields. Stesen ini adalah stesen terakhir untuk laluan KL Monorail. Sebelum ini, stesen ini tidak disambung terus ke hab pengangkutan Kuala Lumpur Sentral. Walaupun kedudukan berhampiran dengan bangunan itu, pengguna monorel diperlukan untuk keluar dari stesen dan melintasi jalan utama yang sibuk di Brickfields untuk sampai ke hab utama KL Sentral. Dengan menaik taraf stesen Monorail, stesen itu kini disepadukan dengan pusat membeli-belah baru, Nu Sentral (Lot G, di atas), di mana jejantas Nu Sentral menjadi pintu masuk baru ke stesen.

Stesen monorel juga dilengkapi dengan yang baru mesin layan tiket, tiket pintu serta Pejabat Perkhidmatan Pelanggan baru. Turap sentuhan untuk yang kurang penglihatan juga disediakan bermula dari Nu Sentral. Menyiapkan jejantas kini membolehkan pelanggan untuk perjalanan di antara KL Sentral dan stesen monorel dengan selamat dan mudah.[9][10][11] Stesen ini menggunakan penyelesaian Sepanyol, mempunyai satu landasan kereta api dengan platform pada setiap sisi, untuk penumpang menaikkan dan menurunkan kereta api secara berasingan.

Stesen-stesen yang menghubungkan antara KL Monorail dan Laluan Kelana Jaya adalah bukan stesen pertukaran atau keluar dari stesen stesen pertukaran. Komuter akan dikenakan 2 tambang perjalanan cara tunggal bukan tambang bersepadu apabila menggunakan stesen-stesen sambungan.

Hab bas KL Sentral[sunting | sunting sumber]

KL Sentral juga telah dijadikan hab bas bandar oleh RapidKL sebagai sebahagian daripada rombakan rangkaian basnya. Ia merupakan hab bas untuk ulang-alik bandar dan laluan khas bas.[petikan diperlukan]

Bas-bas ke Singapura, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan ke klia2 juga beroperasi dari KL Sentral, manakala kebanyakan pengusaha bas lain mendekati KL Sentral di Jalan Tun Sambanthan. Juga perhentian bas pelancongan naik/turun terletak di antara Hilton dan stesen. Perjalanan dengan bas ke Genting Highlands juga boleh didapati di sini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Kamarul Yunus. [/Current_News/BTIMES/Wednesday/Nation/kdsooka.xml/Article/ "MRCB: KL Sentral to be completed by 2015"] Periksa nilai |url= (bantuan). Business Times. Dicapai pada 2008-04-30. 
  2. ^ a b c d e Lam Jian Wyn, Ogos 9, 2010
  3. ^ [/news/story.asp?file=/2007/7/27/business/20070727172915&sec=business "CIMB-Mapletree Management to raise RM1b for second fund"] Periksa nilai |url= (bantuan). The Star. 2007-07-27. Dicapai pada 2008-07-11. 
  4. ^ Sharon Kam (2008-07-09). [/media/event/2008/090708.html "City & Country: KL Sentral scales new heights"] Periksa nilai |url= (bantuan). The Edge, shown in UEM website. Dicapai pada 2008-07-11. 
  5. ^ Centro @ Sooka Sentral
  6. ^ http://www.kliaekspres.com/travel-with-us/flight-check-in-at-kl-sentral/
  7. ^ "Starwood Opens The St Regis Kuala Lumpur". Japan Today. 2016-05-08. Dicapai pada 2016-06-01. 
  8. ^ MRCB Annual Report 2007 (PDF). MRCB Bhd. p. 63. Dicapai pada 2008-07-28. 
  9. ^ http://www.venusbuzz.com/archives/66047/first-look-nu-sentral-mall-kl-sentral-brickfields/
  10. ^ http://www.myrapid.com.my/media-centre/media-releases/2014/new-wing-bukit-bintang-monorail-station-opens-today
  11. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 3°08′02″N 101°41′10″E / 3.134°N 101.686°E / 3.134; 101.686