Pergi ke kandungan

La Bayamesa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
La Bayamesa

El Himno de Bayamo (Lagu Bayamo) merupakan lagu kebangsaan Cuba. Lagu ini pertama kali dipersembahkan semasa Pertempuran Bayamo pada tahun 1868. Perucho Figueredo, yang mengambil bahagian dalam pertempuran itu, menulis dan menggubah lagu ini. Melodi ini, juga dikenali sebagai La Bayamesa, digubah oleh Figueredo pada tahun 1867. Pada 20 Oktober 1868 angkatan tentera Cuba menerima penyerahan kuasa pihak Sepanyol di Bayamo, orang ramai yang gembira mengelilingi Figueredo dan minta beliau supaya menulis sebuah lagu dengan melodi yang mereka nyanyikan. Semasa duduk di atas kudanya, Figueredo menulis lirik lagu ini, yang lebih panjang daripada versi rasmi kini. Figueredo ditawan dan dihukum bunuh oleh pihak Sepanyol selepas 2 tahun. Sebaik saja sebelum skuad penembak menerima arahan menembak, Figueredo menjerit ayat ini daripada lagunya: Morir por la Patria es vivir. Lagu ini mula digunakan secara rasmi pada tahun 1902 dan dikekalkan selepas revolusi tahun 1959. Pengaturan yang biasa digunakan, tanpa penghargaan di Cuba, dipercayai dibuat oleh Jose Norman, penulis Pete Cuba [1] Diarkibkan 2016-03-05 di Wayback Machine. Penggubah Cuba Antonio Rodriguez-Ferrer, merupakan penulis nota pengenalan muzik bagi lagu kebangsaan Cuba ini.

Selain daripada Himno de Bayamo, terdapat dua lagi lagu nagara Cuba yang terkenal iaitu La Bayamesa. Bayamesa, dipercayai sebagai lagu pertama Cuba oleh sesetengah orang, telah dicipta pada 1851 oleh Carlos Manuel de Céspedes dan José Fornaris atas permintaan rakan mereka Francisco Castillo Moreno. Moreno juga kadang-kala turut dihargai atas sumbangan beliau dalam mencipta lirik tersebut. Pada 1918, komposer dan pemuzik Sindo Garay dari Santiago de Cuba menggubah sebuah lagu bertajuk Mujer Bayamesa; yang kemudiannya dipendekkan menjadi La Bayamesa.

Lirik Bahasa Sepanyol

[sunting | sunting sumber]

Al combate, corred, Bayameses,
Que la Patria os contempla orgullosa;
No temáis una muerte gloriosa,
Que morir por la Patria es vivir.

En cadenas vivir, es vivir
En afrenta y oprobio sumido;
Del clarín escuchad el sonido;
¡A las armas, valientes, corred!

Terjemahan Bahasa Melayu

[sunting | sunting sumber]

Ayuh berperang, lelaki Bayamo,
Tanah air melihatmu dengan penuh bangga,
Jangan takut akan kematian agung,
Kerana berkorban untuk negara adalah untuk hidup.

Untuk hidup dalam belenggu,
Adalah untuk hidup dalam malu dan cemuhan,
Dengar bunyi semboyan itu,
Ayuh, si berani, berperang!

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]