Laila's Lounge

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Laila's Lounge
Berasal dariJohor Bahru  Malaysia
GenreRock alternatif
Tahun aktif1998 - 2009,

2015 -2017 (Laila’s Lounge)

2009 - 2012 (Laila)
Laman sesawang
http://www.lailaslounge.org
Bekas ahliHadi(Vokalis/Keys) Syahrul(Vokalis)
Bai(Gitar)
Icham(Gitar, Dram)
Anaz (Basis)
Toya(Gitar)
Sham Daging (Dram)
David (Gitar)
Herwandi (Keys/Synth)

Kumpulan Laila's Lounge ialah sebuah kumpulan muzik indie yang diasaskan di Johor Bahru, Malaysia pada 1998. Kumpulan ini asalnya ditubuhkan oleh Hadi, Bai, dan Icham dan kemudiannya disertai oleh Bulat, Sham Daging, David, dan Ajeep.[1] Nama Laila’s Lounge diambil daripada perkataan Arab ‘lail’ yang bermaksud malam, dimana mereka selalu mendengar muzik dan berlatih pada waktu malam. Manakala lounge pula merujuk kepada rumah, dimana mereka pada waktu tersebut adalah kawan serumah.

Nama Laila's Lounge melonjak naik apabila lagu "Mawar Khayalan" mereka termuat dalam album KAMI Vol. II yang turut menjadi lagu tema filem KAMI The Movie.Genre yang dibawa kumpulan ini adalah Shoe-Gazing yang mana banyak menggunakan efek bunyi synthesizer dan gitar yang melodik.Lagu-lagu yang dimuatkan dalam EP debut (Kosong) mereka antaranya adalah Warm Cherry House,Stargazer,Prindu,Wajah serta Mawar Khayalan yang menjadi hits.

Pada saat-saat mereka mencapai kemuncak sebagai pemuzik yang berjaya, vokalis Laila’s Lounge Hadi telah mengalami perubahan yang besar dari segi kerohanian dan mental maka dia menggambil keputusan untuk meninggalkan Laila's Lounge, vokalis band ini telah menamatkan cita-citanya dalam bidang hiburan sebagai pemuzik. Band ini juga berpecah atas komitmen keluarga,pekerjaan dan sebagainya. Selama beberapa tahun, Laila's Lounge bergerak atas nama Laila dengan kehadiran vokalis baru, Syahrul.

Pada 2015, mereka kembali aktif setelah Hadi kembali menyertai Laila’s Lounge dan mereka mengadakan persembahan di seluruh negara. Lalu pada tarikh 22/7/16, mereka melancarkan semula EP Kosong sebagai tanda kelahiran semula band ini di arena indie. Persembahan mereka di Home of Silveryouth, Ipoh pada 27/8/16 sempena acara Weekend at the Park 2016 adalah persembahan terkini mereka dengan menampilkan lagu-lagu seperti Bebastereo(Jerusalem) dan Mana Kurnia.

Pada March 2017, Laila Lounge mengumumkan pembubaran selamanya kumpulan mereka.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]