KAMI

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Projek KAMI ialah sebuah projek tiga lapis yang dianjurkan bagi mempromosi artis muzik indie dan muzik underground di Malaysia. Ia merupakan usahasama syarikat televisyen 8TV, syarikat rakaman Monkey Bone Records dan syarikat penerbitan Redfilms, dengan kerjasama Nokia (siri TV, 2007) dan Hotlink (filem, 2008). Tujuan inisiatif KAMI diadakan adalah memaparkan perjuangan kumpulan-kumpulan pemuzik bebas dan mempromosikan muzik bebas itu[1]. Ia diterajui oleh Ahmad Izham Omar, ketua pegawai operasi 8TV.

Projek KAMI terdiri daripada sekurang-kurangnya empat komponen yang dilaksanakan dari tahun 2007 hingga 2008 iaitu: KAMI - The Series, sebuah siri drama televisyen; KAMI - The Gigs; sebuah wadah khas persembahan muzik secara langsung sempena siri drama tersebut; KAMI - The Album yang menampilkan agu dendangan pemuzik indie yang dijadikan runut bunyi siri drama tersebut; dan filem KAMI - The Movie yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2008[2].

Senarai projek[sunting | sunting sumber]

Siri televisyen[sunting | sunting sumber]

KAMI The Series ialah sebuah siri televisyen lapan episod yang menceritakan kisah peribadi lima orang remaja yang menjadi sahabat. Sebagai demografi projek yang mensasarkan golongan yang berusia 13 hingga 27 tahun, siri ini memaparkan cabaran hdup harian watak-watak yang datang dari pelbagai latar belakang keluarga yang mana mereka disatukan dengan muzik. Watak-watak seperti Ali, Abu, Adi, Sophie dan Lynn mudah berhubung dengan penonton. Beberapa babak gig dalam siri ini diambil dari Kami The Gig. Siri ini menjadi medium untuk muzik indie untuk diperkenalkan ke arus perdana melalui televisyen. Siri ini ditayangkan di saluran 8TV pada September-Oktober 2007. Siri ini kemudiannya diadaptasi ke layar perak sebagai “Kami the Movie”[2]

Poster KAMI The Movie (2008)

Filem[sunting | sunting sumber]

Filem KAMI ditayangkan di pawagam mulai 1 Oktober 2008 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kisah filem ini ialah kesinambungan kisah dalam siri televisyen. Filem KAMI diterbitkan oleh Redfilms dan diedarkan oleh Grand Brilliance.

Gig[sunting | sunting sumber]

Gig KAMI ialah sebuah projek di mana KAMI menghimpunkan kumpulan pemuzik indie di beberapa tempat di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan tempat lain yang seringkali menjadi tuan rumah gig yang dikenali kepada peminat tegar kumpulan-kumpulan indie. Ia juga menjadi medium bagi mempromosikan kumpulan indie ke arus perdana yang mana pada masa yang sama memperkenalkan peminat muzik Malaysia dengan kumpulan, genre muzik dan alternatif baharu[2].

Sempena pelancaran projek KAMI pada 2007, satu siri tiga konsert kecil telah diadakan di Central Square Sungai Petani, Kedah (18 Ogos); Pusat Maklumat Pelancongan Johor (JOTIC), Johor Bahru (25 Ogos); dan Planet Hollywood, Kuala Lumpur (8 September). Acara ini menampilkan kumpulan pemuzik indie seperti Plague Of Happiness, Couple, Meet Uncle Hussain dan One Buck Short yang membuat persembahan di ketiga-tiga konsert serta barisan pemuzik lain yang berbeza dari setiap lokasi konsert yang diadakan.

Pada 2008 pula, KAMI The Gig telah dianjurkan sempena pelancaran album kompilasi KAMI Vol. II, meliputi lapan tempat di seluruh negara, iaitu Central Plaza, Johor Bahru (28 Jun), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Choy, Ipoh (5 Julai), Dataran Pahlawan, Melaka (19 Julai), New World Park, Pulau Pinang (26 Julai), Ruums KL (9 Ogos), Terminal One, Seremban (24 Ogos), Pasar Budaya, Kuala Lumpur (11 Oktober; KAMI Goes Raya) dan Stadium Bukit Jalil (18 Oktober; KAMI The Concert)

Album[sunting | sunting sumber]

Album KAMI ialah himpunan lagu bagi kumpulan muzik indie bagi projek KAMI. Album pertama KAMI The Album menjadi album runut bunyi bagi siri TV, manakala album kedua KAMI Vol. II menjadi album runut bunyi bagi filem KAMI dengan beberapa rangkaian lagu-lagu baru daripada beberapa kumpulan muzik indie. Lagu Mawar Khayalan nyanyian Laila’s Lounge telah dipilih sebagai rekod single yang juga merupakan lagu tema filem tersebut. Album pertama diterbitkan oleh EMI Records, manakala album kedua pula diterbitkan oleh Monkey Bone. Album kedua telah dilancarkan seiring dengan penganjuran beberapa siri konsert Kami The Gig yang diadakan di seluruh negara.

Senarai lagu KAMI - The Album

No.TajukGubahanMasa
1."Lagu Untukmu" (Meet Uncle Hussain) Taja/Tass3:40
2."Kucing Hitam" (Bittersweet) Hazairi Abdul Hamid3:32
3."Kamu" (Nitrus) 5:05
4."Kelibat Korupsi" (One Buck Short) 2:51
5."Set You On Fire" (Pop Shuvit ft John HD) AJ, JD, Moots, Rudy, Uno3:39
6."Nowwhy2" (O.A.G) Radhi4:16
7."Now That I Can See" (Couple) Mohd Aidil Bin Rusli2:17
8."La La La Kerjalah" (Meet Uncle Hussain) 4:06
9."PerMYsuri" (O.A.G) Radhi3:38
10."Shake Yer’ Body" (Gerhana Ska Cinta ft Too Phat) 4:34
11."Itu Kamu" (Estranged) 4:57
12."Killing Time" (Pop Shuvit) AJ, JD, Moots, Rudy, Uno3:52
13."Senyuman Ragamu" (Gerhana Ska Cinta ft Radhi OAG) Edy J. Herwan/Radhi4:47
14."Reconcile" (Love Me Butch) 3:44
15."Statik" (The Times) 3.55

Senarai lagu KAMI Vol. II

Kulit album KAMI Vol. II (2008)
No.TajukMasa
1."Pari-Pari Di Bawah Angin" (Meet Uncle Hussain) 4:30
2."Mawar Khayalan" (Laila's Lounge) 4:12
3."Riuh" (Harmacy) 4:11
4."Hey Now!" (Couple) 3:22
5."K.A.M.I (Kerana Aku Masih Ingat)" (Dragon Red) 4:23
6."Hari Hari Autistik" (Meor Yusof Aziddin) 4:43
7."Guris" (Twickheads) 2:20
8."Stars Belong To Us" (Telebury) 3:47
9."This is Our Year" (Love Me Butch) 3:00
10."Kamu" (Sharidir) 3:42
11."Going Into The Big Black Hole" (Bittersweet) 4:55
12."Berong" (Koffin Kanser) 4:25
13."We Got Soul" (The Aggrobeats) 2:54
14."Secret Episodes" (They Will Kill Us All) 3:44
15."1000 Tahun" (Butterfingers) 7:14


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wahida Asrani (26 Julai 2007). "KAMI perjuang kugiran 'underground'". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Januari 2008. Dicapai pada 23 Julai 2021.
  2. ^ a b c Muhamad Rahman Sallehin (2019). "Projek KAMI - The Uprising Of Indie Band In Malaysia". Universiti Utara Malaysia. Dicapai pada 23 Julai 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]