Lanyard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lanyard (tali penyandang) ialah sejenis kord, tali webing, atau strap yang boleh digunakan dalam pelbagai fungsi, seperti mengikat, menggantung, menarik, dan mengaktif dan menyahaktif. Lanyard juga sejenis tali-temali yang digunakan untuk menambat atau menurunkan objek di atas kapal.[1]

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Wisel dipasang pada lanyard

Rujukan terawal mengenai lanyard bermula dari abad ke-15 Perancis: "lanière" ialah thong atau alat pengikat.[2][3]

Wisel Bosun, marlinspike, dan pisau kecil biasanya mempunyai lanyard yang terdiri daripada gelung tali diikat dengan simpul diamond. Ia membantu melindungi daripada jatuh dan memberikan lebih cengkaman pada tangkai kecil.

Dalam tentera Perancis, lanyard digunakan untuk menyambung pistol, pedang, atau wisel (untuk memberi isyarat) pada uniform separuh tetap. Lanyard digunakan oleh kavalri berkuda di darat dan pegawai tentera di laut. Lanyard pistol boleh ditanggalkan dan dipasang semula dengan mudah oleh pengguna, tetapi akan bersambung pada pistol samada ia ditarik atau dimasuk kedalam sarung pistol.

Dalam ketenteraan, lanyard pelbagai kombinasi warna dan corak pita brid dipakai pada bahu uniform untuk menandakan kelayakan pemakai atau gabungan rejimen.[4] Dalam rejimen berkuda, lanyard dipakai sebelah kiri, membolehkan penunggang menarik wisel dari poket tunik kiri dan mengekalkan komunikasi dengan pasukannya. Anggota Artileri Diraja British memakai lanyard yang pada asalnya memegang kunci untuk melaraskan fius peluru meriam.[5]

Gaya dan bahan[sunting | sunting sumber]

Lanyard webing ringan untuk memegang kunci, berserta klip logam serupa dengan tali cawak
Pemacu kilat USB dengan lanyard webing yang merangkumi ciri pemisah keselamatan – segmen yang telah ditetapkan dan dalam hal ini boleh disambung semula (warna hitam) bertujuan untuk mengelakkan tercekik secara tidak sengaja apabila lanyard dipakai di leher

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "lanyard lan-yrd." Merriam-Webster's Collegiate(R) Dictionary. Springfield: Merriam-Webster, 2004. Credo Reference. Web. 1 October 2012.
  2. ^ "From Practical to Ornamental: | Overview of the Historical Use of Lanyards". Dicapai pada 23 March 2012.
  3. ^ Wedgwood, Hensleigh (1855). "On False Etymologies". Transactions of the Philological Society (6): 68.
  4. ^ "lanyard." The Macquarie Dictionary. South Yarra: The Macquarie Library Pty Ltd., 2005. Credo Reference. Web. 1 October 2012.
  5. ^ "Garrison Artillery Volunteers". The Garrison. Dicapai pada 19 November 2013.