Laras bahasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Laras bahasa ialah sejenis kelainan bahasa yang digunakan berdasarkan oleh sesuatu bidang yang diceburi oleh seseorang. Laras bahasa boleh diertikan sebagai gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. Di samping itu, setiap laras menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu.

Jenis-jenis laras bahasa[sunting | sunting sumber]

  1. Laras bahasa matematik - menggunakan istilah matematik seperti, 'poligon', 'algebra' dan sebagainya
  2. Laras bahasa sains
  3. Laras bahasa sukan
  4. Laras bahasa agama
  5. Laras bahasa sastera
  6. Laras bahasa seni
  7. Laras bahasa iklan
  8. Laras bahasa akademik -

bersifat ilmiah formal dan objektif gaya bahasa menunjukkan kematangan dan keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan) ada kesempurnaan bahasa (kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan) istilah bersifat khusus dan sukar difahami orang yang tidak berpendidikan tinggi terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian ada format seperti nota kaki, bibliografi dan indeks contoh laras sains dalam bidang biologi: sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembes kan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali.



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.