Lasykar Pelangi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lasykar Pelangi
GenreBukan fiksyen
ISBNISBN 98338920004959 Invalid ISBN

Laskar Pelangi adalah novel cereka autobiografi oleh Andrea Hirata.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Novel ini hasil karya novelis Andrea Hirata dari Indonesia. Novel menarik ini mengisahkan 10 pelajar Melayu di sekolah rendah Muhammadiyah di pulau Belitung . Peristiwa zaman sekolahan diceritakan secara terpeinci dan diadun dengan bunga-bunga bahasa dan maklumat sedunia. 'Laskar Pelangi' menggambarkan sekumpulan pelajar di luar bandar, miskin dan tidak dipedulikan.

Pulau Belitung terletak di antara pulau Sumatera, pulau Bangka dan pulau Jawa. Masyarakatnya terdiri daripada kaum Melayu , Cina dan lain-lain. Ekonominya bergantung kepada perlombongan bijih timah, nelayan dan buah kelapa. Di sinilah hidupnya Ikal (Andrea Hirata) ; Lintang(Lintang Samudra Basara bin Syahbani Maulana Basara) ; Sahara (N.A. Sahara Aulia Fadillah binti K.A. Muslim Ramdhani Fadillah) ; Mahar (Mahar Ahlan bin Jumadi Ahlan bin Zubair bin Awam) ; A Kiong (Chau Chin Kiong); Muhammad Jundullah Gufron Nur Zaman ; Syahdan (Syahdan Noor Aziz bin Syahari Noor Aziz) ; Kucai (Mukharam Kucai Khairani) ; Borek (Samson) ; Trapani (Trapani Ihsan Jamari bin Zainuddin Ilham Jamari) ; Harun (Harun Ardhli Ramadan bin Syamsul Hazana Ramadan).

Guru Besar sekolah itu, Pak Harfan (K.A. Harfan Efendy Noor bin K.A. Fadillah Zein Noor) hampir sahaja menutup sekolah itu kerana pelajarnya cuma 9 orang. Mujurlah di saat-saat akhir , muncul pelajar baru pindah, Harun. Satu-satunya guru di sekolah itu ialah Ibunda Guru bernama Bu Mus ( N.A Muslimah Hafsari Hamid binti K.A. Abdul Hamid ).

Novel ini baik untuk dibaca oleh para guru kerana teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mungkin dapat diterapkan ketika P&P.


Tetralogi[sunting | sunting sumber]

Novel pertama oleh Andrea Hirata ini mendapat sambutan ramai pembaca di Indonesia sehingga 1 juta naskah dan dibaca 5 juta orang [1] . Oleh itu novel ini disambung lagi menjadi 'tetralogi' dengan tajuk 'Sang Pemimpi' dan 'Edensor' dan 'Maryamah Karpov'. Pulau Belitung kini mendapat julukan 'Bumi Laskar Pelangi' [2] Buku ini telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Filem Laskar Pelangi[sunting | sunting sumber]

Novel 2005 ini telah diadaptasi ke filem dengan tajuk sama 'Laskar Pelangi' pada 2008 dan telah ditayangkan beberapa kali melalui Astro (2011). Ia juga telah dijadikan drama bersiri di Indonesia dan dipentaskan sebagai 'drama muzikal' di Taman Ismail Marzuki,Jakarta, Indonesia.

Penggambaran filem ini diadakan semula di pulau Belitung, timur Sumatera. Filem ini diharap dapat mengangkat kawasan ini menjadi tarikan pelancong pada 2010. Beberapa pelajar sekolah dari Belitung telah diambil sebagai pelakon. Hasilnya pelancongan ke Belitung meningkat secara mendadak. Syarikat penerbangan Indonesia Garuda telah membuka semula penerbangan dari Jakarta ke Pangkalpinang, Belitung pada 1 Jun 2009. Pelancong dikatakan tergoda untuk melihat Tanjungkelayang, Tanjungtinggi, Desa Gantung (lokasi SD Muhammadyah Gantung, tempat anak-anak Laskar Pelangi bersekolah), juga kota Tanjungpandan. [3][4]

Antara anugerah dan pencapaian filem ini ialah :

  1. Berlin International Film Festival (Panorama), 2009
  2. Golden Butterfly Award, 23rd International Children & Young Adults Film Festival, Iran, 2009
  3. 3rd Place Audience Award, 11th Udine Far East International Film, 2009
  4. SIGNIS Award, Hong Kong International Film Festival, 2009
  5. Best Film, Bandung Film Festival, 2009
  6. Best Film, Indonesian Film Festival, 2009
  7. Nomination for Best Film and Best Editor, Asian Film Awards, 2009

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]