Lata Kekabu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hutan Lipur Lata Kekabu merupakan taman rekrasi dalam kawasan Tasik Chenderoh. Jalan ke Hutan Lipur Lata Kekabu terletak kurang dari satu kilometer dari jalan utama Kuala Kangsar ke Lenggong, Perak. Papan tanda taman rekrasi ini jelas terpampang di papan tanda di jalan utama. Dengan melalui jalan yang berturap, pengunjung akan sampai ke tempat meletak kereta yang luas.

Dari situ, laluan pejalan kaki akan membawa pengunjung ke pintu masuk. Terdapat peta disediakan yang menunjukkan kawasan air terjun dan kawasan sekitarnya. Terdapat kemudahan awam yang kemas dan terjaga di taman ini. Kawasan berkelah, chelet kayu, tempat rehat berbumbung disediakan. Bilik persalinan dan tandas juga ada. Terdapat juga beberapa gerai jualan yang menawarkan minuman dan makanan pada pengunjung. Laluan pejalan kaki yang berturap konkrit dibina bagi memudahkan pengunjong berjalan antara pokok di kawasan ini.

Dipenghujung tempat berkelah, air terjun setinggi 4 meter mencurah ke dalam kolam perkelahan. Terdapat jambatan gantung disediakan bagi pengunjung yang ingin menjelajah hutan di sebelah ulu.

Hutan Lipur Lata Kekabu terletak di banjaran Banjaran Bintang, dan diselitupi hutan hujan tropika, sungai yang bengkang-bengkok dan air terjun setinggi 50 meter. Ia terletak 10 kilometer dari bandar Lenggong dan 25 kilometer dari Kuala Kangsar. Hutan Lipur Lata Kekabu berada di bawah penyelenggaraan Jabatan Perhutanan Perak. Kebanyakan pokok diletak tanda nama bagi memudahkan pengunjung mengenali jenis-jenis pokok yang terdapat di sini.

Laluan ini berakhir di air terjun Lata Kekabu selepas mengekori beberapa selekoh sungai. Dengan laluan mendaki yang agak landai dan mudah dilalui, kolam berdinding dibina di bawah air terjum memudahkan pengunjung berenang.

Hutan Lipur Lata Kekabu terletak berhampiran dengan Muzium Arkeologi Lenggong, hanya 2 km di laluan yang sama.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]