Kuala Kangsar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuala Kangsar
كوالا كڠسر

Kuale Kangsor
Nama panggilan: Bandar Diraja Kuala Kangsar
Moto: Membina Kehidupan Berkualiti
Negara Malaysia
Negeri Perak Darul Ridzuan
Daerah Daerah Kuala Kangsar
KerajaanMajlis Perbandaran Kuala Kangsar
 • Jenis MPKK
 • Yang di-Pertua Mohd. Shafie Arifin
Luas
 • Jumlah 204.94 km2 (79.13 batu persegi)
Populasi (2000)
 • Jumlah 265,159
 • Kepadatan 753/km2 (1,950/batu persegi)
Bunga Rasmi Canna Generalis
Laman web Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Kuala Kangsar merupakan sebuah Bandar Diraja dan salah satu bandar bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui EXIT 143 Persimpangan Kuala Kangsar, jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah perbandaran yang kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah ialah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Pekan Manong, Pekan Sauk, Karai, Pekan Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar di daerah Kuala Kangsar sendiri.

Aktiviti ekonomi utama terdiri daripada aktiviti pertanian.

Terdapat 9 buah Mukim di dalam kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu:

  1. Mukim Chegar Galah
  2. Mukim Kota Lama Kiri
  3. Mukim Lubok Merbau
  4. Mukim Kampung Buaia
  5. Mukim Senggang
  6. Mukim Sayong
  7. Mukim Kota Lama Kanan
  8. Mukim Sungai Siput
  9. Mukim Pulau Kemiri
Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Perak

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Negeri Perak lahir daripada aliran air yang menebing di Sungai Perak dari puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka ialah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan peribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang.[perlu rujukan]

Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka, kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan pemandangannya sungguh indah.[perlu rujukan]

Ada beberapa versi sejarah asal Kuala Kangsar ini. Antara versi yang bertulis di kalangan cerita istana kononnya, kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang keseratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala Kangsar" sahaja.[perlu rujukan]

Namun begitu, terdapat versi lisan (tidak bertulis) mengatakan ia mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai Kangsar. Antara versi cerita lisan yang agak menarik ialah di Kuala ini merupakan pusat pertemuan perdagangan yang penting pada sebelum British memajukan jalanraya di Taiping bermula tahun 1881. Malahan, sebelum adanya Empangan Chenderoh, kerap berlaku banjir dan juga air pasang sebelah petang atau waktu asar. Ini menyebabkan kapal-kapal dari selat Melaka dapat memudiki masuk sehingga ke Kuala Kangsar.

Apabila air pasang atau sungai menjadi dalam sehingga boleh dimudiki oleh kapal-kapal besar, dapatlah pedagang yang datang memborong timah-timah atau barang dagangan dengan orang asli (suku Temiar) di Kuala Kangsar. Jadi tempat ini selalunya disebut dalam bahasa loghat tempatan sebagai Kang Asar (karang/nanti Asar). Hal ini adalah kerana hanya pada waktu Asar baru mereka mula berdagang atau dalam kata lain apabila air mula pasang dan Sungai Perak boleh dimudiki kapal-kapal pedagang sehingga ke Kuala Kang Asar tersebut. Pedagang tempatan menunggu kapal-kapal dagangan di tebing sungai Kuala Kangsar dengan barangan dagangan hasil ketukangan seperti labu siong, hasil hutan dan bijih timah yang diangkut menggunakan gajah. Semua aktiviti perdagangan berlaku apabila air pasang (pada waktu asar) dan kapal-kapal dari laut Selat Melaka dapat mudik masuk dan mendarat ke lembah Kuala Kangsar.[perlu rujukan]

Selain itu, ada juga sumber lisan rakyat mengatakan namanya daripada istilah "Kang ayo bso" (nanti air besar) yang bermaksud tempat berdagang menunggu kapal-kapal dari selat Melaka masuk ketika air Sungai Perak menjadi dalam atau air besar. Kononnya pada tahun1885 ketika siap Jalan Keretapi dari Kuala Sepetang ke Bandar Taiping telah menyebabkan laluan perdagangan melalui Sungai Perak ini mula kurang mendapat sambutan. Akhirnya, apabila kurang sudah penggunaan laluan Sungai Perak dan Terjadi dua kali banjir besar sehingga merosakkan perusahan klian bijeh timah. Pada tahun 1930 empangan Chenderoh siap dibina dan menjadikan Sungai Perak tidak sesuai lagi untuk dimudiki kapal-kapal dari Selat Melaka lagi.

Menurut cerita lagenda rakyat, sebenarnya tujuan sebenar British mengadakan laluan perdagangan bijih timah di Taiping berbanding laluan Tradisional melalui Sungai Perak bagi melumpuhkan ekonomi pembesar-pembesar negeri yang menyokong Pandak Lam atau Dato Maharaja Lela yang menguasai laluan Sungai Perak tersebut.

Walau bagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya ialah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, bercucuk tanam, dan sebagai pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercu tanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.[perlu rujukan]

Berdasarkan keistimewaan ini, boleh disimpulkan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya ialah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang. Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.[perlu rujukan]

Kuala Kangsar juga tidak kurang hebatnya dalam melahirkan tokoh-tokoh di pelbagai bidang. Antara tokoh kelahiran atau yang dibesarkan dan mendapat didikan di Kuala Kangsar adalah seperti Tun Mohd Suffian Bin Hj Hashim, mantan Ketua Hakim Negara. Tokoh di bidang perubatan pula ialah Dato' Seri Dr Megat Khas Megat Omar, Dato' Dr Ariffin Hj Ngah Marzuki dan Dr Hj Pandak Ahmad.[perlu rujukan]

Antara alim ulama yang berasal dari Kuala Kangsar ialah Syeikh Hj Mohd Idris Bin Hj Abdul Rauf Almarbawi, Syeikh Hj Ismail Hamzah, dan Hj Sa'aya Abdul Majid.[perlu rujukan]

Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Perak[sunting | sunting sumber]

  • N.34 BUKIT CHANDAN | YB. Maslin Sham B. Razman (Barisan Nasional Barisan Nasional-UMNO)
  • N.35 MANONG - YB. Kamil B. Shafie (Barisan Nasional Barisan Nasional-UMNO)

Semenjak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957 dan hingga Malaysia kini, hanya seorang sahaja anak jati Kuala Kangsar diberi peluang menjadi wakil rakyat/ahli parlimen bagi kawasan Kuala Kangsar, iaitu Toh Abdullah bin Abdul Rauf. Selepas itu, semua calon pilihan raya diambil dari luar seperti Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi (Lenggong), Tan Sri Abdul Aziz Yeop (Lenggong), Toh Puan Oon Zariah Abu Bakar (Ipoh), Tan Sri Yong Ghazali (Ipoh) dan Tan Sri Tan Sri Rafidah Aziz (Gopeng).

Selepas PRU 13, wakil rakyat P.067 Parlimen Kuala Kangsar ialah anak jati Kuala Kangsar sendiri.

Rekreasi/pelancongan[sunting | sunting sumber]

Muzium Diraja/Istana Kenangan

Terdapat beberapa kawasan pelancongan dan rekreasi di Kuala Kangsar. Antaranya ialah:

Bot penambang juga boleh dinaiki bagi menyusuri tebing Sungai Perak dan Pesisiran Sayong.

Industri Kraf Tangan[sunting | sunting sumber]

  • Labu Sayong
  • Tekatan Benang Emas
  • Medan Cendol dan Laksa dibina bersebelahan bazar kraf dan Laman Budaya. Sini terkenal dengan masakan kampung dan ikan bakar. Laksa panas dan cendol lemak manis yang sejuk boleh dimakan sambil memerhatikan keindahan Laman Budaya.
  • Kolam Air Panas Ara Panjang, Manong
  • Jambatan Sayong
  • Melihat pokok getah tertua di Malaysia
  • Melawat kubur Tok Temong
  • Melawat Makam Daeng Selili Padang Changkat.

Kemudahan-kemudahan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Institusi pendidikan di Kuala Kangsar termasuk:

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

  • Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Kuala Kangsar
  • Terminal Bas Kuala Kangsar
  • Terminal Teksi & Kereta Sewa Kuala Kangsar
  • Jeti Kuala Kangsar (menghubungkan Sayong dengan bandar Kuala Kangsar melalui sungai)

Dalam Daerah Kuala Kangsar, terdapat 5 buah jambatan yang dibina merentangi Sungai Perak.

  • Jambatan Sultan Iskandar Shah (dibina tahun 1928)
  • Jambatan Sultan Azlan Shah (laluan Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh)
  • Jambatan Sultan Abdul Jalil (menghubungkan bandar Kuala Kangsar dengan Pekan Sayong)
  • Jambatan Victoria (jambatan keretapi pertama di Malaysia)
  • Jambatan Keretapi Landasan Berkembar Kuala Kangsar

Masjid[sunting | sunting sumber]

Pejabat pos[sunting | sunting sumber]

  • Pejabat Pos Kuala Kangsar

Bekalan elektrik[sunting | sunting sumber]

  • Tenaga Nasional Bhd,Bangunan Tenaga Nasional Bhd, Jalan Sultan Iskandar Shah, 33000 Kuala Kangsar
  • Tenaga Nasional Bhd,Istana Iskandariah, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
  • Tenaga Nasional Bhd,No. 5276, Jalan Istana, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
  • Tenaga Nasional Bhd,No. 831, Jalan Lubuk Merbau, Simpang Lawin, 33000 Kuala Kangsar

Perkhidmatan kesihatan[sunting | sunting sumber]

  • Hospital Kuala Kangsar, Jalan Sultan Idris Shah I
  • Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar, Jalan Sultan Idris Shah I
  • Klinik Kesihatan dan Pergigian, Jalan Kangsar
  • Farmasi Kangsar Sdn Bhd,No. 29, Jalan Kangsar
  • Healthtronics (M) Sdn Bhd,JKR1127, Hospital Daerah Kuala Kangsar, Jalan Sultan Idris Shah I
  • Kedai Ubat Swee On,No. 64, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
  • Pusat Perubatan Homoeopathy Kuala Kangsar,1st Floor, Terminal Bas Kuala Kangsar, Jalan Raja Bendahara
  • Remedi Pharmaceuticals (M) Sdn Bhd,JKR1127, Hospital Daerah Kuala Kangsar, Jalan Sultan Idris Shah I

Koperasi/Persatuan[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Bekas Pelajar Idrisiah ((P.B.P.I)), Madrasah idrisiah, 33000 Bukit Chandan,Kuala Kangsar
  • Koperasi Gabongan PPPK Kuala Kangsar Bhd, 48B, Jalan Dato Sagor, 33000 Kuala Kangsar
  • Koperasi Gabongan PPPK Kuala Kangsar Bhd, No. 94, Tingkat 2, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
  • Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Bhd, No. 88, Tingkat 3, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
  • Koperasi Peniaga & Penjaja Daerah Kuala Kangsar Bhd, Tingkat 1, Pej Kop Peniaga & Penjaja, 33040 Kuala Kangsar
  • Syarikat Guru-Guru Melayu K Kangsar & Hulu Perak, K3, Bandar Baru, 33000 Kuala Kangsar
  • Syarikat Guru-Guru Melayu K Kangsar & Hulu Perak, No. 67, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
  • Persatuan Kwang Tung Kuala Kangsar, No. 393, 2nd Floor, Jalan Stesyen, 33000 Kuala Kangsar
  • Persatuan Murid-Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar, No. 42, 4th Floor, Mcoba, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur
  • Persatuan Pemborong Bumiputera Kuala Kangsar, 68A, Bangunan Rsb, Jalan Dato Maharaja Lela, 33000 Kuala Kangsar
  • Kesatuan Pekerja Pekerja Awam Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Cawangan Kuala Kangsar
  • Persatuan Pemuzik dan Kesenian Kuala Kangsar

Pasaraya[sunting | sunting sumber]

  • The Store
  • Pasaraya SAKAN
  • Pasaraya Wah Seah Maju
  • TF Value Mart Sungai Siput
  • Pasaraya KU
  • Mydin Mall Kuala Kangsar (akan dibuka)

Bank[sunting | sunting sumber]

Hotel dan penginapan[sunting | sunting sumber]

Rumah rehat (Rest house)

  • Rumah Rehat Kuala Kangsar

Hotel (Hotel)

  • Hotel Kuala Kangsar
  • Hotel Seri Kangsar

Rumah tamu (Guesthouse)

  • Royaltown Guesthouse Kuala Kangsar[1]

Inap desa (Homestay)

  • JuShafik Homestay[2]
  • MAMA Homestay[3]

Makanan dan restoran[sunting | sunting sumber]

  • Bistrockapak Kuala Sayong Hilir[4]
  • Classic Corner[5]
  • Dhia's Corner[6]
  • Gerai Kak Mie[7]
  • Gerai Pokok Jambu[8]
  • Jili Café[9]
  • Jimboy[10]
  • KFC Kuala Kangsar[11]
  • Laksa Idris[12]
  • Laksa Lubuk[13]
  • Laksa Pak Ngah[14]
  • Laksa Pokok Limau[15]
  • MYHOTDOGETERIA Kuala Kangsar, Jalan Taiping
  • Pizza Hut Kuala Kangsar
  • Restoran AFN[16]
  • Restoran Assalamualaikum
  • Restoran Benteng[17]
  • Restoran Che An[18]
  • Restoran Kak Bitah[19]
  • Restoran Manong[20]
  • Restoran Maskah Tomyam[21]
  • Restoran Pak Own
  • Restoran Rahmaniah[22]
  • Restoran Saudiah[23]
  • Restoran Seri Kenas[24]
  • Restoran Shah Reena[25]
  • Restoran Syiok[26]
  • Restoran Talang[27]
  • Shah Na Na Corner[28]
  • Selera Anjung Pak Ungai[29]
  • The Gate Café[30]
  • Warung Che Ani[31]
  • Teratak Warisan Kampung Kuala Kangsar[32]
  • Laksa tapau

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Royaltown Guesthouse Kuala Kangsar. Dicapai 29 Februari 2012
  2. ^ Dicapai 16 Mei 2012
  3. ^ MAMA Homestay Dicapai 11 Mac 2012
  4. ^ Facebook Bistrockapak.
  5. ^ Classic Corner foursquare. [Dicapai 25/02/2012].
  6. ^ Dhia's Corner foursquare. [Dicapai 25/02/2012].
  7. ^ Gerai Kak Mie foursquare. [Dicapai 25/02/2012].
  8. ^ Facebook Gerai Pokok Jambu.
  9. ^ Jili Café Facebook. [Dicapai 25/02/2012].
  10. ^ Jimboy Facebook. [Dicapai 25/02/2012].
  11. ^ KFC Facebook. [Dicapai 25/02/2012].
  12. ^ Laksa Idris foursquare Dicapai 28/02/2012.
  13. ^ Laksa Lubuk Facebook Dicapai 25/02/2012.
  14. ^ Laksa Pak Ngah Facebook Dicapai 25/02/2012.
  15. ^ Laksa Pokok Limau Facebook Dicapai 25/02/2012.
  16. ^ Restoran AFN Facebook Dicapai 25/02/2012.
  17. ^ Restoran Benteng foursquare Dicapai 25/02/2012.
  18. ^ Restoran Che An foursquare Dicapai 25/02/2012.
  19. ^ Restoran Kak Bitah Facebook Dicapai 25/02/2012.
  20. ^ Facebook. [Dicapai 25/02/2012].
  21. ^ foursquare. [Dicapai 25/02/2012].
  22. ^ Facebook. [Dicapai 25/02/2012].
  23. ^ foursquare. [Dicapai 25/02/2012].
  24. ^ foursquare. [Dicapai 25/02/2012].
  25. ^ foursquare. [Dicapai 25/02/2012].
  26. ^ Facebook. [Dicapai 25/02/2012].
  27. ^ foursquare. [Dicapai 25/02/2012].
  28. ^ foursquare. [Dicapai 25/02/2012].
  29. ^ Facebook. [Dicapai 25/02/2012].
  30. ^ Facebook. [Dicapai 25/02/2012].
  31. ^ Facebook. [Dicapai 25/02/2012].
  32. ^ [1]. [Dicapai 25/03/2014].

Pautan luar[sunting | sunting sumber]