Latihan tentera payung terjun LIMA 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Latihan tentera payung terjun LIMA 2007 telah diadakan di pulau Langkawi, Kedah, Malaysia pada 2 Disember 2007. Latihan pertunjukan payung terjun ini diadakan di perairan Langkawi sebagai gimik LIMA 2007. Panglima Tentera Udara Malaysia, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin memantau latihan payung terjun ini.

Seramai 160 pasukan payung terjun menaiki pesawat C-130 dalam latihan "seizure of airfield" pada jam 10.15 pagi dan 10.20 pagi . Mereka sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Disember 2007, seramai 138 orang terjun di di ketinggian 330 meter, tiba-tiba angin bertiup kencang .Ada di antaranya tersasar ke laut berdekatan Kuala Muda dan tersangkut di pokok dan sebagainya. Kelengkapan perang 38 kg bersama senjata berjaya diselamatkan. Terjunan seterusnya dibatalkan.

Mereka yang terkorban ialah :

  • Prebet Nurul Wahida Mohamad Yunus, 20 dari Tanjung Malim, Perak
  • Ranjer Siti Hajar Yakub, 24 Masjid Tanah, Melaka
  • Trooper Raimon Duncan, 25 tahun dari Simunjan, Sarawak.

Cedera[sunting | sunting sumber]

  • Tentera yang cedera ialah Suraya Ali, 23 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Langkawi.
  • Zaliza Zakaria, 23, dihantar ke Hospital Besar Alor Setar untuk rawatan lebih rapi.
  • Azmi Ismail, 42, pekerja Pelangi Beach Resort Pantai Cenang mati lemas selepas terjatuh ke dalam laut apabila bot penyelamat (katamaran) karam berhampiran Holiday Villa akibat dihempas ombak kuat .
  • Rakannya Rosli Shaari, 42, juga pengawal pantai (lifeguard) diselamatkan orang ramai.Lokasinya hanya beberapa kilometer daripada lokasi anggota tentera itu terbunuh.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menganggap insiden itu sebagai sebahagian pertunjukan. Mereka sedang melihat pesawat tempur supersonik sedang berlatih.

Lembaga siasatan[sunting | sunting sumber]

Lembaga siasatan dibentuk bagi menyiasat punca insiden termasuk punca kematian .Kelajuan angin pada 8 knot iaitu di bawah paras bagi penerjunan selamat (11 knot) yang dibenarkan pihak berkuasa.

Ketua Daerah Polis Langkawi Supt Mohamed Ali Jamaludin menyatakan tentera terbabit mati akibat hipotermia (keadaan sejuk melampau). Beberapa buah helikopter dan pesawat digunakan untuk operasi menyelamat.Pasukan menyelamat terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia, Bomba dan Penyelamat, Polis Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Panglima Tentera Darat Tan Sri Muhamad Ismail Jamaluddin menyatakan demonstrasi penerjunan itu merupakan gimik pembukaan LIMA 2007 . Pegawai penerjunan (Drop Zone Safety Officer) telah membuat pemantauan dan ujian kelajuan angin dan selamat . Jika lebih 11 knot penerjunan akan dibatalkan. Mereka adalah penerjun brpengalaman.Demonstrasi penerjunan itu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Beberapa elemen keselamatan akan diubah dan memperkemaskan SOP bagi mengelakkan insiden itu berulang.Demonstrasi pertunjukan masih diteruskan.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid melawat tentera yang kritikal di ICU di Hospital Langkawi.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada LIMA 2005, seorang juruterbang maut selepas pesawatnya terhempas di Langkawi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]