Mahdzir Khalid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Dato' Seri Diraja

Mahdzir Khalid
SHMS, SSDK (Kedah)
Mahdzir.jpg
Menteri Pendidikan Malaysia
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
Didahului oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan oleh Dr Maszlee Malik
Menteri Besar Kedah ke-9
Dalam jawatan
28 Disember 2005 – 8 Mac 2008
Didahului oleh Dato' Seri Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah
Digantikan oleh Tan Sri Dato' Seri Azizan Abdul Razak
Ahli Parlimen
untuk P30 Padang Terap Kedah
Memegang jawatan
5 Mei 2013
Majoriti 4,442 (PRU-13)
Butiran peribadi
Lahir (1960-12-15) 15 Disember 1960 (umur 57)
Pokok Sena, Kedah
Parti politik Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pekerjaan Ahli Parlimen, bekas Menteri Pendidikan Malaysia

Dato’ Seri Diraja Mahdzir bin Khalid (lahir 15 Disember 1960),[1] sebelum ini merupakan bekas Menteri Besar Kedah ke-8. Beliau juga merupakan bekas Menteri Pendidikan Malaysia menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.[2]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah anak sulong dari empat orang anak pasangan petani, Allahyarham Encik Khalid bin Yaakob dan Puan Che Dah binti Yaakob. Dilahirkan pada hari Khamis 25 Jamadil Akhir 1380 bersamaan 15 Disember 1960 di Kg. Jabi, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena dan meneruskan pengajian menengah di SMK Pokok Sena dan SMK Dato' Syed Omar, Alor Star, Kedah. Beliau membuktikan keupayaan sebagai pelajar yang cemerlang apabila terpilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia mulai tahun 1980 hingga 1984 dan bedaya mendapat ljazah B.A (Hons). Semasa di kampus USM, bakat kepimpinan beliau mula terserlah apabila terpilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM (19811982).

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Hasil dari perkongsian hidup dengan isteri yang tercinta, Datin Seri Diraja Noraini binti Abdullah, yang juga seorang guru, mereka telah dikurniakan dengan empat orang anak. Anak sulongnya, Sift Hajar (25 tahun ) seorang akuntan di KL. Anak‑anak yang lain adalah Mohd. Saddam (28 tahun)Pilot , Mahd. Sallehuddin (22 tahun) penuntut di Australia dan Mahani (19 tahun) penuntut di kl.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Setelah menamatkan pengajian, beliau terus berbakti kepada rakyat sebagai pegawai pendidikan di Negeri Sabah sehinggalah beliau dilantik sebagai Pengetua SMK Gadong, Beaufort, Sabah. Komitmen yang jitu dan berprestasi tinggi beliau dalam perkhidmatan pendidikan itu dikesani oleh kepimpinan negeri. Ini membawa beliau untuk berkhidmat dengan Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato' Seri Amar DiRaja Tan Sri Dato' Seri Osman Bin Haji Aroff sebagai Pegawai Khas ( Pembangunan ) mulai tahun 1993 hingga 1996. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Seranta, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi mulai tahun 1998 hingga tahun 2000. Sepanjang tempoh bertugas di koridor kepimpinan Kerajaan Negeri dan Agensi Persekutuan ini, beliau dapat menyelami kehidupan rakyat dan masa depan negeri Kedah Darul Aman. Kewibawaan beliau terus menyerlah apabilla dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia mulai tahun 2000 hingga Mac 2004.

Politik[sunting | sunting sumber]

Dari segi politik, beliau merupakan bekas Setiausaha Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah dan pemah menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pokok Sena. Sekarang, beliau adalah ahli UMNO cawangan Kampung Padang Kerasak, Padang Terap dan Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap. Dato'Mahdzir bin Khalid juga merupakan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Darul Aman.[3]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Dato' Mahdzir bin Khalid melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Politik YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia apabila dipilih bertanding mewakili Barisan Nasional bagi kerusi DUN Pedu. Selepas memenangi kerusi DUN berkenaan, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (EXCO) mulai 28 Mac 2004 dan diamanahkan Portfolio Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Koperasi Negeri.[4]

Menteri Besar Kedah[sunting | sunting sumber]

Apabila Y.A.B Dato' Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah cuti sakit, Dato'Mahdzir bin Khalid telah diberi kepercayaan untulk memangku jawatan Menteri Besar Kedah selama tiga bulan mulai 17 Julai 2005 hingga 16 Oktober 2005. Tempoh pemangkuan tersebut dilanjutkan lagi selama tiga bulan sehingga 16 Januari 2006 dan atas kepercayaan YAB Perdana Menteri serta perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman, Dato' Seri Diraja Mahdzir bin Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Kedah Darul Aman yang ke ‑ 9 pada 26 Zulkaedah 1426 Hijrah bersamaan 28 Disember 2005.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Kerana jasa dan pengorbanannya, beliau dianugerahkan darjah den pingat kebesaran iaitu Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada tahun 2003 dan Bakti Khidmat Masyarakat (BKM) pada tahun 1996.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Kedah: N8 Pedu.[5][6][7][8][9]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 Mahdzir Khalid (UMNO) 7,684 56.26% Wan Jaafar Wan Ahmad (PAS) 5,785 42.36% 13,657 1,899 87.29%
2008 Zamri Yusuf (PKR) 6,047 39.78% Mahdzir Khalid (UMNO) 8,780 57.76% 15,200 2,733 87.53%
Parlimen Malaysia: P007 Padang Terap, Kedah.[5]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Undi Majoriti Keluar
2013 Mahdzir Khalid (UMNO) 20,654 55.66% Mohd Nasir Zakaria (PAS) 16,202 43.69% 37,904 4,442 90.33%
2018 Mahdzir Khalid (UMNO) % Khairizal Khazali (AMANAH) % %
(PAS) %

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Habibu, Sira (24 December 2005). "Sultan consents to Mahdzir as Kedah Mentri Besar". The Star. Dicapai 12 May 2013. 
  2. ^ "Mahdzir takes over as new Kedah Menteri Besar". Daily Express (Malaysia). 23 December 2005. Dicapai 2 May 2010. 
  3. ^ "Waking up to new politics". The Star. Star Publications (Malaysia). 10 March 2008. Dicapai 2 May 2010. 
  4. ^ "The complete list of Ministers and Deputy Ministers in Najib's new Cabinet". ABN News. 15 May 2013. Diarkibkan daripada asal pada 2 November 2014. Dicapai 23 November 2014. 
  5. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai 11 May 2013.  Percentage figures based on total turnout, excluding informal votes.
  6. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai 11 March 2017.  Results only available from the 2004 election.
  7. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai 24 March 2017. 
  8. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada asal pada 30 March 2014. Dicapai 9 April 2014. 
  9. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Dicapai 26 October 2014. 
Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kedah
28 Disember 20058 Mac 2008
Penyandang Kemudian
Y.A.B Dato' Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah Azizan Abdul Razak