Laut Halmahera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lokasi Laut Halmahera yang terletak di dalam kawasan Asia Tenggara

Laut Halmahera adalah laut kecil yang terletak di bahagian tengah timur Laut Mediterranean Australasia. Berpusat di 1°S and 129°T. Ia bersempadan dengan Lautan Pasifik di utara dan Halmahera di bahagian barat. Waigeo dan Irian Jaya di bahagian timur, dan Laut Seram di bahagian selatannya. Laut Halmahera merangkumi sekitar 95,000 km persegi. Topografinya terdiri daripada sejumlah lembangan berasingan dan beberapa bahagian kemuncak yang membentuk daratan. Lembangan Halmahera mencapai kedalaman sehingga 2039 m.

Koordinat: 0°25′2″S 129°8′39″E / 0.41722°S 129.14417°E / -0.41722; 129.14417

Tambahan[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa (IHO) menyatakan Laut Halmahera sebagai perairan di Kepulauan Timur India. Seperti yang dinyatakan:[1]

Bahagian Utara. Sebuah garisan dari Wajaboela (Morotai) ke Tg. Djodjefa, utara Halmahera.

Bahagian Timur. Sebuah garisan dari Tg. Gorango, titik Timur Laut Pulau Morotai, melalui Sajang dan Kepulauan Kawé ke penghujung Barat Waigeo dan Kepulauan Batanta merentasi titik Barat Laut Pulau Samawati, menuju ke bawah iaitu perairan Tg. Menonket di Barat Daya, dan ke Tg. Sele, New Guinea (1°26′S 130°56′E / 1.433°S 130.933°E / -1.433; 130.933).

Bahagian Selatan. Sempadan Utara Laut Seram antara Obi dan New Guinea [Segarisan daripada ... Obi ... Tanjong Seranmaloleo penghujung Timur, melalui Tobalai, Kekek, Pisang dan Kepulauan Kofiau ke Tanjong Sele (1°26′S 130°55′E / 1.433°S 130.917°E / -1.433; 130.917), tititk Barat New Guinea].

Bahagian Barat. Sempadan Selatan Laut Maluku antara Halmahera and Obi [Segarisan daripada hujung selatan Halmahera ke titik Utara Pulau Bisa (Setile), ke hujung Utara Obi].

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Limits of Oceans and Seas, 3rd edition" (PDF). International Hydrographic Organization. 1953. Dicapai pada 7 February 2010.